Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

25 January 2012

:ULANGTAHUN REVOLUSI MESIR:


Jutaan rakyat berhimpun di Tahrir dgn keadaan aman bg memperingati genap setahun REVOLUSI 25 JANUARI


Buat IKLAN sekejap ye....hari ini 25 januari 2012 adalah ulangtahun REVOLUSI di MESIR..alhamdulillah,rakyat mesir dah dapat apa yang mereka nak..setelah setahun berhempas pulas menjatuhkan rejim hosni mubarak,MESIR kini dibawah tampuk perintahan kerajaan Islam yang dipimpin Ikhwan Muslimin..ALHAMDULILLAH..apa yang seronok,saya ikut jugak perkembangan tentang revolusi dan pilihanraya yang berlaku di MESIR..atas bantuan seorang ustaz yang sangat mahir menjadi penganalisis politik di sana..juga seorang azhari..tidak putus-putus menyebarkan maklumat tentang PRU mesir.. pilihanraya MESIR baru2 ini saya kira sangat sistematik dan teratur..tiada penipuan dan unsur2 rasuah,menyebabkan parti Islam menang besar kali ini..kebebasan dan keadilan sudah dikecapi oleh seluruh rakyat mesir kini..menghela nafas lega syukur ke hadrat Ilahi..

semoga negara kita juga memperolehi kebebasan dan keadilan seperti di mesir..kepimpinan ulama' berlandaskan syariat Islam membina negara yang harmoni dan sejahtera..insyaALLAH..

p/s: teruskan berdoa...agar SYRIA juga mendapat kemenangan pada Islam yg sebenar..

::Tahun Baru Wajah Baru::


Hai semua!! Assalamu'alaikum..Alhamdulillah....^_^ lega rasanya bila blog saya ini dah hampir siap..sebelum ini macam 'rumah tak siap' .. 3 hari jugaklah duduk mengadap blog ini..banyak betul halangan..dengan line broadband yang bergerak macam 'siput' ,sengaja menguji kesabaran saya..haishh..

taraaa!!!...inilah wajah baru blog saya..saya rasa wajah terbaru ini agak 'comel' dan kemas sikit kot berbanding setahun yang lepas...what!!setahun?maknanya setahun saya biarkan blog ini 'berhantu'??hehe..kesian blog saya..tak ape..saya dah make-up bagi cantik balik dah..kalau dulu,saya buat decoration blog mengikut tema,kali ini saya dah 'malas' nak ikut tema..hentam saja..colourful is nice jugak..semua saya tukar,nama blog..nama link..macam menganaktirikan pulak yang lepas2..sorry tau,'hidup kan mesti buat pilihan'.. :)

setahun kan,saya 'blurrr' dengan blog sendiri..tak ada mood nak menulis,tak ada idea nak coret2 kat sini..dan akhirnya,saya dapat jugak idea..dengan nama blog saya yang terbaru 'A Muslimah Journey' saya impikan sebuah blog 'taman ilmu' buat MUSLIMAH..insyaALLAH..inspirasi terbaru buat blog ini..saya ingin kongsikan tentang kisah-kisah,pengajaran,panduan,pengalaman untuk muslimah..saya ingin bawa muslimah kenal dunia muslimah..apa yang ada pada muslimah,apa yang perlu muslimah jaga dan pelihara,siapa contoh dan idola buat muslimah semua..

menyedari hakikat bahawa dunia kini muslimah sudah jauh dari identiti muslimah sendiri..muslimah lupa tanggungjawab mereka..lupa maruah yang perlu mereka jaga,.lupa bahawa mereka adalah MUSLIMAH..hamba ALLAH SWT..insyaALLAH sahabat muslimah sekalian..saya akan gunakan medan ini sebagai wasilah penyampaikan dakwah buat muslimah yang saya sayangi..

"improve your character to be a good MUSLIMAH.."

insyaALLAH..moga kita sama-sama beroleh manfaat dan keredhaan dari ALLAH SWT..wallahu'alam..

