Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

30 October 2009

~ sELamAt pEngAntiN bArU ya uKhti ~



tahniah ya ukhti....

Selamat pengantin baru buat ukhti Syahidatul Akmal Dahlan dan suami...rakan seangkatan semasa Kursus Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri Kelantan dulu...teringat segala kenangan di sana dulu...tahniah ya ukhti....bertemu jodoh awal....dan suami yg soleh...secocok...hehe...sy doakan kak syahidatul akmal bahagia brsama suami..dalam melayari bahtera rumahtangga...maaf tak dapat pegi kenduri kat Grik haritu...apapon...sy doakan...kak syida dpt jadi isteri yg solehah...cpt2 la dpt baby yg comel ye...hehe..x sbr nk jd mak mnakan...hehe...mabruk ya ukht....moga mendapat redha dan keberkatan dari ALLAH SWT..


kawan2 pba yg meraikan pengantin...

26 October 2009

~ aYat AL-QURAN pAdA kULit BaYi ~


Pakar-pakar perubatan di Moscow, Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.


Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev.


SUBHANALLAH...ALLAH MAHA KUASA...bila DIA berkata jadi! maka terjadilah...tiada siapa yg dapat menghalang-NYA..aku termenung sejenak...lantas aku bertasbih..bertahmid..dan bertakbir...YA ALLAH...Lindungi hambaMu dari segala kemungkaran....ampuni dosa2 hambaMu yg lalai dan leka...sungguh...hamba tak mampu menjadi sempurna..hamba hanya inginkan belas kasihanMU YA ALLAH...dan kasih sayangMU..Redhailah hidup hambaMu ini YA ALLAH...

16 October 2009

BILA JADI BUDAK 'skema' APA ORANG AKAN KATA?


Bila jadi budak skema...apa org akan kata?
agak lama sy cuba memahami...apa itu skema?apa maknanya?hmm...rupanya,skema itu bermaksud..apapun orang nak kata,apapun yg berlaku padanya...mereka tak kisah,.asalkan mereka tetap teguh dgn prinsipnya!

Sebab itulah...apabila seseorang di label sbgai 'budak skema'..kita akan dapat melihat sesuatu yg lain ada pd dirinya...kata lain yg slalu digunakan bg student agama sbgai 'siqoh'....pasti padanya ada sifat terlalu menjaga segala perbuatan,sangat syadid dalam segala hal...Mengapa golongan ini tidak ramai yg mengukainya...apatah lg mendekati diri mereka...sekadar memberi salam,memberi senyuman dan tidak lebih dari tu...kebanyakan org yg di label skema ini,..mereka tak suka menghabiskan masa mereka dgn perbualan kosong..tidak betah utk duduk berbual dgn org lain yg lebih mesra alam,atau org yg lebih suka berkawan..atau mkna lain yg 'hingaq'..hmm..

Pernah seorang rakan serumah mengatakan sy begini..." kalo hg jd bdk skema,aku tak bg hg masuk rumah" dalam nada yg melawak...hehe...sy tersenyum...sebenarnya sy sendiri tak pasti,apakah sy seorang yg skema...dalam hati sy berkata,"aku skema ke?kalo skema x dela aku nk hingaq2 dgn depa ni.."hehe...

Selalunya...orang yg di katakan skema ni...payah utk di ajak melawak...bergurau senda...mereka terlalu tegas dlm apa jua keadaan..sehinggakan mereka terpaksa mencari kwn yg skema seperti mereka...mereka ada prinsip utk hidup...mereka sgt2 memegang prinsip...

Jadi mengaitkan dengan apa yang sy fahami, kadang-kadang kita ini terlalu diwayarkan dengan mentaliti yang tidak suka daripada orang lain tidak buat. Kita sentiasa ingin menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling, walaupun tidak dinafikan memang perlu. Tetapi, keadaan ini menunjukkan kita golongan yang begitu mudah terikut-ikut.

Sy bukan nak mengajak semua untuk jadi skema di sini.Kadang-kadang yg berlaku dalam kehidupan kita terhalang kerana org lain tidak pernah buat dan berpotensi untuk diceritakan belakang-belakang. Mengikut peraturan dikatakan skema, sedangkan masalah antiskema inilah yang pula akan membiak virus-virus menentang peraturan. Bertali leher berpakaian kemas dikatakan bapak skema, akhirnya diri tertonjol keselekehan yang melampau-lampau kerana skeptisisme diri..memakai kad matrik dikatakan skema..fikirkanlah...

