Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

28 June 2010

:: KEM TERAKHIR BULAN JUN ::










SALAM....alhamdulillah..selesai tugas ku sebagai fasilitator di kem terakhir untuk bulan jun 2010..26-27 jun 2010 aku di panggil ustz fadhil untuk bersama dalam KEM PELAJAR CEMERLANG di KEM SAFA,HULU LANGAT,SELANGOR.. diadakan utk pelajar2 tahun 6,..dan bakal2 calon UPSR & PSRA 2010 SRA AL-MUBARAKAH,CHERAS.... 2 hari 1 malam yg sangat padat dgn ilmu dan aktiviti...bersama ustz fadhil,urusetianya en.izhan @ abg aan, dan 5 fesi yg sgt dedikasi...en.zul @ abg zul, en.zulkifli @ sheikh, kak intan suria, kak ain & aku....seperti kem lain jugak..kwn2 fesi yg baru dikenali,...umpama sudah lama dikenali..^_^ port yg sgt aku suka....

kem kali ini,..byk menyentuh tentang kecemerlangan pelajar...yg byk di kupas oleh ustz fadhil sendiri & ustz khairul azwar...aku,kak ain & kak intan bekerjasama dlm 1 slot slps maghrib hari prtama..yg kami nmakan 5 cinta...(cinta ALLAH,RASUL,IBUBAPA,UMMAH & KECEMERLANGAN)...alhamdulillah....berjaya kami laksanakan...yg paling best slot ustz fadhil IQ,EQ,PQ & SQ...dan slot ustz azwar...

agak letih sikit kem kali ni....coz semua budak tahun 6...so,...nak dengar cakap tu sgtlah payah...habis tenaga suara fesi2..setiap masa....adeh!...tapi semua tu tanggungjawab fesi..untuk mendidik adik2 di kem...aku jugak dpt belajar byk perkara di kem...insyaallah aku akn cuba praktikkan utk membangunkan semula semangat diri ini...

tamatlah tugas aku sebagai fesi utk bulan jun 2010..kem yg ke-5...memang bulan ni...masa ku terisi penuh dgn program kem...alhamdulillah...puas!!!terima kasih pada semua yg memberi kepercayaan kepadaku...moga ALLAH sentiasa membantu jihad kalian...ameen...
wallahua'lam~~

25 June 2010

~ ...NEw is BaRu HuwA jaDiD ...~


LIHATLAH rupa blog yg baru ni....tapi x dela nmpak baru sgt pon...agak2 x serabutlah kan...ada rama2 lagi tu.....^_^ ...semua ni gara2 tanganku yg gatal....rosak...kena tukar background baru...moga dengan wajah baru ni....korang rajin2lah singgah coretan hati ini ye.....lalalalala~ terima kasih~

:: REJAB BULAN KEMULIAAN ::



SALAM...sekarang sudahpun bulan rejab...selalu kita lihat bulan rejab kebanyakan berpuasa....apa yg ada pada bulan rejab ni??mehla kita tengok....

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj...


Peristiwa Penting dibulan Rejab :


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah...

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya...

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut...




Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat...

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran...

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel...

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm...


Amalan dibulan Rejab :

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu...

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah...

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter)...

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya...

so....jomlah kita tambah amalan dibulan rejab ini.....moga mendapat pahala berlipat ganda dari ALLAH SWT...ameen....wallahua'lam..

24 June 2010

:: cuti yang masih bersisa ::

hai semua.....sekarang sudah pukul 2.30 pagi.....adoyaiiii....aku mcm x nak tido la plak......apa la mimpi aku rajin nak taip tgh2 pagi buta ni...layan jelaaa........^_^

25,26,27..........opssss....berbaki seminggu lagi cuti ku di kota metropolitan ni.....aduh!!mcm maleh pulok nak balik kedah...apesal ntah....slalu x sbr2 nak balik.....kali ni berat hati nak tinggalkan kuala lumpur.....~~~abaikan~~~

bulan jun 2010 adalah bulan paling best penah aku rasa berbanding cuti2 sebelum ni..sebabnya...aku tidaklah duduk kat umah jaa...banyak aku join kem laa....tu yg best!!!bkn kem yg sama...kem berlainan jenis & konsultan nye.....yg menarik,...relax je aku join...mcm aku dah slalu plak join dorang...