::TAHUN BARU 2012 MASIHI::











PERISTIWA: Himpunan 1000 jiwa 1 hati.

ANJURAN: Raudhatussakinah ANDA BIJAK JAUHI ZINA.

TARIKH: 31/12/11-1/1/2012.

TEMPAT: MASJID NEGARA KUALA LUMPUR.

first time aku sambut tahun baru...dan first time aku sambut tahun baru kat luar rumah...tapi alhamdulillah,bukan program maksiat yang aku sertai..bahkan program yang baik,penuh ilmu dan keinsafan jua semangat jihad utk tahun baru..2011 berlabuhkan tirainya..2012 tersenyum membuka pintu dan ruang..^^, tahun baru anda dimana?pasti ramai yang menyembutnya..kita sedia maklum,detik tahun baru banyak program hiburan dan maksiat disajikan..tetapi ada beberapa tempat yang menyajikan program pembersihan rohani..seperti yang aku join ini..^^, jom tengok.apa program yang aku join..

program ni dinamakan 'HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI' mengumpul 1000 orang peserta yang benar2 inginkan tahun barunya bebas dari gejala sosial..yang dianjurkan oleh ANDA BIJAK JAUHI ZINA Raudhatussakinah training & consultancy..mempromosikan jauhi zina,memang sgt tepat utk anak2 remaja bersama dalam program ini..

30/12/2011 : sebenarnya aku rancang nak balik esok pagi tu...31/12/2011....tapi tiket habis...hurm,terpaksala tunda sampai hari rabu..lambatnya!!....terus aku pikir pasal himpunan ni..yang aku tolak pelawaan menjadi fasilitator di program besar ini..macamana ye?aku teringin la pulak...so,aku dah pikir...aku nak pegi..aku mesej sis jaja farizah,yang menguruskan fasilitator program ni..kira orang kuat raudhatussakinah jugakla ni..^^, sis jaja call aku terus dan bagitau...'anis,awak boleh datang esok pukul 8.30 pagi di masjid negara kalau awak benar2 boleh bagi komited dalam program ni...oh!sure la aku boleh...^^, so,aku bagitau sis jaja...'jazakallah sis,sy datang esok! sambil senyuman terukir lebar....puashati!x dapat balik kedah join lantunan mahabbah rasulillah,aku dapat join himpunan ni..dengan cepat jugak aku mesej sorang kawan yang baru aku kenal kat fb,kak fatimah suraiya..kitorang penah borak,then dia duduk searea dengan umah aku...wahhh!syoknya....boleh follow dia...dia drive..so,aku x payah susah2 suruh ayah hantar..dahla adik2 aku x nak ikut,padahal aku dah daftar nama dorang..haisshh!program free pun x nak pegi..memang rugi..^^,

31/12/2011 : seperti dijanjikan dan diplan...aku pun bergerak ke masjid negara pagi tu dengan kenari silver kak fatimah..kak fatimah memang cekap drive dekat KL..maklumla dah brapa tahun dia amek lesen kan..aku ni je,ntah bila nak amek lesen..^^,alamak!!jem plak.....time2 ni la nak jem..nak buat jalanla..nak tutup jalanla...adohaiii...kami lambat sampailaa...ape lagi kan..tapi,alhamdulillah sampai..hee...ramai kot fesi dengan urusetia...yelah,peserta 1300 org kot...memadailah kan...^^,so...dah diberi tugas,dan dengar taklimat..pukul 12 tghari budak2 dah datang daftar...sampai pukul 4 ptg...fuhh!ramai......aku dapat 12 orang anak buah...solat,makan,pegi dewan,duduk dalam dewan,tido...semua bersama.... ^^, best kan...ptg tu perasmian,then lps maghrib ada tazkirah oleh imam masjid negara,then lps isyak...bermulalah pengisian rohani dgn ilmu dari ibu aisyah,UP firuz,Dr.zahazan,.dendangan selawat oleh IM Najdi,pengacara jemputan fedtri yahya MHI TV3,konsert dari shoutul harakah,video USRAH dari wardina safiyyah utk Dr,harlina siraj,dan ikrar selepas detik 12.00am oleh bro abdullah omar (AO)..turut hadir pengarah raudhatussakinah ummi rosmawati,ally iskandar dan dato' pengarah JAKIM..seterusnya...bersurai jam 12.30 am,minum dan tido...