Kenapa kita takut dengan apa yang org NAK kata berbanding dengan apa yang kita KENA kata? Ibnu Jauzi berkata,“Petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih percaya penilaian orang ramai berbanding pandangan dirinya sendiri”

Apa yg sy dapat lihat daripada skema ini...mereka tetap pendirian, walau badai menimpa.. Bermatlamat tinggi,.Berpakaian kemas (tetapi tahap lebih),..Kuat belajar.. Anti-pengaruh.. Berani..,Humor( tetapi tak tau dirinya kelakar )..Seseorang itu biasanya tidak berapa suka dirinya dilabel sebagai skema, mahupun jelas-jelas dia skema. Tetapi,hargailah mereka, kerana mereka sentiasa mempunyai pendirian yang utuh lebih hebat dari kita.

Berbanding dengan org yang suka meniru gaya org lain, atau lebih banyak dlm masyarakat kita meniru budaya kuning yang merosakkan, ini kerana mereka yg lemah, tidak mempunyai pendirian. Inilah akibatnya pula jika terlalu tidak skema..(hehe)..jd...kita kenalah skema sedikit...tak banyak pun x pe...

Firman ALLAH SWT yg bermaksud..Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” [Surah Al-Fussilat : 30]

Bererti di sini, jgn kita memperlekehkan pendirian seseorang itu kerana skema yg ada pd dirinya.. Kita sbgai muslim sendiri perlu mengukur sejauh mana pendirian kita di mata dunia tentang teguhnya kita mengaku Allah, dan Islam sebagai agama.Renung2kan selamat beramal...=)

15 October 2009

% EXAM SEM 5 MAKIN HAMPIR %

jadual buat sndiri..

Lagi 2 minggu....exam sem ini akan bermula...exam first 2/11/09 sampi 14/11/09...makin berdebar lak...mungkin sy x dapat nak update blog sy...dalam sebulan nnt...doakan sy tahun ni sy dapat buat yg terbaik...amin....kepada kawan2 seKUIN...selamat menghadapi exam...smoga smua beroleh kejayaan....AMIN...

~ Majalah Pemuda Islam ~

majalah solusi

Salam alaik wat semua yg mengunjungi blog ala2 diari ni...terima kasih di ucapkan...kali ini ingin sy kongsi dgn semua pemuda pemudi islam...mungkin ramai yg dah baca dan memiliki majalah ini..x kurang juga yg x tau pon ramai gak....seperti sy....hehe..
sebenarnya sy mengenali majalah ini dari seorg rakan sekuliah...2 bulan yg lepas...(baru je)..sempat memiliki isu 10, 11, dan 12..agak tertarik dgn isi di dalamnya...yg penuh dgn ilmu fardhu ain...motivasi...dan boleh menambah pengetahuan apabila membacanya...kamu tahu tak...apa majalah yg sy maksudkan?...majalah solusi....harganya x la semurah majalah wanita, remaja, nur dan dara.com..harganya agak mahal...rm9...tp..berbaloi mengeluarkan rm9 utk memiliki majalah yg sarat dgn ilmu ini...penulis2nya ada tokoh2 pendakwah, atau kebanyakannya dr panel2 Halaqah..sgt menarik...kalo dlu sy sgt suka mbeli dan membaca majalah wanita..tapi kini...majalah solusi sgt sy gemari...selamat membaca...dan selamat beramal!...

12 October 2009

~ sELamAt pEngAntiN bArU ~

moga bahagia ke anak cucu...

SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat sekuliahku...Husna Hassan & Fadzlan Shahidi..yg selamat diijab kabulkan pada 9/10/09 yg lepas...hehe...sape la yg tolong rekemenkan ye?hehe..alhamdulillah...semua ni berkat kesungguhan fadzlan dan di bantu oleh aku...hehe..semua ni bermula msa tahun 1 dulu...berjalan dgn lancar...tahniah fadzlan...berjaya gak akhirnya...memiliki wanita sebaik husna...tak sia2 segala usahanya...alhamdulillah...smoga aku jgk mndapat jodoh yg baik...dan soleh...hehe(aku kna la solehah dlu..)..apapon...jalanilah kehidupan baru kalian dgn penuh kasih syg dan rsa cinta...bertolak ansur....saling faham memahami..dunia perkahwinan amat berbeza dgn kehidupan kami yg masih bujang ni...(hehe..)..doa kan rakan2 yg lain cpt dpt jodoh...hehe..