yg paling best,...kem 2,3 hari je...tp,..kenal2 kwn2 fesi kem...mcm dah lama.....sampai dah bleh kutuk mengutukla....(masih di tahap yg sopan..)...sure aku rindu sama mereka2...merangkap fesi & trainer yg pandai buat lawak bersahaja...lebih lg kak hajar kiut & baikhati...dah mcm kakak aku lak...^_^ shhhhssshhh....nanti kontroversi lak...

sebelum balik kedah...aku akan pegi kem lagi utk mggu yg terakhir..ustz fadhil call aku mntk dtg kem pagi sabtu ni...dan lps tu mgkn cuti bln 11,12 ni plak aku join...kali ni,..cuti aku x sia2.....x la duduk rumah je....ada gak benda aku bleh buat.....thanks semua yg ajak aku pegi kem...hehehe....sgt manis ku rasa...

cuti...cuti...cuti...lama2 cuti jdi 1 yg membosankan....sbb lama sgt melepak...smua kebas.....so,...amek peluang yg ada time cuti pegila join apa2 yg berfaedah kan...bila x cuti nanti baru nak meronta2...tensen x cuti2....

dlm masa cuti ni,...sebenarnya aku menunggu seseorang...nk sembang dgn dia...nk kongsi mcm2 dgn dia....tp,....x de pon....agak sedih & sedikit bengangla...rasa mcm nk buat x tau ja dgn dia lps ni...sgt sakit hati...aku x taula mcmna..nk tanya mcm2..semua tergendala.....apakah ini ujian ALLAH buat aku??hurm....redha jela.......sabar....tenang.....buat mcm x de pape jela....~~

apala aku merapu ni.....ntah....x de ape sbnrnya aku nk ckp...cuma aku mntk2 sgt...moga2 bukak sem ni smuanya berjalan dgn lancar....byk gak yg x settle lagi....moga ALLAH permudah semuanya....ameen ya robb...

pada semua teman2 sekuin....selamat menghabiskn sisa2 cuti yg ada ni....moga kita bertemu di KUIN...dgn azam yg baru...wajah yg baru..semangat yg baru...aku pon baru dpt balik semangat dr kem2 yg aku join.....thanks semuaa....yg terlibat..aku nak jadi aku yg baru.....insyaallah~~
wallahua'lam~~

21 June 2010

::. KEM SPIES BELIA .::




SALAM buat pengunjung coretan hati ini...kali ini aku nk cerita plak 1 lagi kem yg aku join baru2 ni...18-20 jun 2010 aku di panggil utk join fesi di HAY RESORT,SABAK BERNAM,SELANGOR...KEM SPIES BELIA anjuran kerajaan negeri selangor dan diselia oleh aljaroom mantop training & consultancy(under ustz zamri mantop,en.zaidi,& ustz fauzan madzlan)...perjalanan yg jauh....sbb aku menaiki putra lrt ke KLsentral,amek lak ktm ke rawang,dan ke sabak bernam bersama kak hajar,naseer & shurahbil dgn kereta proton wira milik ustz fauzan di pandu oleh shurahbil....^_^ perjalanan yg penuh bermakna & seronok...sesampai di hay resort,kami ber-4 mengisi perut mkn di restoren berdekatan..sambil sembang2 kosong tanda kami sudah mnjadi rakan tugas....hehe..mkn free~~
sampai di penginapan yg agak selesa...berhawa dingin,..agak x serabutla....hehe...apapon,...niat bkn nk bercuti atau nk seronok2...just nak menimba pengalaman & ilmu motivasi dlm sesebuah kem...mengenali kak hajar,naseer & shurahbil tidaklah payah sama seperti rakan2 kem yg sebelum2 ni juga...itulah salah 1 yg aku suka kat kem...cpt mengenali seseorg tanpa rasa segan silu...baru serasi dlm setiap tugasan sbgai fesi....^_^

