Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

29 October 2013

Rasululullah salallahualaihi wasalam bersabda;
كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertangungjawab terhadap apa yang dipimpinnya” daripada riwayat Bukhari dan Muslim. Menurut Kamus Dewan Bahasa, kepemimpinan ialah keupayaan, kebolehan, pencapaian pemimpin atau daya tindak-tanduk dan kecekapan seseorang pemimpin. Bila disebut pemimpin, mungkin tergambar di dalam fikiran kita seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan, berucap di khalayak ramai, boleh mengarah orang bawahannya dan mempunyai daya intelek serta personaliti yang dapat menarik semua golongan, mampu membuat keputusan yang jelas dan tegas disamping dapat bertindak secepat mungkin, di mana kesesuaiannya hanya terletak kepada lelaki. Apakah perspektif kita bila diubah seorang wanita tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama?
Mewujudkan bentuk kepimpinan merupakan tuntutan syarak. Secara umumnya, Islam telah memberikan hak yang sama rata antara lelaki dan wanita dalam pelbagai bidang kecuali beberapa perkara. Apabila ada pihak mempertikaikan kewibawaan Muslimah mengisi sosio-politik diri dan masyarakat, bersifat jumud, streotaip, beku dan sebagainya, pelbagai reaksi dapat dilihat terutama di kalangan Muslimah itu sendiri, sama ada menyokong atau menentang. Tidak dinafikan tugas seorang pemimpin memerlukan kesabaran, ketangkasan fizikal dan mental dan faktor-faktor lain yang ada pada lelaki, tetapi fitrah serta ketetapan Allah Taala mesti diambil kira dan diutamakan.
Sebenarnya memimpin yang ingin penulis tekankan ialah dalam bidang tertentu serta mengikut landasan syariat Allah Taala. Ini kerana bila melihat sejarah negara-negara yang dipimpin oleh wanita, seperti India-Puan Indera Ghandi, Ceylon-Puan Banderanaika, Pakistan-Puan Benazir Bhutto, Filipina-Puan Coranzo Aquino dan England-Margaret Teacher, telah menjadikan masyarakat dan negara mereka tidak stabil serta suasana politik terus bergolak. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam bermaksud;
إذا وُسِّدَ الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya (yang tidak layak), maka tunggulah berlakunya hari kiamat”.
Firman Allah Taala pula ;
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ
“Kaum lelaki (muslimin) itu adalah pemimpin bagi kaum wanita (Muslimah), oleh kerana itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian lain (wanita)” - anNisa':34, al Quranul Karim.

Firman-Nya lagi ;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin wanita setengah mereka menjadi penolong kepada setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat ma'ruf dan menegah daripada berbuat kemungkaran” - at Taubah:71, al Quranul Karim.

Bila diteliti kedua-dua ayat di atas, Muslimah tidak seharusnya merasa terasing untuk sama-sama berganding bahu dan berkompromi menjadi pembantu lelaki dalam satu kepimpinan sejajar dengan peranan dan mengikut kesesuaian sifat-sifat Muslimah itu sendiri.
Di samping itu, harus ada di kalangan masyarakat Muslimah berkumpulan yang memberikan contoh ke arah mengamalkan suruhan dan perintah Allah SWT seperti menutup aurat, meninggalkan pergaulan bebas dan sebagainya. Tugas ini bukan hanya terpundak kepada satu golongan, tetapi semua sama ada lelaki atau wanita.
Melihat beberapa sudut, sebenarnya Muslimah sudah terkehadapan. Ketrampilan dan keberanian bersuara dalam memberikan hujah harus dipuji. Malahan Muslimah alaf ini sudah mampu menguruskan soal kemasyarakatan, melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, kebajikan, mengendalikan program-program dan sebagainya. Contoh teladan kepimpinan Muslimah yang sangat unggul abad silam seperti Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah perlu dijadikan model Muslimah hari ini.
Perjuangan mereka bukanlah seperti yang dijulang wanita-wanita Barat, sibuk menjulang Hak Kebebasan Wanita, persamaan hak antara lelaki dan wanita-Women's Lib dan sebagainya. Kerana itulah kita harus sedar sesungguhnya kehancuran akhlak dan budi pekerti Muslimah akan menyebabkan rosaknya masyarakat Islam.
Serangan budaya mental barat yang meresap masuk dalam aliran pemikiran sesetengah umat Islam yang sangat merbahaya, terutama bagi jangka panjang survival umat Islam. Muslimah harus sedar, peranan kepimpinan mereka dalam dakwah amat diperlukan contohnya kemampuan untuk memperjelaskan Islam melalui tulisan, seminar, dialog dan tidak kurang juga dalam urusan pentadbiran organisasi. Kadangkala yang disangkakan kelemahan pada Muslimah itu sebenarnya satu kelebihan.
Lihatlah pokok-pokok yang besar dan gagah serta rerumput yang melata di bumi. Apabila hujan, pepohon yang besar adakalanya rebah jua tetapi rumput pula tidak terkesan apa-apa.
jangka panjang survival umat Islam. Muslimah harus sedar, peranan kepimpinan mereka dalam dakwah amat diperlukan contohnya kemampuan untuk memperjelaskan Islam melalui tulisan, seminar, dialog dan tidak kurang juga dalam urusan pentadbiran organisasi. Kadangkala yang disangkakan kelemahan pada Muslimah itu sebenarnya satu kelebihan. Lihatlah pokok-pokok yang besar dan gagah serta rerumput yang melata di bumi. Apabila hujan, pepohon yang besar adakalanya rebah jua tetapi rumput pula tidak terkesan apa-apa.
Konklusinya, Muslimah merupakan 'syiqaqul rijal' dalam sesebuah pembangunan. Sebahagian tugas mampu Muslimah memikulnya dan sebahagian lagi hanya lelaki yang berhak menggalasnya. Biarlah konfrontasi Muslimah tetap terserlah sejajar derapan Muslimah silam kerana kegagalan Muslimah dalam memikul tugas risalah samawi akan menyebabkan tempangnya generasi mendatang. Apa yang penting, Muslimah yang terjun ke medan kepimpinan perlulah memahami dengan jelas matlamat dan menepati Al-Quran dan Sunnah. Muslimah juga perlu bersedia dengan ilmu, kesabaran dan ketahanan iman serta istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ingatlah, kelembutan Muslimah bukan penghalang untuk berjuang! -