1/1/2012 : seawal jam 4.00am semua bangun,bersihkan diri,berwudhuk utk berqiamullail bersama IM hasan..then solat subuh,tazkirah...lps sarapan,bermulalah larian 1000...hee...aku x lari tau,jalan je...penat kot...jauh...nk lari ke tasik perdana tu pon..jalan bukit2...adohaii..hee..sampai tasik,kitorg buat aktiviti sikit...duduk ja semua...paling best 'break clap'...kena peka..terhibur jugak walaupun letih berjalan jauh tadi :P..makan tengahari dengan anak buah masing2 dan majlis penutup..bergambar dan bersurai...^^, ~~~

then,balik semula ke masjid negara,berkemas..masa yang sangat terhad membuatkan masing2 tak sempat nk buat jejak kasih yang terakhir..harap,lepas ini kita dapat berjumpa lagi dan merapatkan lagi ukhwah yang telah terbina..love ukhwahfillah....ANDA BIJAK JAUHI ZINA....~~sekian

05 January 2012

::Mencintai dia dalam diam::




“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )


Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )


Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai dia dari kejauhan.

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan.

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


:: CINTA KERANA ALLAH SWT ::


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, “Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.

“Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?” jawabnya.

Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.

“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?” tanya pemuda lagi.

“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana...ameen..

27 December 2011

:: KEM MAAM SEBULAN ::


sukaneka


flyingfox



sang murabbi




Latihan dalam keluarga (LDK)



wajah saat 'terbang' :P



makan time ;)



sukaneka di stadium al-hambra



riadhah petang



praktikal solat






Assalamu'alaikum...alhamdulillah...syukur masih diberi peluang dan kekuatan utk menulis lagi..lama kan x tengok sy menulis di laman coretan hati ini?^^, mesti ada yg merindui sy..lebih lagi yang selalu mengunjungi laman ini..maaf sekali lagi,kerana kelewatan dan membiarkan laman blog ini sunyi tanpa pengisian yang baru..

subhanallah...hari ini,ramai yang cuba2 mendekati agama kembali...menyedari akan kepentingan agama dalam kehidupan..maka ibubapa yang sibuk,tidak sempat melihat dan menjaga anak2 mengambil jalan yang paling bermanfaat dengan menghantar anak2 mereka ke kem2 motivasi sempena cuti sekolah yang panjang ini..ada yang tidak sibuk,tetapi ingin memberi yang terbaik untuk anak2 mereka..merubah akhlak dan tabiat mereka dan ada yang ingin meningkatkan motivasi dalam diri anak2 mereka sebelum tahun baru persekolahan bermula..

bersempena cuti sekolah setiap tahun,Tahsin Al-Quran Training Centre (TQTC) mengadakan kem2 motivasi Al-Quran ala madrasah (MAAM) di sekitar Hulu Langat,Selangor..dan alhamdulillah,tahun ini adalah tahun yang ke-11 pihak TQTC dapat menganjurkan kem ini dengan jayanya...dan sy di TQTC adalah tahun yang ke-3 ...macam cepat pula masa berlalu,sy dah 3 tahun menyertai kem MAAM sebagai fasilitator merangkap sang murabbi..ish,macam x layak pula digelar 'sang murabbi' kan? ^^,

Sejujurnya,sy sangat sayangkan kem MAAM ini,bukan kerana elaun yang sy dapat beratus2 ringgit,tetapi kerana ikatan ukhwah dan kasih sayang antara barisan fasilitator dan peserta kem sangat2 rapat membuatkan sy tidak boleh lupa tentang kem ini..lebih lagi kem MAAM yang hujung tahun bagi setiap sesi adalah 2 minggu,adalah masa yang lama dan tidak dapat tidak hubungan itu akan terjalin dengan sendirinya..lebih lagi pada tahun ini sy berpeluang menyertai kem selama sebulan (2 sesi) bersama 3 orang lagi fasilitator yang lain..