11 October 2009

~ cUti sEm akan dAtaNg sUrAm ~

mak ayah....


Tak lama lg...semua student KUIN akan menduduki exam...termasuk aku...x lama je lg...tp...x menelaah apa pun lg...bz dgn amal sanah..bahas...dan mcm2 lg....bila dah dkt nk exam...dlm kepala ni dah tringat kat rumah yg jauh di sana...6 @ 7 jam jgkla nk sampai..pikir nk bli tiket...kali ni aku ngan kiah brcadang nak balik naik ktm..sampai kat k.L Sentral amik putra LRT ke rumah lak...mmg penat...tp cukup sronok...tp....mgkin aku je kot ada kat rumah k.L..mak ayah insyaallah 17/11/09 bertolak ke tanah suci...sedihnya...x leh nk hntr mak ayah kat airport...kata mak..adik2 aku,..Iffah, Fahimah dan Aisyah..mungkin tggl di kampong..Afif mungkin x cuti...coz dia sekolah tahfiz..cuti x sama dgn org lain...

Amir...x tau la dia cuti bila..x kisah sgt dia tu...dah besaq..dah leh jd bpk org...kalo dia x balik kampong..lehla teman aku kat k.L..aimi mgkn nk duduk kampong jgk...biar dia rasa lak mcmana dok kat umah siti tu....hehe...bkn aku x mau dok kampong..tp...boring...x tau nk wat apa kat kg tu...kalo kat k.L...aku ada byk keje leh buat...first,..tempohari..Hafizuien Basya,kwn masa kat RTA dlu ada call..nk comfirm jd fasi kat sekitar selangor n k.L..aku tolak...kali yg ke-3 aku tolak ajakan dia...tp...bila aku dah plan balik...aku nk mntk balik la...hehe...(baru ubah fikiran)..sbb haritu aku x tau nk kna jga adik2 aku ke atau dorg kna dok kat kampong..bila dah mak kata dorg dok kat kg...selamat ckit...aku rsa senang la jgk...aku nk wat keje kat k.L...nk dok sorg2 kat umah tu takutla plak...tp..x pe..amir ada kot..(umah aku berhantu)hmm....


keluarga mawaddah..


pastu...aku rasa nk p RTA(sek lama aku)...nk p melawat adik2 aku yg msh setia kat sana...jumpa ustaz ustazah aku...pastu....agak2 dah beres keje kat kL...Baru aku balik kampong...tgok adik2 aku..di samping tu berbakti pd siti n sidi..hehe...(baik punya kakak)...17/12/09....ada 1 lg plan yg sgt best...kwn2 ajak p cameron...wah...nk p kali ke-2 ni....kalo p...msti hbs duit byk....kena bajet ni...tp kna gak bli apa2 utk adik2 kesayangan aku tu...amir,aimi,iffah,afif,fahimah dan aisyah,..pyh gakla ada adik ramai sgt...x bg sama rata kang..kata pilih kasih...hehe

pastu nk kna pikir gakla...result kan....huhu...takut gakla....hmmm...mmgla best kalo pikir nk p jln2....tp...yg x best nya...cuti sem ni...x dpt nk kumpul dgn family....mak ayah kat mekah..adik2 kat kampong...aku lak nk bertapa kat umah k.L...wuaa....sedih tol...nnt aku msti nangis dlm bantal(ayat sengal..)haha mcm bdk kecik..
aku kna tabah...heheh..nnt adik2 aku nmpk...malu aku...jatuh standart aku sbg kak long...12/12/09..ada someone nk balik mesir dah....=),..2 tahun plak la dia nk blik cni..tu pon x tau la kalo dia nk sambung kuliah quran lak kat Tanta...skrg dia kat Shoubra..lg 2 thn hbs..hehe