09 October 2013

LEBIH baik berwajah KOTOR

KATA orang, lebih baik baik memiliki wajah yang kotor, kerana wajah yang kotor tidak menyakitkan hati orang, daripada memiliki lidah yang kotor yang lebih menyakitkan!

Bismillah. 

Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan dua akibat (kesan) yang besar iaitu samada ke syurga atau ke neraka. Jika digunakan dengan baik dan jujur maka lidah akan membawa pelakunya insya Allah ke syurga atau sebaliknya lidah yang disalah gunakan akan membawa pelakunya ke neraka. Nabi SAW pernah memberi isyarat kepada sahabat bahawa dua anggota manusia yang banyak membawa ke neraka iaitu lidah dan kemaluan.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Di dalam hadis sahih riwayat Bukhari Nabi SAW bersabda kepada Mu'az bin Jabal sambil memegang lidahnya yang bermaksud : "Engkau wajib menahan ini. Maka aku berkata, ya Rasulullah, kami sentiasa mengotakan apa yang kami kata. Nabi berkata, 'ibumu telah kehilangan engkau, wahai Mu'az. Bukanlah manusia di bantingkan muka mereka ke dalam neraka disebabkan angkara lidah mereka?". (Hadis Riwayat Bukhari)l

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".

Terdapat 15 bahaya yang timbul akibat ucapan (lidah) yang membawa pelakunya ke neraka, perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu

Kita hendaklah menahan lidah daripada mengucapkan perkataan yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan dosa. Lidah perlu dibasahkan dengan zikir kepada Allah SWT

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sebahagian daripada bukti keelokan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ke-2 : Terdorong mengucapkan perkara yang batil (dosa)

Bermegah-megah dan menceritakan pada orang lain perbuatan maksiat yang dia lakukan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan , dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". (Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk juga suka berbantah-bantahan dengan orang alim dan tidak mahu menerima teguran dan mempertahankan pendapatnya yang jahil.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Lelaki yang paling dibenci Allah ialah lelaki yang suka perbantahan dan permusuhan".

Ke-3 : Bercakap membuta tuli (tidak ikut hukum Islam dan bercakap tidak berdasarkan ilmu disebabkan kejahilannya)

Nabi SAW telah menyatakan bahawa orang yang paling dibenci dan jauh tempatnya dari baginda pada hari kiamat nanti, ialah orang yang banyak bercakap tapi tidak tentu arah kerana ia tidak berfikir sebelum bercakap.

Ke-4 : Memaki hamun dan cakap kotor

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Bukanlah beriman orang yang suka mencela, mengutuk, mengeji dan bercakap kotor".

Nabi SAW berpesan kepada Sayidina Ali k.wj. maksudnya :

"Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri.

Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya.

Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

Ke-5 : Nyanyian

Nabi SAW telah memperingatkannya melalui sebuah hadis yang bermaksud : "Nyanyian akan menumbuhkan kemunafikan (nifiq) di dalam hati sebagaimana air menumbuhkan sayur-sayuran". (Hadis Riwayat Baihaqi dan Ibnu Abu Dunya)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Selagi akan ada di kalangan umatku orang-orang yang memakai (menghalalkan) kain sutera dan nyanyian"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 6 yang bermaksud : "Dan sebahagian manusia ada yang membeli percakapan kosong (lahwal hadis) untuk menyesatkan (orang lain) daripada Allah."