kem SPIES BELIA...stand diatas S=spiritual,P=pysical,I=intelectual,E=emotional,& S=social...dlm melahirkan belia yg mempunyai nilai2 spies...membina modal insan cemerlang...aku suka mendengar,trainer2 memberi ilmu berpandukan spies...agak menarik & bermotivasi...sedikit sebanyak aku juga dpt menambah ilmu,semangat dan membina spies diriku sendiri...alhamdulillah.....krn dpt mengikuti kem tu walaupon bkn sbgai peserta...inilah cetusan idea kepimpinan pakatan rakyat dlm melahirkn generasi yg cemerlang di negeri selangor..aku rasa,..negeri lain juga patut mengadakan kem seperti ini...

yg menariknya...kem ni percuma....selesa....semua dpt...hanya pergi mendengar & menadah ilmu je....sgt bertuah belia selangor....yg x join memangla sgt rugi......kem yg bagus,..free....adoyaiii....mmg bestla bebudak tu....apapon....yg sgt penting,...moga adik2 peserta kem spies dpt mempraktikkan ilmu yg didapati di kem spies...dan dpt mnjadikan 1 platform utk trus memajukan diri....

last....syukran pd kak hajar,..kerana mengenalimu seminggu seperti mengenalimu 10 thn yg dulu...seterusnya,ustz fauzan & hj zul...memberi kepercayaan kpdku sbgai fesi di kem dorg..naseer & shurahbil...menjadi rakan setugasan...dan sudi bwk kitorg dgn kereta proton wira...jauh gak...mcm balik kampong je...^_^.. kem spies memang bestlah!!
wallahua'lam~~













:: SELAMAT HARI BAPA....AYAH.. ::


SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH KU TERCINTA, HJ MUHAMAD FAUZI B. HJ ELIAS..AYAHLAH AYAH YG TERBAIK BUAT DIRIKU INI..TERIMA KASIH AYAH ATAS SEGALA YG AYAH LAKSANAKAN....MOGA AYAH SENTIASA DI DLM RAHMAT & KASIH SYG ALLAH SWT DI SAMPING KELUARGA TERCINTA...AMEEN~~

17 June 2010

:: KEM KHALIFAH MUDA ::













SALAM buat pengunjung coretan hati ini...kali ini jari-jemari bulat2 kepunyaanku kembali menari diatas keyboard laptopku....^_^ macam nak tulih ayat jiwang la plak....^_* ...setelah 3 hari 2 malam berada di luar kawasan rumah...akhirnya aku kembali duduk bertapa...3 hari yg lepas...14-16 jun 2010,...aku menghadiri KEM KHALIFAH MUDA di Kem Safa,Hulu Langat,Selangor...x payah heranla kenapa aku selalu sgt pegi kem kat Hulu Langat...coz memang tempat tu tempat org buat kem & berkelah....^_^ KEM KHALIFAH MUDA adalah anjuran masjid al-i'tisam TTDI shah alam..bersama MPP ZON 16,PAKSI,TEAM menjanaDIRI resources (ustz husni & ustz fadhil) ...

majoriti yg menyertai kem adalah anak2 penduduk TTDI sendiri seramai hampir 50 org..disebabkan ia pertama kali di anjurkan,..tetapi mendapat sambutan yg menggalakkan...insyaallah,..pihak penganjur akan meneruskan kem utk batch pertama ini sehingga 5 siri...siri pertama sudah selesai...alhamdulillah...kem ini bertujuan utk menjdikan anak2 tersebut dapat menjadi pemimpin dlm masyarakat bahkan sebagai platform utk mereka membiasakan diri utk berani ke hadapan..sbg pemimpin(khalifah) di bumi ALLAH ini...

