Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

30 January 2012

::Wajah-Wajah FASILITATOR TQTC::



TQTC 2011




TQTC 2011



TQTC 2010



TQTC 2009


ALHAMDULILLAH..dah 3 tahun saya bersama dengan TAHSIN AL-QURAN TRAINING CENTRE (TQTC)..insyaALLAH,.jika diberi ruang dan masa,saya akan berada lagi di TQTC untuk tahun ke-4 ..3 tahun di bidang consultant bukan 1 jangka yang boleh di anggap 'master' dalam bidang ini..tetapi masih perlu banyak mencari dan belajar tentang makna 'motivasi' kehidupan bagi mendapatkan sebuah pengalaman yang sangat berharga..

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

Ya! kita tidak akan boleh mencipta sebuah pengalaman tanpa kita menghadapinya..bersusah-payah,bertungkus-lumus,bersakit-sakit dan segala macam keperitan harus dihadapi sebelum mencapai sebuah pengalaman hidup yang lebih bermakna..

Pengalaman guru terbaik untuk mencapai sesebuah kejayaan..tanpa pengalaman kita tidak akan MAHU dan TAHU erti sebenar perjuangan,kalah dan menang..Alhamdulillah...dari kosong pengalaman mendidik,memimpin dan mentarbiyah..akhirnya terisi sedikit rasa tanggungjawab dan makna memikul amanah mencorak anak bangsa seagama walaupun tidak sepenuhnya..hilang sikit demi sedikit sikap marah yang keterlaluan..diganti dengan sikap ramah dan kasih sayang..subhanallah...indahnya tarbiyah dengan kasih sayang..

inilah wajah2 sahabat yang sama2 berganding bahu memikul amanah di TQTC..inilah ukhwahfillah yang terjalin tanpa paksaan..inilah wajah2 yang menjadi penguat semangat dan penghibur kala duka dan lemah semangat..inilah sauadara2 saya yang saya kasihi tanpa halangan..kerana kami berukhwah kerana perjuangan dan dakwah di jalan ALLAH SWT..

Moga ALLAH sentiasa pelihara hati2 kita ke arah jalan yang diredhaiNYA..dan kita dapat teruskan usaha dakwah dan perjuangan dalam mendidik anak bangsa dan agama mengenal dan mengamalkan hidup berlandas AL-QURAN dan AS-SUNNAH...ameen...

"UKHWAHFILLAH...BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH''

28 January 2012

::Baucer Buku dengan Buku Ilmiah::

Baru-baru ni negara dan dunia MAHASISWA digemparkan dengan BAUCER BUKU (1 malaysia) ^^, saje laa saya bubuh dala kurungan..marah plak nanti tak bubuh slogan diorang ni.. :P memang KECOH lah dengan baucer ni dikalangan pelajar2 IPTA/IPTS..semua dapat, warganegara..seronok tak terkira laa sesetengah pihak.. :) tapi bagi saya ia hanyalah 'umpan' sempena PRU akan datang tak lama lagi ni..biasalah...orang bagi kita ambil..tolak rezeki rugi.. :)


so,tarikh sah baucer sampai 31 mac 2012 sahaja...lama kan..tapi,ramai yang 'tak sabar' nak habiskan baucer tu..yelah free..cepatlah.. :p kecoh lagi 1 malaysia,kedai buku penuh dengan orang sejak 2 minggu lepas..semua menggunakan baucer..rm200 je..bagi saya tak cukup rm200.. :") saya pun malas nak rebut2 dengan orang lain,konon2 nak serbu lewat sikitlah..hari ini 28 jan 2012 saya pun ajak kawan teman pegi popular dekat pekan rabu...masyaALLAH,masuk2 dah ramai..dengan rak bersepah2..agak2la kan... ;) kesia kat pekerja kedai tu...lagi kesian kat cashier...tak berhenti mengira.. :P yang nak membayar pun letihla beratur panjang...