suramnya nnt...suasana umah aku tu....x da adik2 yg bising...yg suka menyanyi...menjerit...brgaduh...x da mkn sama2 dgn adik, mak, ayah....x da kata mengata time mkn(ni bla mkn adik bradik je...ayah x da..beranila..)..x da kuar ngan adik2 jenjalan kat C.m, klcc, msjid india, midvalley...besday fahimah 8/12 dan mak 20/12/09 nnt x leh smbut..n x leh mkn kek(tp aku rasa nk beli gak kek utk fahimah..hehe)..wua...suram n sunyinya....x penah rasa mcm ni....apapon...aku kna la trima takdir ini...alhamdulillah...hasrat mak ayah nk p haji akan trcapai...smoga mak ayah mndapat haji yg mabrur...yg di terima Allah...amin....mak ayah...jgn lupa doakan yg terbaik utk anis...moga Allah beri kejayaan pada anak kalian ini...dapat jd anak yg solehah...amin..mak ayah doakan anak2 kalian berjaya..bahagia di dunia akhirat...dapat jd ank yg soleh solehah...anak2 mak ayah doakan...mak ayah selamat pergi dan selamat pulang agar kami dpt lg menikmati kasih syang mak ayah..YA ALLAH...peliharalah kedua ibubapa ku...lindungi mereka dari mara bahaya...AMIN....


adik beradik...

08 October 2009

MENANTI NAFAS CINTA


“23…23…. Muhammad Ramadhan!”,Garau sedikit suara yang dimiliki oleh Dr. Muhammad Faqih. Kebiasaannya pelajar akan diberi nombor kehadiran oleh para pensyarah untuk diambil kedatangan mereka , ini memudahkan para pensyarah untuk mencatit kehadiran dengan cepat.

“Ya saya…maaf doktor”,Terkejut , dia menjawab dengan kelam kabut.

“Kamu fikirkan apa? Ingat katil di rumah kah?”,Gurau doktor , mengusik pelajarnya yang termenung itu. Satu kelas tertawa.

Tidak sepertimana biasa , doktor pada hari ini tidak mengajar sepertimana biasa . Subjek dunia Islam yang menjadi subjek elektif itu digantikan dengan pengisian rohani.Sepanjang waktu , doktor memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan , mungkin kehangatan bulan mulia ini sudah mula dirasai. Pengajaran , kemuliaan dan hikmah bulan Ramadhan diceritakan dengan penuh semangat agar pelajarnya dapat mengambil iktibar dan persediaan sebelum menempuh bulan suci ini.

“Muhammad Ramadhan , kamu sudah bersedia belum untuk Ramadhan ini?” Mungkin pertanyaan doktor itu sengaja diberikan pada dia , kerana namanya barangkali.

“Insyallah , erm.. doktor boleh saya tanya sesuatu? ” serius nadanya. Pelajar lain mula menumpukan perhatian pada beliau.

“Apa pandangan doktor tentang suasana Ramadhan di Palestin ? ketika saudara-saudara kita menggadai nyawa di sana dalam suasana Ramadhan yang tidak pernah aman hampir 50 tahun,kita disini bakal berpuasa dengan selesa dan aman? , Bukankah bulan suci ini kita digalak membantu mereka yang kesusahan?” Tegas soalannya bak orangnya.

“Apa yang kamu cakapkan ini ? kau tak pernah bersyukur duduk disini menikmati keamanan?” Sampuk Ahmad Mujahid , garang wajah pelajar Jordan seorang ini. Jiwa nasionalisnya cukup kuat.

Abdullah yang duduk di sebelah mencubit peha kiri Muhammad Ramadhan dan tangkas berbisik , “Kau nak mati ke tanya soalan macam ini?..” , kelas jadi riuh , ada yang memprotes soalan tadi , ada yang hanya menjadi pemerhati.

“Diam semua…!” , Sedikit naik suara Dr. Faqih , “Saya harap kamu semua bertenang dan berbaik sangka atas soalan beliau tadi , mungkin maksudnya tentang bagaimana membantu orang didalam kesusahan di bulan Ramadhan , betul tidak?” Tajam mata Dr.Faqih memandang ke anak mata Muhammad Ramadhan , sesuatu yang tersirat lahir di anak mata Dr.Faqih.

“Ermm..Itulah maksudnya yang sebenar doktor..tiada yang lain..”Abdullah menyampuk mengiakan kata-kata doktor tadi,mahu membantu sahabatnya yang seorang ini. Muhammad Ramadhan hanya diam.
Jam tepat 12.30 tengahari , ini tandanya kelas sudah tamat.

“Baiklah kelas , kita kesuntukan masa , jika ada ruang kita akan sambung esok” , Dr.Faqih berdiri dan terus berjalan ke kerusi Ramadhan , “Kamu ke bilik saya petang nanti..”, Bisik Dr.Faqih dan kemudian meninggalkan kelas.