apapon,..aku ke sana sebagai fasilitator sedikit sebanyak membantu pihak tertntu mengendalikan adik2 peserta...mereka tidaklah terlalu bermasalah,..yg pasti,...setiap modul & slot yg di ketengahkan sgt padat & berguna buat adik2 peserta..aku juga dpt merasa,dpt menambah sedikit ilmu di luar kampus dgn menyertai kem2 sebegini.. seperti biasa,...setiap kem...setiap perkenalan,setiap program....pasti ada byk kenangan yg x sengaja dicipta....tidak terkecuali kem khalifah ini....terima kasih kpd ustz fadhil abd majid krn sudi menjemput aku & adikku aimi ke kem...sbg fesi bekerjasama dgn nadiah,ustz azhan & ustz zul....3 hari 2 mlm yg cukup bermakna di kem khalifah muda...dan sgt puashati dgn penginapan...^_^ tenang,segar & sgt nyaman...... aku berharap,...kem ini pada masa akan dtg akan berkembang & lebih mantap utk anak2 bangsa...utk melahirkan khalifah muda yg bertaqwa....insyaAllah...
wallahua'lam...

10 June 2010

::..mengimbau kembali saat itu...::


SALAM....hurm....tetiba rasa macam nak tulis sesuatu tentang ini...tentang saat itu...apakah itu??^_^ ~~~

pagi tadi seawal 9.30....aku bertolak dr rumah ke hulu langat dgn motor skuter karisma amir..mujur dia x keberatan utk hantar aku....coz dia juga nak ke shah alam hadiri kelas di MSU..aku berjanji dgn bazlee....utk dtg menjenguk ustaz nasir & kem TQTC...sesampainye aku,..aku di tegur sorg fasi laki....puan dia panggil aku...sgt sadis!!!aku masih belom berkahwin...

sejurus kemudian ustz nasir pon bjalan keluar dr terataknya menuju ke kereta mywi nya..lalu menyapa aku...dia nak ke shah alam,..melawat isterinya ustzh asni..sgtla bosan aku sengsorang kat situ...si bazlee x sampai2 lagi...bila call,...masih di rumah...sgt skit hati..rsa mcm nk jerittt kat dia..''bazleeeee...dtg cepatttt....''...huhu..kat kem,..semuanya baru...ada la si faizal atan & firdaus uum tu..tp,....aku x sgt mesra dgn dorg tu...just besa2 ja...x la teruja sgt jumpa dorg...hahaha...so,...mcm besa...bdk2 tu ada kelas al-quran...aku msuk dewan...sgtla bosan..aku buka laptop ustz nasir/ustzh asni..sudah agak besa dgn laptop tu...^_^..

lalu....dgn kebiasaan yg aku miliki....aku membuka file gambar2 & video2 kem yg lepas...^_^...ooohh...sgt rindu saat itu..byk juga gambar2 yg aku x sempat nk tgok & amek..paling sedih,..bila aku tgok video yg dorg rakam time aku nk balik...wuaaaa...aku mcm nk nangis balik je..thanks sape yg rakam...pastu tgok gambar2 kat kem & video wakenabeb...mmg best ar....aku gelak terkekeh2x..nasib bek x de org nmpak..

ada fesi2 yg mantop lak...happening habisla.....aku teringat 1 kejadian,..jam 2.30 pg x silap..aku,azah & kak mas...kitorg pg bilik air...masing2 dok mengusik2...kecut perutla...punyela kuang asam dorg tu...tinggal aku sorg2..tggu kat luar..aku melangkah kuar je..dorg lari..aku pon larila dgn kain kembang aku lagi..haha..mcm ape je...bila sampai je kat tepi motor si latiff....motor dia bunyi....kuat giler....dia pasang alarm....adoiiiii...terkujat kitorg...nsib bek bebudak x jaga...masuk dlm bilik kitorg gelak puas2...x insaf lg tuuu...bleh sambung gelak dlm bilik...adoiiii...hehehe^_^kalo nk citer pasal benda kelakar kat kem mmg x hbs...ada saje....

apapon...perkenalan singkat tu,...manis sgt....bagai knal sudah bertahun2...thanks semua yg mencipta kenangan di kem tu....ukhwah kat sana best sgt.....thanks skali lg wat korg sumer...mmg x bleh lupa....bila pg kem je...trus tringat korg....

lama-kelamaan....aku rasa mcm ada 1 perasaan puas bila dpt join 1 kem...baru2 ni join kem remaja soleh...pon mcm tu gak...benda kita x jangka,..yg tu akn jdi kenangan indah buat kita....pengalaman baru dlm kehidupan kita....

