Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

11 May 2011

:: 10 pembasuh DOSA & PENAWAR HATI ::

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  • Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),

  • Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,

  • Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,

  • Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,

  • Masukkan dalam kuali taqwa,

  • Lalu tuangkanlah padanya air malu,

  • Didihkanlah dengan api mahabbah,

  • Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,

  • Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,

  • Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

:: APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU? ::


SALAM...kali ni sy nak ajak semua fikir dan ketahui mengapa kita digalakkan solat di awal waktu?solat tu sahaja sudah mempunyai senaman2,di tambah dgn solat di awal waktu,.masih byk yg belum kita ketahui...mehla kita tengok apa kelebihannya... ^____^

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

:: ADAB BERSAMA AL-QURAN ::


Tujuan seorang mukmin membaca Al-Qur’an, adalah untuk diamalkan. Ini bermakna mereka telah menjadikan al-Qur’an sebagai pegangan hidup dan petunjuk bagi menuju jalan yang lurus. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang pertama Kitabullah ‘aza wajalla, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, maka ambillah dan berpegang teguhlah de¬ngannya…” (Riwayat Muslim dan Ahmad).

Sesungguhnya al-Qur’an adalah Kalam Allah, Kalam Pencipta, Pemilik dan Penguasa, Pemelihara alam semesta. Oleh itu apabila kita memperkatakan atau membaca kalam-Nya tentulah ia memerlukan adab-adab dan sikap-sikap tertentu. Terdapat beberapa adab membaca Al-Qur’an yang perlu diperhatikan oleh setiap pembaca al-Qur’an. Adab-adab ini perlulah dipelihara agar ia memberi pengaruh dan kesan yang positif terhadap pembacanya. Antara adab-adab tersebut adalah:

1. Ikhlas

Abu Hurairah berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda : .. Dan seorang yang belajar dan mengajarkan ilmu, serta membaca Al-Qur’an didatangkanlah ia, disebutkan segala nikmat yang telah Allah berikan dan diapun mengakuinya, lalu ditanya, apa yang telah engkau lakukan dengan ilmu itu? Jawabnya: Aku mengkaji dan mengajarkan ilmu serta kubacakan di dalamnya Al- Qur’an, kata Allah: Kau dusta ! Akan tetapi engkau mempelajari ilmu agama agar orang menyebutmu sebagai orang alim dan kau membaca Al- Qur’an agar manusia menyebutmu sebagai seorang qari dan engkau telah mendapatkan Itu semua di dunia”. Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengambil wajahnya serta memasukkannya ke neraka… . ( Riwayat Muslim diriwayatkan juga oleh Tarmidzi dan An¬Nasa’i).

Hadis ini diperkuatkan lagi oleh sebuah hadis lain yang bermaksud : Pelajarilah Al-Qur’an dan mintalah kepada Allah dengannya syurga, sebelum Al-Qur’an dipelajari oleh tiga golongan: untuk membanggakan dirinya, untuk mencari makan dan membacanya kerana Allah. (Hadis riwayat lbnu Nashr dari Abi Sa’id Al-Khudri).

2. Berwudhu

Dari Muhajir bin Qanfadz, aku pergi menemui Rasulullab SAW dan baginda ketika itu sedang buang air kecil, aku pun memberi salam kepada baginda tapi tidak dijawabnya hinggalah beliau berwudhu, kemudian beliau meminta maaf padaku dan berkata: “Saya tidak suka menyebut nama Allah kecuali jika saya berada dalam keadaan suci “(Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai’).

3. Bersiwak (menggosok gigi) sebelum membaca al-Qur’an

Bersihkanlah mulutmu, kerana ia adalah tempat keluarnya Al- Qur’an”. (Dari Shahih Jami’ Shagir, Al-Bani juz 4 hadis. No.3835).

4. Memilih tempat yang suci

Para ulama’ lebih suka membaca al-Qur’an di masjid kerana ia merupakan tempat yang bersih, mulia dan sekaligus dapat beri’tikaf di dalamnya. Ini berdasarkan kepada peristiwa Rasulullah menegur seorang Arab Badui yang membuang air kecil di masjid. “Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak layak dijadikan tempat membuang air kencing atau kotoran, akan tetapi ia adalah tempat untuk zikrullah dan membaca Al-Qur’an (Riwayat Muslim dan lbnu Majah).