Abdullah mengajak Muhammad Ramadhan untuk terus ke beredar dari kelas , bimbang Ahmad Mujahid si “wira Nasionalis” itu membuat onar.

“Kau ni , semangat pun biarlah bertempat , kita bukan di tanah air kita …” Nasihat Abdullah.

“Mereka takkan faham dan mereka memang tak akan faham , Wira nasionalis konon!” Bentak Muhammad Ramadhan , tanda tidak berpuas hati dengan keadaan tadi.

Jelas terpancar kekecewaan Muhammad Ramadhan tentang perkara ini . Masakan tidak , sepatutnya bangsa Arab Islam lebih mengerti dan lebih faham tentang perjuangan mempertahankan bangsa seagama mereka yang berkorban di bumi Isra’ itu , ini tidak , bukan dibela , malahan di cerca lagi.

Penyakit hati apakah yang sudah menutup pintu hati kemanusiaan mereka ini ? , Terlena dengan buaian syair bangsa hingga lupa teriak tangis manusia yang tidak berdosa , bangsa seagama mereka.


PERJUANGAN YANG TIADA NOKTAH.

“Saya faham perasaan kamu , saya juga tahu penderitaan bangsa kamu …ermm…bangsa kita”, Lembut suara Dr.Muhammad Faqih , barangkali mahu menenangkan perasaan anak muridnya yang seorang ini.

“Inilah yang membuatkan saya menjadi pendidik di sini , jika mata-mata mereka sudah ditutup dengan perjuangan ini , sudah menjadi tangunggjawab saya untuk membuka mata-mata mereka untuk menyedari isu ini,kalau pun bukan dari kaca mata bangsa dan agama , kita perjuangkan melalui kesedaran kemanusiaan..” , Nampak tenang suara beliau , namun wujud ketegasan di wajah beliau.

“Tapi doktor saya kecewa dengan mereka … saya mahu perjuangan ini diperjuangkan..!!” Muhammad Ramadhan melahirkan kekecewaan yang teramat sangat , merah mata beliau.

“Ramadhan… perjuangan ini tidak akan berakhir hingga hari qiamat , kamu sudah lupa Janji Allah dan Rasul-Nya mengenai tanah lahir kamu? , Jika kamu hatta saya sekalipun terlalu emosi untuk memperjuangkan isu ini , sampai bila kita akan berbalah sesama kita? Kesedaran dan hikmah perlu kamu teliti” sedikit tegas suara pensyarah di awal 50an ini cuba memahamkan anak muridnya yang masih muda ini. Beliau faham , pelajarnya yang seorang ini punya semangat yang tidak pernah luntur.

“Ss..ssaya Cuma teringat keluarga saya…” Air mata Muhammad Ramadhan sudah menitik dari belahan merah matanya. “Saya teringat pada mereka , sampai sekarang saya masih rindu pada mereka,rejim Yahudi memang bukan manusia, pembunuh!!”, Sedih , kali ini air matanya cukup deras , dia tidak mampu menahan kepiluan hati.

Dr.Muhammad Faqih , berdiri dan pergi ke kerusi pelajarnya itu lantas memeluk dan menenangkan hati anak muda yang terluka itu , “Kamu jangan menangis lagi , kamu ada saya yang sentiasa bersama-sama kamu , kamu ada ribuan hatta jutaan manusia yang akan sama-sama memperjuangkan bumi barakah kita”. Pertemuan petang itu memberi satu kekuatan buat Muhammad Ramadhan dan juga menjadi satu azimat perjuangan buat Dr.Muhammad Faqih untuk terus berbakti pada perjuangan luhur ini.

Darah jihad ini tetap akan mengalir , seperti lajunya titisan darah pejuang-pejuang syahid di medan sana.


NAFAS INI SEBAGAI JANJI

15 tahun lalu….Ramadhan 1414

Ketenangan dan suasana awal Ramadhan di perkampungan Uzair pada pagi itu sungguh aman dan nyaman. Anak-anak kecil berlari-lari gembira , deretan anak-anak muda di tepi-tepi jalan utama menuju ke sekolah agak ramai , kumpulan ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka menuju ke tempat kerja , ada yang menjadi guru , ada yang bercucuk tanam , ada yang mengembala kambing biri-biri.