Apabila ditanya Ibnu Mas'ud makna 'lahwal hadis' dalam ayat tersebut, beliau mengatakan 'nyanyian' bukan yang lain.

Nyanyian yang dimaksudkan di sini adalah nyanyian yang melekakan daripada mengingati Allah SWT. Senikata lagunya membenarkan perbuatan maksiat. Penyanyinya pula seorang wanita yang mendedahkan aurat, berhias (tabaruj), menggunakan suara yang merdu dan mempersonakan.

Tetapi sekiranya nyanyian tersebut berunsur dakwah, tidak melalaikan kewajipan, tidak menghalalkan yang haram dan nyanyian itu dilakukan oleh lelaki atau mahram kaum lelaki dan tidak nyaring serta tidak diiringi dengan sesuatu yang haram.

Ke-6 : Bergurau

Bergurau tidak berdosa selagi gurauan itu tidak melampau batas, kerana Nabi SAW sendiri pernah bergurau tapi tidak pernah terkeluar daripada memperkatakan yang benar. Itu pun jarang dilakukan Nabi. Pada umumnya , banyak bergurau akan mengurangkan ketenangan dan boleh menumbuhkan kedengkian, tapi gurauan yang sedikit atau sekadar menghilangkan kebosanan, tidak mengapa.

Ke-7 : Mengejek atau memperolok-olokkan

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)

Diriwayatkan bahawa ayat diatas diturunkan kerana utusan Tamim telah menghina golonqan fakir miskin dari kalangan sahabat Nabi SAW. seperti Bilal, 'Ammar, Shuhaib, Khabbab, Ibnu Fuhairah, Salman Al Farisy, Salim maula Abi Huzaifah dan lain lain.

Ke-8 : Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumpah palsu termasuk perbuatan yang mendapatkan azab besar. Selanjutnya, dalam suatu hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. disebutkan, sumpah palsu termasuk di antara perbuatan yang berdosa besar (Hadis Riwayat Tirmidzi).  

Bahkan, masih menurut riwayat Abu Hurairah, termasuk dalam lima dosa besar yang tidak diampuni dengan kafarat ialah sumpah palsu dengan maksud mengambil harta orang lain.  

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

Ke-9 : Tidak mengambil undang-undang Allah SWT dalam memutuskan sesuatu perkara.

Golongan yang mengunakan lidah-lidah mereka untuk menggubal, bersetuju dan membahaskan dan meluluskan rang undang-undang ciptaan manusia walaupun bertentangan dengan  al-Quran dan sunnah dan berhukum dengan hukuman yang di cipta oleh manusia sebenarnya golongan ini meletakkan Allah dan Rasul-Nya  dibelakangnya. Al-Quran melebalkan golongan ini samaada kafir, zalim atau fasik.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir" (Surah al-Maidah ayat 44)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang zalim" (Surah al-Maidah ayat 45)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasik." (Surah al-Maidah ayat 47)

Ke-10 : Mengumpat.

Ketika Haji Widak, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya darah kamu , dan kehormatan kamu adalah haram atas kamu (mencabulinya) (Hadis Riwayat Jamaah)

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah SAW. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah SAW  di tanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

Ke-11 : Mengadu domba (menghasut)

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba."

Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj: "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Ke-12 : Lidah bercabang dua

Maksud lidah bercabang dua adalah seorang yang berulang alik di antar dua orang yang bermusuhan, untuk menyampaikan ucapan salah seorang daripada mereka kepada yang seorang lagi. Tujuannya adalah supaya dia disanjung oleh kedua-dua pihak dan untuk dia mendapat habuan dunia, dan supaya kedua-dua pihak sentiasa bermusuhan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Manusia paling jahat ialah sidua muka, apabila ia mendatangi kelompok  manusia maka ia membawa muka yang satu, dan apabila ia datangi kelompok manusia yang lain maka ia membawa muka yang satu lagi."

Ke-13 : Memuji

Ini juga termasuk bahaya yang timbul daripada lidah. Sebab , memuji seseorang yang tidak sepatutnya menerima pujian itu atau pujian yang berlebihan yang tidak sesuai dengan hal yang sebenarnya sehingga jatuh kepada dusta atau memuji orang yang sepatutnya dicela.

Suatu pujian sering membuat orang yang menerimanya besar diri dan ujub, sedangkan Nabi SAW melarang demikian.