masuk2 je popular saya terus ke rak buku wanita/agama/motivasi..sebab inilah rak yang selalu saya jenguk first2 sekali..blurr di situ..buku yang saya cari tak jumpa..penin saya tengok lama2..pusing2 setengah jam jugakla..baru jumpa buku yang berkenan dihati..awal2 lagi saya daj ambil buku himpunan doa utk wanita buat anak2 buah kem saya..then baru saya pikir buku untuk saya..blurrr sangat2..buku yang saya nak dah habis.. :"( sedih kot...tak pe,nanti saya nak cari kat pustaka darussalam plak..hari ni,saya guna rm100 je baucer..rm100 lagi saya nak guna dekat pustaka darussalam..

dah pusing dekat 1 jam setengah,saya dah malas dah nak cari,lagipun bajet dah cukup..beratur panjangla utk bayar..macam2 la gelagat orang saya dapat lihat..ada yang bawak anak beli alat tulis dan buku,ada yang angkut mak ayah adik2 1 family datang beli buku..(cukup ke rm200 utk 1 family?) ntahlaa...hehe..macam2 kan..yang tu tak ape lagi..at least,adik2 dia beli buku sekolah..yang paling saya hairan,MAHASISWA/SISWI ni..macam tak ada buku ilmiah je dorg nak beli...alih2 'NOVEL' jugak..novel tu dah tahu dah apa prolog dgn epilog dia.. :P sama je dgn drama..tapi tulah,tak faham saya..banyak buku2 ilmiah,buku agama yang dorg boleh beli..tapi tak nak beli..merungut tak tau nk beli buku apa...(sah x penah pegi kedai buku beli buku..) last2,beli novel je??aduh!!rugi sangat2...

sempena maulid nabi s.a.w ni belilah buku2 berkaitan...buku 'SYAMAIL MUHAMMADIYAH' comfirm2 tak ada lagi kan..beli buku macam ni..kenali nabi s.a.w..kata sayang dan cintakan nabi..tapi tak nak pun kenal dia..TAK KENAL MAKA TAK CINTA la kawan2..nak menyuburkan lagi cinta kita terhadap nabi s.a.w kena la baca tentang baginda..

apapun,alhamdulillah..saya dapat beli 3 buah buku yang saya rasa ilmu didalamnya akan saya cuba sampaikan pada orang disekeliling saya..buku 5 tokoh penggugat zaman,kuasa kepemimpinan al-fateh dan like father like son..menarik tentang buku like father like son,ia adalah buku kisah2 yg sarat dengan hikmah yg bukan hanya memikat tapi boleh membangunkan modal diri kita dan menguatkan ketauhidan jiwa terhadap Allah swt..insyaALLAH,moga saya beroleh manfaat dari bahan bacaan ini..

jom!!beli dan baca buku2 yang lebih ilmiah....




awesome tau sultan muda ini...



best buku ni.. :)



wajib ada sorang satu....sempena maulid nabi s.a.w..belilah ye ;)


wahhh....hebat kerana ISLAM!!



insyaALLAH..Buku comel ini akan sentiasa disisi....ke mana saja...
kaler HIJAU..santek sangat2

25 January 2012

:ULANGTAHUN REVOLUSI MESIR:


Jutaan rakyat berhimpun di Tahrir dgn keadaan aman bg memperingati genap setahun REVOLUSI 25 JANUARI


Buat IKLAN sekejap ye....hari ini 25 januari 2012 adalah ulangtahun REVOLUSI di MESIR..alhamdulillah,rakyat mesir dah dapat apa yang mereka nak..setelah setahun berhempas pulas menjatuhkan rejim hosni mubarak,MESIR kini dibawah tampuk perintahan kerajaan Islam yang dipimpin Ikhwan Muslimin..ALHAMDULILLAH..apa yang seronok,saya ikut jugak perkembangan tentang revolusi dan pilihanraya yang berlaku di MESIR..atas bantuan seorang ustaz yang sangat mahir menjadi penganalisis politik di sana..juga seorang azhari..tidak putus-putus menyebarkan maklumat tentang PRU mesir.. pilihanraya MESIR baru2 ini saya kira sangat sistematik dan teratur..tiada penipuan dan unsur2 rasuah,menyebabkan parti Islam menang besar kali ini..kebebasan dan keadilan sudah dikecapi oleh seluruh rakyat mesir kini..menghela nafas lega syukur ke hadrat Ilahi..

semoga negara kita juga memperolehi kebebasan dan keadilan seperti di mesir..kepimpinan ulama' berlandaskan syariat Islam membina negara yang harmoni dan sejahtera..insyaALLAH..

p/s: teruskan berdoa...agar SYRIA juga mendapat kemenangan pada Islam yg sebenar..