Bila ditanya...tak penat ke kem selama sebulan?sy akui,memang penat..tetapi bila setiap hari menatap wajah anak2 murid (peserta) yang dianggap seperti adik2 sendiri membuatkan penat dan lelah itu hilang..tidak dinafikan ada juga tekanan perasaan terhadap peserta2 yg 'degil' dan 'nakal' tetapi..bila kita dapat hadapi dengan tenang,sabar dan ikhlas...perasaan marah bertukar menjadi kesian..geram jadi sayang...itulah antara nikmat yang sy dapat di kem MAAM TQTC..peserta yang datang dari pelbagai latar belakang,gaya hidup yang berbeza,perangai yang sukar ditafsir..membuatkan hati makin semangat untuk bersama berkongsi rasa,mengajak mereka ikut cara hidup sunnah nabi s.a.w dan berdakwah secara hikmah dan kasih sayang..

Atas nasihat dan peringatan dari tuan pengarah dan timb.pengarah TQTC..ustaz nasir al-hafiz dan ustazah asni al-hafizah untuk menjalankan kem ini dengan tema kasih sayang,maka kami cuba bertindak mengikut arahan..dan alhamdulillah,ianya berhasil dan kita dapat lihat..apabila sesuatu perkara diberi ingatan bukan diherdik,ditegur bukan dimarah..dibiarkan bukan dipaksa,segalanya bagai 1 keajaiban apabila peserta2 ini dapat melakukannya tanpa kawalan..sambil kami memerhatikan tindakan mereka..benarlah,apabila sesuatu itu dilakukan tanpa dipaksa,ia akan terus berbekas sampai ke lubuk yang paling dalam..

Sy tidak tahu sampai bila sy akan berkhidmat dalam TQTC ini,tetapi sy berharap...ada pelapis2 kami yang lebih mantap peribadinya untuk menyambung dakwah perjuangan kami didalam kem MAAM TQTC ini...selain meningkatkan prestasi TQTC dan melahirkan anak2 yg celik AL-QURAN serta membudayakan AL-QURAN didalam kehidupan mereka..

APAPUN...kenangan paling indah selama sy menyertai kem2 motivasi...KEM MAAM TQTC adalah yang terbaik....barisan fasilitator yang mantap menjadikan jati diri ini teguh dalam jemaah..terima kasih semua..lebih lagi ustaz nasir dan ustazah asni yang memberi kepercayaan kepada sy selama 3 tahun ini dalam mendidik anak2 mengenali kalamullah..juga sahabat2 fasilitator yang banyak berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan dalam kem MAAM ini.. terutama ustaz hafizuein basya dan ustaz amunulhazhihil yang banyak memberi nasihat dan kata2 perangsang buat diri ini..buat adik2 peserta juga...ustazah sayang semuanya...sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik2...love u all so much...



26 June 2011

:: TEGURAN ::


'satu jari kita tunding pada orang lain,jangan lupa tiga lagi jari ditunding sendiri kepada kita..'

SALAM...topik kita kali ini berkenaan....TEGURAN itu penting dalam KEHIDUPAN...bagaimana?mari kita selami...

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin ataupun potong rambut tanpa bantuan orang lain.Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.InsyaALLAH.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.. ~_^

Sama-sama kita renungkan.Kalau ada silap harap teguran membina dari anda.Terima kasih.Wallahua'lam.

17 June 2011

:: BERBICARA HANYA DENGAN KALAMULLAH ::

Aku terpegun dengan seorang wanita...yang hanya berbicara dengan ayat kalamullah...ingin aku kongsi kisah ini kepada semua sahabiah...SUBHANALLAH!!!

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta’ala :

Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah saw. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : “Assalamu’alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh.”