Namun siapa tahu , hari itu juga menjadi titik hitam buat diri Muhammad Ramadhan. Keamanan yang terhad bagi bulan suci ini untuk dinikmati penduduk kampung dikotori lagi dengan bedilan-bedilan kejam pembunuh tanpa kemanusiaan ini.

Kerap kali anak kecil ini mendengar bunyi bedilan dan beliau tidak pernah gentar dengan bunyi itu , kehidupannya jauh berbeza dengan anak-anak yang sebaya umur dengannya di tempat lain. Bilamana mendengar bunyi yang “mengerikan” itu , mereka sekeluarga akan berdiam diri didalam rumah. Kematian sanak saudara dan kawan-kawan seperti kisah biasa dalam kehidupan mereka.

Anak kecil itu yang hanya melihat kelibat ayahnya dan abang sulungnya berlari menyelamatkan diri di luar rumah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis sahaja , pagi itu hanya anak kecil itu dan ibunya berada di rumah.

Pamm!! Pamm!! Tembakan itu tepat terkena kepala ayah dan abangnya , kedua-duanya rebah Syahid di hadapan rumah usang itu , kedua-dua mata anak ini menjadi saksi pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas ayah dan abang kesayangannya , teriakan anak kecil ini makin kuat , si ibu kelam kabut mendapatkan si suami dan anaknya yang bergelimpangan berlumuran darah itu dan anak kecil itu dibiarkan didalam supaya tidak keluar.

Tatkala sang ibu meratap dan cuba meminta pertolongan untuk suami dan anaknya , tembakan dari penembak tepat Yahudi laknat ini , tepat mengenai belakang wanita tua itu , Ummu Ahmad rebah dipangkuan suaminya , ketiga-tiga ini sedang menuju menanti syahid yang agung!

Anak kecil itu tidak mampu menahan dan melihat perkara ini , dia berlari mendapatkan keluarganya yang terbaring menanti syahid…deras air mata anak ini.

“Ibu…ibu…. Jangan tinggalkan saya!!..” teriak anak kecil yang belum mampu mengerti apa-apa tentang pembunuhan yang tragis ini.

“shhh…jangan nangis anak ku..ibu pergi sekejap saja…kita akan berjumpa nanti..ibu..ayah…abang sayang kamu…Allah….Allah…” , Si ibu ini mengusap kepala anaknya itu , usapan ini tanda kasih dan sayang ibu buat anaknya dan kemudiannya si ibu diam..diam untuk selamanya , langit Syuhada’ terbuka luas untuk Syahid ini.

Anak kecil itu terus menangis , dia tidak tahu apa yang berlaku. Yang hanya dia tahu , keluarganya dan kehidupan kecilnya.

Tentera laknat zionis itu berundur dengan megahnya. Hari itu , mereka sudah melaksanakan misi mereka , meratah tubuh-tubuh umat Islam yang tidak berdosa.

Tidak lama selepas itu , anak kecil itu dibawa berhijrah ke Jordan oleh bapa saudaranya, mungkin tanah itu selamat untuk anak kecil dan sehingga ini anak kecil itu tidak pernah pulang ke tanah itu lagi.

Muhammad Ramadhan tersedar dari nostalgia lalu. Air mata mengalir..rindu pada ibu , ayah dan abangnya..

Mentari senja jatuh dengan begitu indah petang itu , Ramadhan masih lagi duduk di celah batuan besar tepi bukit Iraq melihat dengan dekat sempadan dua tanah di timur tengah ini.Agaknya dia masih leka bermain dengan perasaan dan nostalgianya senja itu , ada suatu yang cuba diwarnakan di liang khayal dan fikirannya.

Lagi 5 hari lagi bulan ramadhan akan menyapa umat Islam sedunia , pelbagai persediaan telah dilakukan di merata tempat. Namun bagi yang bernama Muhammad Ramadhan ini , ada sesuatu yang beliau simpan di semat hatinya , kedatangan Ramadhan setiap tahun pasti mengingatkan dia dengan sebuah cerita yang tidak akan dilupakan dalam dirinya.

Ramadhan kali ini beliau bertekad….

Beliau akan pulang ke tanah itu , mencari cinta dan secebis sayang yang lama dinantikan.Rindunya untuk mencium bau-bauan syuhada’ makin mendalam.Cinta pada tanah perjuangan ini tidak akan hilang sampai mati.

Dia akan terus menanti nafas cinta ini.

“Ibu..ayah…abang… Ramadhan akan pulang…….”