Namun ini tidak bermakna kita tidak perlu membaca al-Qur’an di rumah sehingga rumah kita diibaratkan sebagai kawasan perkuburan kerana tidak pernah disirami dengan bacaan ayat-ayat al-Qur’an.

5. Diusahakan agar menghadap ke arah kiblat

Sebuah hadis yang terdapat dalam kitab At-Tibyan fi Adabi Hamlatil Qur’an oleh Imam An-Nawawi, menegaskan: “Sebaik-baik majlis adalah yang menghadap kiblat”.

6. Khusyu’ dan Tadabbur ketika membacanya.

Membaca al-Qur’an dengan khusyu’ dan tadabbur akan menjadikan hati kita menjadi tenang dan dada menjadi lapang. Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang memerintahkan hal ini. Antaranya firman Allah: Apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ( QS : 47:24 ) Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh barakah untuk difahami ayat-ayatnya (QS.38:29). Hadis-hadis Rasulullah SAW juga banyak menyentuh tentang masalah ini. Antaranya adalah :

“Manusia yang paling baik bacaannya, adalah orang yang membacanya dan kamu melihatnya bahawa dia takut kepada Allah. (Riwayat Al-Baihaqi).

Atau dalam riwayat lain: Orang yang paling baik suaranya dalam membaca Al-Qur’an adalah yang jika kamu dengar bacaannya kau menduga bahwa ia takut kepada Allah (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Diriwayatkan oleh Abu Dzar ra: “Nabi SAW pernah bangun malam lalu membaca satu ayat dan mengulang-ulangnya sehingga pagi”, ayat yang dibacanya adalah dari Surah al-Maidah ayat 186 yang bermaksud : Jika engkau mengazab mereka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu”. (Diriwayatkan oleh An-Nasai’ dan lbnu Majah).

‘Ubadah bin Hamzah berkata: “Aku pernah melalui rumah Asma yang ketika itu beliau sedang membaca ayat (QS.52:27), akupun berhenti dan kudengar dia terus mengulang-ulangnya sambil berdo’a. Lalu aku pergi ke pasar membeli segala keperluanku kemudian aku kembali melalui rumah beliau, dan dia masih membaca ayat tersebut sambil berdo’a.

Demikian juga Adh-Dhohak jika membaca firman Allah yang bermaksud: Bagi mereka lapisan-lapisan api di atas mereka dan di bawah merekapun lapisan dari api (QS. 39:16), ayat ini diulang-ulang hingga waktu sahur.

7. Menangis ketika membacanya

Firman Allah: Muka mereka tersungkur sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’ (QS. 17:109).

Hadis RasululIah SAW: Bacalah Al-Qur’an dan menangislah, jika kamu tidak dapat menangis paksakanlah untuk menangis. (An-Nawawi dalam ‘At-Tibyan).

Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata: Menangis adalah perkara yang sangat disukai ketika membaca Al-Qur’an. Cara untuk mencapainya adalah dengan menhadirkan hati yang sedih, agar memerhatikan segala yang terdapat di dalamnya sama ada ayat yang berupa peringatan yang keras, penekanan, ancaman, janji dan sumpah. Lalu perhatikanlah segala kekurangan yang ada, kalaupun tidak juga merasa sedih dan menangis seperti salafus- shalih, maka tangisilah dirimu yang telah kehilangan hal tersebut kerana itulah musibah yang paling besar.

8. Membacanya dengan tartil.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacalah Al- Qur’an itu dengan tartil”. (QS. 73:4). Membaca dengan tartil bermaksud bacaan yang disempurnakan tajwid dan makhrajnya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya : Dari Anas ra Ali berkata: “Rasulullah memadkan (panjangkan) ketika membaca Al- Qur’an dengan mad yang sempurna. (HR Ahmad).