Wanita tua :

Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 56)

Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”

Wanita tua :

Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya. (Al-A’raaf 186)

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”

Wanita tua :

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). (Al-Israa’ 1)

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”

Wanita tua :

Selama tiga malam dalam keadaan sihat. (Maryam 10)

Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”

Wanita tua :

Dialah Allah pemberi aku makan dan minum. (Asy-Syu’araa’ 79)

Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”

Wanita tua :

Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih. (Al Maaidah 6)

Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?”

Wanita tua :

Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib. (Al- Baqarah 187)

Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”

Wanita tua :

Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al- Baqarah 184)

Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”

Wanita tua :

Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid. (Qaaf 18)

Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”

Wanita tua :

Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan. (Al-Israa’ 36)

Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”

Wanita tua :

Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf 92)

Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan.”

Wanita tua :

Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah. (Al-Baqarah 197)

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :

Wanita tua :

Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka. (An-Nuur 30)

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku.

Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.

Wanita tua :

Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri. (Asy-Syuura 30)

Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.

Wanita tua :

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. (Az-Zukhruf 13-14)

Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.

Wanita tua :

Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu. (Luqman 19)

Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair

Wanita tua :

Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an. (Al-Muzzammil 20)

Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”

Wanita tua :

Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu. (Al- Baqarah 269)

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”

Wanita tua :

Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu. (Al Maaidah 101)

Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.

Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”

Wanita tua :

Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia. (Al-Kahf 46)

Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”

Wanita tua :

Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk. (Al-Nahl 16)

Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.

Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?”

Wanita tua :

Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi. (An-Nisaa’ 125)

Dan Allah berkata-kata kepada Musa. (An-Nisaa’ 164)

Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh. (Maryam 12)

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.

Wanita tua :

Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu. (Al-Kahf 19)

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua :

Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.(Al-Haaqqah 24)

Abdullah : “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :

“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya karena bimbang tersalah bicara.”

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:

Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)

Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )

15 June 2011

:: Kenapa Aku Masih Solo ::

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 23 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 33 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.




Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

:: Ayuh Bersatu!!! ::


Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.

“Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?”

“Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya”

“Munafikkah mereka?”

“Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas”

“Maka siapakah mereka?”

“Mereka itu saudara kita, Cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita.

MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa’ Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.

Berbilang-bilang Jamaah

Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah, jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.

Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.

Akhlak kita yang ditarbiyyah

Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.

Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu’ dan tidak meningkatkan amal.

Ukhuwah

Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.

Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.

Sikap taksub

Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya, adakah kita berintima’ di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?

Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.

Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.

Dalam naungan Mahabbah

Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.

Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

14 June 2011

:: KEM TQTC PERTENGAHAN TAHUN 2011 ::






ALHAMDULILLAH....11/6/2011 tamat 2 sesi kem MAAM TQTC di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat Selangor....walaupon x ramai mcm kem akhir tahun..tp kemeriahan tetap dirasai..dengan gelagat2 adik2 peserta kem yg pelbagai...ada yg menceriakan,ada yg merumitkan dan ada yg menyedihkan..apapon,...2 minggu cukup mengusik hati kewanitaan ini..mungkin kerana menanggung amanah dr ibubapa peserta kem..entah kenapa...kem kali ini aku sgt2 tersentuh..bila aku dah lepaskan kemarahan,aku menangis..mungkin kerana aku x sanggup atau aku rasa bersalah pada mereka..apapon aku sayang semua adik2 kem..doaku,agar mereka terus istiqamah dlm kehidupan muslim sbagai anak2 yang soleh dan solehah..amalkan apa yg mereka dapat di kem..x banyak,sedikit pon sudah memadai...moga AL-QURAN jadi budaya hidup kita..luar biasa hebat!!

:: KENDURI KAZEN ::






SALAM!!! bertemu lagi kita di dalam CORETAN HATI INI...kali ni saya nak coret sikit pasal kenduri kawen ni...perkahwinan kakak sepupu sy yg sulong..NUR DIANA DAHALIB dgn suaminya abg jIHAD....sweet sgt...kak na saya ni agak 'brutal' tau...so,bila dia pakai pakaian kawen agak lain dan nampak ayu sesangat...lalalalala~~~apepon nk ucap 'selamat menjalani kehidupan rumahtangga...moga bercinta sampai ke syurga...'