::Tahun Baru Wajah Baru::


Hai semua!! Assalamu'alaikum..Alhamdulillah....^_^ lega rasanya bila blog saya ini dah hampir siap..sebelum ini macam 'rumah tak siap' .. 3 hari jugaklah duduk mengadap blog ini..banyak betul halangan..dengan line broadband yang bergerak macam 'siput' ,sengaja menguji kesabaran saya..haishh..

taraaa!!!...inilah wajah baru blog saya..saya rasa wajah terbaru ini agak 'comel' dan kemas sikit kot berbanding setahun yang lepas...what!!setahun?maknanya setahun saya biarkan blog ini 'berhantu'??hehe..kesian blog saya..tak ape..saya dah make-up bagi cantik balik dah..kalau dulu,saya buat decoration blog mengikut tema,kali ini saya dah 'malas' nak ikut tema..hentam saja..colourful is nice jugak..semua saya tukar,nama blog..nama link..macam menganaktirikan pulak yang lepas2..sorry tau,'hidup kan mesti buat pilihan'.. :)

setahun kan,saya 'blurrr' dengan blog sendiri..tak ada mood nak menulis,tak ada idea nak coret2 kat sini..dan akhirnya,saya dapat jugak idea..dengan nama blog saya yang terbaru 'A Muslimah Journey' saya impikan sebuah blog 'taman ilmu' buat MUSLIMAH..insyaALLAH..inspirasi terbaru buat blog ini..saya ingin kongsikan tentang kisah-kisah,pengajaran,panduan,pengalaman untuk muslimah..saya ingin bawa muslimah kenal dunia muslimah..apa yang ada pada muslimah,apa yang perlu muslimah jaga dan pelihara,siapa contoh dan idola buat muslimah semua..

menyedari hakikat bahawa dunia kini muslimah sudah jauh dari identiti muslimah sendiri..muslimah lupa tanggungjawab mereka..lupa maruah yang perlu mereka jaga,.lupa bahawa mereka adalah MUSLIMAH..hamba ALLAH SWT..insyaALLAH sahabat muslimah sekalian..saya akan gunakan medan ini sebagai wasilah penyampaikan dakwah buat muslimah yang saya sayangi..

"improve your character to be a good MUSLIMAH.."

insyaALLAH..moga kita sama-sama beroleh manfaat dan keredhaan dari ALLAH SWT..wallahu'alam..

::TAHUN BARU 2012 MASIHI::











PERISTIWA: Himpunan 1000 jiwa 1 hati.

ANJURAN: Raudhatussakinah ANDA BIJAK JAUHI ZINA.

TARIKH: 31/12/11-1/1/2012.

TEMPAT: MASJID NEGARA KUALA LUMPUR.

first time aku sambut tahun baru...dan first time aku sambut tahun baru kat luar rumah...tapi alhamdulillah,bukan program maksiat yang aku sertai..bahkan program yang baik,penuh ilmu dan keinsafan jua semangat jihad utk tahun baru..2011 berlabuhkan tirainya..2012 tersenyum membuka pintu dan ruang..^^, tahun baru anda dimana?pasti ramai yang menyembutnya..kita sedia maklum,detik tahun baru banyak program hiburan dan maksiat disajikan..tetapi ada beberapa tempat yang menyajikan program pembersihan rohani..seperti yang aku join ini..^^, jom tengok.apa program yang aku join..

program ni dinamakan 'HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI' mengumpul 1000 orang peserta yang benar2 inginkan tahun barunya bebas dari gejala sosial..yang dianjurkan oleh ANDA BIJAK JAUHI ZINA Raudhatussakinah training & consultancy..mempromosikan jauhi zina,memang sgt tepat utk anak2 remaja bersama dalam program ini..