Nabi SAW berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, ucapkanlah : 'Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan, ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, janganlah aku disiksa tentang apa-apa yang mereka ucapkan' . "

Ke-14 : Bersumpah setia kepada selain Allah

Allah SWT telah menerangkan di dalam al-Quran bahawa kita tidak boleh bersumpah setia kepada sesuatu sebagai tandingan bagi keagungan atau kebesaran Allah. Sumpah setia seperti itu boleh menjerumuskan orang berkenaan ke dalam neraka.

Ke-15 : Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud ; "Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “kalau” membuka pintu perbuatan syaitan." (Hadis Sahih Riwayat Muslim , no: 4816)

Marilah sama-sama kita menjaga lidah kita supaya sentiasa bercakap benar dan janganlah kita menyempang daripada jalan Allah SWT. Allah SWT  sentiasa bersifat benar, begitu juga para rasul bersifat sidek. Mereka memperjuangkan agama yang benar (Islam) dan mengajak manusia kepada kebenaran.Mereka berjuang melupuskan segala pendustaan, kepalsuan dan kepura-puraan dalam hidup.Mereka memperjuangkan keadilan dan nilai kemanisan hidup berteraskan kebenaran.

Apabila kebenaran di abaikan maka muncullah manusia yang sentiasa menjadikan lidahnya sentiasa buat pendustaan amalan kehidupan seharian. Secara tidak langsung membawa kepada kemusnahan keamanan ummat manusia.Kebenaran tergambar pada sifat ikhlas, jujur dan didikasi.Benar pada niat dan kemahuan fikiran dan tindakkan dan benar pada kata-kata pernyataanya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikkan dan kebajikan itu membawa kepada Syurga. Seorang yang sentiasa berlaku benar, nescaya akan tercatat di sisinya Allah s.w.t sebagai sidek (org yg benar) dan sesungguhnya bohong membawa keburukkan dan keburukkan itu membawa ke neraka. Seseorang yang suka berbohong, nescaya tercatat disisi Allah SWT sebagai kazab(pembohong)''

Semoga kita semua patuh dan tunduk kepada semua yang disuruh-Nya dan sentiasa diredhai-Nya  di dunia dan akhirat dan dimasukan Allah SWT kedalam syurga-Nya.

Jangan di kotori lidah dengan 15 perkara di atas. Jika tidak, neraka menanti kita, na'uzubillah...wallahua'lam..

10 March 2013

Cemburukah aku?

Salam semua. Apa khabar? ;) MAAF sangat2, dah lama biarkan belog ni bersawang dan berhabuk. Kesian belog saya. Sampai merajuk, terpaksa saya tukar password baru. :P Jangan cemburu ye cik belog yang manis, saya akan jenguk awak hari2 lepas ni. InsyaAllah. :)

Perasan tak? Kenapa kita tiba2 nak rasa cemburu pada seseorang ye? ADAKAH itu petanda apa2? Sedangkan kita tidak pernah ada apa2 yang di rasakan istimewa bersama seseorang itu. COUPLE?? Tidaklah, saya tidak menghalalkan couple. Kadang2 dengan kawan sendiri pun ada rasa cemburu. Cemburu ni apa sebenarnya? :D CEMBURU adalah sejenis perasaan yang hadir apabila kita rasa terhimpit di antara 2 perasaan. Eh? yeke? Entahlah. Saya rasa begitu. Perasaan tu, kita sahaja yang rasa. Sedangkan orang yang di kaitkan dengan rasa cemburu itu sedikit pun tidak merasakannya. Lalu kita merasa seorang diri tanpa siapa yang tahu. Bagaimana orang lain boleh tahu kita cemburu? Semuanya di tonjolkan dengan perbuatan dan percakapan kita. Ada bau sindiran, perlian dan seangkatan dengannya. Perasankah kita tentang rasa cemburu seseorang?

"Untunglah, ramai kawan..kita ni tak ada apa2 pun.."

"Oh, orang lain dia layan..kita ni dia tak pandang pun.."

Dan banyak lagi sindiran sang cemburu buta. :D Cemburukah aku? Ya, kita sedang cemburu apabila hati kita merasakan  pelbagai prasangka yang bukan2. Kalau rasa diri kita tu ada sifat cemburu, cepat2 istighfar. Jangan di ikutkan sangat sifat cemburu, sebabnya cemburu ini kebanyakkannya akan membawa diri ke lembah kerosakan. Bahaya untuk kesihatan. :P Cemburukah aku? Tepuk dada, tanya hati dan diri sendiri. ;) Mari kita lihat cemburu dari aspek lain pula.

KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. ;) Tapi, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Seorang profesor di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling,Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya,berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran. 

Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu..

Kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.
Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.

Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

Dalam hubungan ini, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami. Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.

Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.

Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.

Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan. Dari aspek psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.

Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.

Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri. Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini.

Panduan elak pasangan cemburu

1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.

2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.

3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang.
 
4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.

5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.

6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.

* Hadkan cemburu kita. ;)