~~sekian dulu ceritanye....^_^ ~~

09 June 2010

:: MEMORI KEM REMAJA SOLEH ::









SALAMESRABADIKHLASAYANG buat semua pengunjung coretan hati ini...sudah agak lama x mengupdate sarang coretan hati ini...dah ada sedikit sawang yg perlu dibuang...^_^ ~~ KINI,..blog aku dah jadi kaler hijau...petanda apakah itu??...kalo dulu biru & purple je...sekarang nape ntah aku terpana pada kaler hijau...mgkin aku nmpk ada kedamaian pada kaler hijau...apapon,..kaler pilihan hatiku biru & purple..^_^ ~~ x kesahla...asalkan ada kaler...nanti aku rajin,..aku tukarla yg kaler biru balik...~~

kemanakah aku hujung minggu lps??agak2...ada org tanya x??of coz x....but,..aku nak gak cerita serba sedikit tentang kehilangan aku pd hujung minggu lps...~~ 5,6,& 7 jun 2010....cuti sekolah dah bermula,....aku pon join 1 kem ni,...KEM REMAJA SOLEH...anjuran NISA' ampang & Hulu Langat...sebenarnya,.....aku x knal langsung sape2 yg terlibat...just knal aisyah mardhiah a.K.a kwn baik aimi..tu pon,..knal mcm2 tu jer....tp,...apa boleh buat,...dgn kebolehan yg aku miliki....iaitu dpt masuk dgn org x sampai sehari,..alhamdulillah,..semuanya berjalan dgn lancar....dtg seawal jam 9 malam di masjid al-aman ampang,..brsama aisyah mardhiah & imanina..kitorg pon join meeting dgn fasi2 dr ampang...aku under nisa' hulu langat masa tu..tp,..disebabkan aku sorg je join jd fasi bergabung dgn ampang....so,...layan jela...meeting punya meeting...akhirnya..ukhwah tu mula terjalin....senangkan.....^_^ ~~

selama 3 hari 2 malam aku & teman2 perjuangan bertapa disana....first time aku join kem atas bukit.....sgt tenat...bila tgh malam je,...kabus mula menebal...yela,...puncak....~~ apapon,..semua berjalan dgn lancar....keadaan fasi yg bermacam2 ragam...ada yg siyes,..ada yg kelakau...semua tu perencah dlm sesebuah kem...dgn jumlah peserta 80 lbh....smua x jadi masalah....dgn jumlah fasi & urusetia yg agak ramai jugak...kem diisi dgn modul2 dr ustz2 berkenaan anak soleh....ustz fadhil & ustz azuwa...agak best la....yg paling best ustz azuwa....suka wat org terkejut...itik pon terkejut...hehee..~~aku rsa mcm nk gelak je...tiap kali tgok muka dia....(O_o)v ~~
selain tu diisi dgn mcm2 aktiviti...paling x bleh lupa road tracking....sgt penat+lelah+tenat=hampir2 pengsan di dlm hutan...mna x nye...pegi turun bukit curam...balik naik bukit curam...mcm x bleh nk brnafas aku ni....akhirnya,....berjaya jgk sampai.....fuhh!!!!dasyat ar bukit dia.....x bleh lupa.....^_^ ~~

apapon.....mana2 kem pon aku join...psti semuanya mendatangkan faedah buat diri aku juga...selain dpt berkongsi ilmu dgn adik2 & kwn2 fasi...juga dpt mentarbiahkan diri aku yg selalu perlu diperingatkan.....~~ manusia kan mudah lupa....yg pasti,....ukhwah yg terjalin antara aku & kwn2 kem juga peserta kem...akan aku ingat sampai bila2....ukhwah tu manis sgt mcm ais krim...tetapi ia x kan cepat cair mcm ais krim...thanks kengkawan KEM REMAJA SOLEH...berikan 1 lagi kenangan terindah buat diri ini......~~SEKIAN~~