30/12/2011 : sebenarnya aku rancang nak balik esok pagi tu...31/12/2011....tapi tiket habis...hurm,terpaksala tunda sampai hari rabu..lambatnya!!....terus aku pikir pasal himpunan ni..yang aku tolak pelawaan menjadi fasilitator di program besar ini..macamana ye?aku teringin la pulak...so,aku dah pikir...aku nak pegi..aku mesej sis jaja farizah,yang menguruskan fasilitator program ni..kira orang kuat raudhatussakinah jugakla ni..^^, sis jaja call aku terus dan bagitau...'anis,awak boleh datang esok pukul 8.30 pagi di masjid negara kalau awak benar2 boleh bagi komited dalam program ni...oh!sure la aku boleh...^^, so,aku bagitau sis jaja...'jazakallah sis,sy datang esok! sambil senyuman terukir lebar....puashati!x dapat balik kedah join lantunan mahabbah rasulillah,aku dapat join himpunan ni..dengan cepat jugak aku mesej sorang kawan yang baru aku kenal kat fb,kak fatimah suraiya..kitorang penah borak,then dia duduk searea dengan umah aku...wahhh!syoknya....boleh follow dia...dia drive..so,aku x payah susah2 suruh ayah hantar..dahla adik2 aku x nak ikut,padahal aku dah daftar nama dorang..haisshh!program free pun x nak pegi..memang rugi..^^,

31/12/2011 : seperti dijanjikan dan diplan...aku pun bergerak ke masjid negara pagi tu dengan kenari silver kak fatimah..kak fatimah memang cekap drive dekat KL..maklumla dah brapa tahun dia amek lesen kan..aku ni je,ntah bila nak amek lesen..^^,alamak!!jem plak.....time2 ni la nak jem..nak buat jalanla..nak tutup jalanla...adohaiii...kami lambat sampailaa...ape lagi kan..tapi,alhamdulillah sampai..hee...ramai kot fesi dengan urusetia...yelah,peserta 1300 org kot...memadailah kan...^^,so...dah diberi tugas,dan dengar taklimat..pukul 12 tghari budak2 dah datang daftar...sampai pukul 4 ptg...fuhh!ramai......aku dapat 12 orang anak buah...solat,makan,pegi dewan,duduk dalam dewan,tido...semua bersama.... ^^, best kan...ptg tu perasmian,then lps maghrib ada tazkirah oleh imam masjid negara,then lps isyak...bermulalah pengisian rohani dgn ilmu dari ibu aisyah,UP firuz,Dr.zahazan,.dendangan selawat oleh IM Najdi,pengacara jemputan fedtri yahya MHI TV3,konsert dari shoutul harakah,video USRAH dari wardina safiyyah utk Dr,harlina siraj,dan ikrar selepas detik 12.00am oleh bro abdullah omar (AO)..turut hadir pengarah raudhatussakinah ummi rosmawati,ally iskandar dan dato' pengarah JAKIM..seterusnya...bersurai jam 12.30 am,minum dan tido...

1/1/2012 : seawal jam 4.00am semua bangun,bersihkan diri,berwudhuk utk berqiamullail bersama IM hasan..then solat subuh,tazkirah...lps sarapan,bermulalah larian 1000...hee...aku x lari tau,jalan je...penat kot...jauh...nk lari ke tasik perdana tu pon..jalan bukit2...adohaii..hee..sampai tasik,kitorg buat aktiviti sikit...duduk ja semua...paling best 'break clap'...kena peka..terhibur jugak walaupun letih berjalan jauh tadi :P..makan tengahari dengan anak buah masing2 dan majlis penutup..bergambar dan bersurai...^^, ~~~

then,balik semula ke masjid negara,berkemas..masa yang sangat terhad membuatkan masing2 tak sempat nk buat jejak kasih yang terakhir..harap,lepas ini kita dapat berjumpa lagi dan merapatkan lagi ukhwah yang telah terbina..love ukhwahfillah....ANDA BIJAK JAUHI ZINA....~~sekian

05 January 2012

::Mencintai dia dalam diam::




“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )


Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )


Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai dia dari kejauhan.

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan.

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


:: CINTA KERANA ALLAH SWT ::


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, “Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.

“Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?” jawabnya.

Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.

“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?” tanya pemuda lagi.

“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana...ameen..