9. Menjauhkan diri dari tertawa, bergaduh, berbual atau bercakap ketika membaca Al-Qur’an.

Sebahagian besar masyarakat Islam hari ini tidak mengambil perhatian atau mengambil mudah atau memandang remeh tentang perkara ini. Sedangkan ia merupakan sebahagian daripada cara menghormati Al-Qur’an. Firman Allah: Jika dibacakan Al-Qur’an maka dengarkanlah dan diamlah agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204).

Dalam riwayat Abu Daud dan lbnu ‘Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW jika membaca Al-Qur’an tidak bercakap-cakap atau seumpamanya.

10. Membaca sesuai dengan tertib surah.

Berkata para ulama dalam kitab At-Tibyan karangan Imam Nawawi: “Sebaiknya dalam membaca Al-Qur’an adalah sesuai dengan tertib urutan surah iaitu memulakan dengan membaca Al-Fatihah, seterusnya surah al-Baqarah, kemudian Ali-’Imran dan seterusnya, sama ada dalam solat ataupun diluar solat. Namun ketika mengajar anak kecil hendaklah dimulai dengan surah yang di belakang ke depan.

11. Memperbaiki dan memperindahkan suara

Para ulama’ telah sepakat bahawa hukum membaca Al-Qur’an dengan suara yang baik adalah mustahab (disukai). Banyak hadis Rasul yang menyebutkan tentang perkara ini, contohnya : Bukan dari kami yang tidak melagukan Al-Qur’an (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim).

Dalam riwayat yang lain dari Abu Daud Ibnu Abi Malikah pernah ditanya: Wahai aba Muhammad, bagaimana jika seseorang tidak boleh membaca al-Qur’an dengan suara yang baik? Jawabnya: dia harus berusaha semampunya untuk membaguskan suaranya”.

Dalam kitab Mustadrak oleh Al-Hakim, disebutkan sebuah hadis: ‘Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu kerana suara yang baik menambah keindahan Al-Qur’an”.

12. Waktu-waktu pilihan untuk membaca Al-Qur’an

Waktu yang terbaik untuk membaca Al-Qur’an adalah ketika dalam solat. Mengikut pendapat mazhab Syafi’i dan lainnya disebutkan: memanjangkan bacaan ketika berdiri dalam solat lebih utama daripada memanjangkan sujud. Sama ada di dalam atau di luar solat bacaan pada waktu malam adalah yang terbaik terutama di sepertiga terakhir malam atau antara maghrib dan ‘isyak.

Manakala membaca Al-Qur’an pada waktu siang yang terbaik adalah selepas solat subuh. Walau bagaimanapun sesungguhnya tidak ada larangan membacanya setiap saat.

13. Had waktu mengkhatamkan Al-Our’an

Dari Abdullah bin Amr ra, berkata, saya bertanya pada Rasulullah : Wahai Rasulullah berapa lama saya harus mengkhatamkan Al- Qur’an? Jawabnya: khatamkan dalam tempoh sebulan, kalau saya mampu lebih dari itu ? Kata beliau: Khatamkan dalam tempoh 20 hari, kalau saya mampu yang lebih baik dari itu?, jawabnya: khatamkan dalam masa 5 hari, kataku: saya mampu lebih baik dari itu, jawabnya: tidak ada keringanan lagi” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi).

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: Sukar bagi seseorang untuk memahami Al-Qur’an kurang dari tiga hari”. (HR. Abu Daud, Tarmizi dengan sanad Sahih). Dalam riwayat Tarmizi yang lain disebutkan: Bacalah Al-Qur’an dalam tempoh 40 hari Malah salafus-salih yang memiliki pelbagai kemampuan ada yang mengkhatam bacaan al-Qur’an dalam masa 2 bulan, ada yang setiap bulan, ada yang setiap 10 malam, dan kebanyakan mereka kurang dari yang demikian.

Namun, yang jelas disini adalah bergantung kepada kemampuan setiap individu untuk mengkhatamkan al-Qur’an. Ini berkait langsung dengan halangan dan hambatan yang dimiliki oleh individu tersebut. Perkara yang lebih penting dari itu ialah syara’ menetapkan bahawa kita dituntut untuk membacanya dengan penuh tadabbur serta mengamalkannya. Oleh itu tidak menjadi masalah yang besar jika seseorang itu mengambil masa selama 2 bulan untuk mengkhatamkan bacaannya.