06 October 2009

~ Tip Meringankan Tekanan apabila ditimpa ujian & musibah~



  1. PENGHAPUSAN DOSA

Ingatlah bahawa segala ujian atau tekanan yg berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa.

Firman ALLAH SWT " dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan dan ALLAH memaafkan sebahagian besar dosa2 kamu "( surah As-Syura 42:30)


2. MENINGKATKAN DARJAT

Ingatkan hati bahawa musibah itu akan akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yg tinggi di sisi ALLAH SWT.

3. MENGINGATI ALLAH SWT

Menjadi kezaliman manusia lebih kerap mengingati ALLAH ketika ditimpa musibah berbanding ketika berada dalam kesenangan.

4. MENSYUKURI NIKMAT

Bayangkan nikmat2 yg telah diberikan ALLAH SWT sebelum ini daripada terus meratapi musibah yg dihadapi.

5. BERASA UJIAN KITA LEBIH RINGAN

Mengingatkan diri bahawa ujian yg diterima oleh kita terlalu kecil berbanding apa yg menimpa org lain malah penderitaan org lain lebih berat.

6. ALLAH SWT MENYAYANGI KITA

Ujian yg berlaku merupakan tanda ALLAH cinta kepada hambaNYA.


sabda Nabi SAW " barang siapa dikehendaki ALLAH baginya kebaikan, maka akan diberi cubaan padanya " (riwayat Al-Bukhari)

Marilah sama2 kita renungkan...agar kita dapat memuhasabahkan diri kita..termasuk diriku yg selalu terleka ini...

05 October 2009

JALAN-JALAN CARI JALAN....

kat laman masjid bukhari....

Minggu lepas....sempat aku dan teman serumahku...meluangkan 1 hari berjalan sekitar Alor setar....selama 3 tahun di alor setar...x penah lg jln2,nnt org tanya x tau nk bgtau mcmna lak...jd dikesempatan yg ada walaupon ckit....kami pg la jln2...kami ber5 shj...kak niza x mau ikut....(biasala..isteri org..kna mntk izin suami dulu kan...)


masa ni hujan....

air yg plg mahal penah aku minum...


macam biasa...naqhiah la driver kami....hehe..(yg lain dah ada lesen..tp x berani bawak..kcuali aku yg x amik lesen lg..)..tgok je dia tu mcm ayu ckit..tp bwk kereta mcm pelesit..dah biasa bwk kat k.L..hari yg kami rancang..cuaca x berapa baik...hujan...tp dah rancang..kena la p jgk...bila hujan...nk jln pon x berapa nk seronok..terbatas..hmm..first skali..kami dari rumah terus ke muzium padi..masa tu hujan lebat..berpayung la kami..sedangkan kat situ lah port kami nk brgmbr byk skali...tp leh amik yg sekadar saja...

demontrasi....

modal kami....

lps tu kami ke menara...kami guna kad matrik dari harga rm6,jadi rm4...mahal gak....x de ape pon kat atas tu...rugi je...tpx pe..org tnya..dah naik menara a.setaq belom...kami leh jwb...dah.....hehe..pastu..ada sorg dr kami ni...beria2 nk naik restoren berputar kat atas tu...naik2...pelayan bg menu...mak ai....air plg murah rm6.50...telan air liur la....kalo bapak aku tau la..mampuih kna ceramah....hahaha..


tengah menikmati pemandangan dlm muzium..


kat restoran...

lps tu kami p solat kat masjid zahir...pstu p sentosa...pastu baru p msjid bukhari nk solat maghrib....cri jln nk p msjid bukhari 1 hal...byk sgt jln...dkt stgh jam dok pusing2 kat jln..last2 jumpa gak masjid bukhari..hahaha..lwk2....pastu p la singgah sat kat giant,...sblm balik umah...kami brhenti mkn kat tepi jln...dah mkn...balik rumah...walaupon x byk tempat leh p...tp tetap ada kenangan bsma kwn2 serumah aku ni....walaupon kat dln umah pon kami dok kecoh2...tp brjln bsma2 lebih menambahkan kenangan...sblm msg2 mbawa haluan..slps tamat pengajian nnt...




AIDILFITRI 2009...

melawat aimi di hospital...

family ku....

Raya tahun ni..amat berbeza dgn raya tahun2 sebelumnya..nak tau knp?krn tahun ni aku dan family tak bermalam di rumah siti dan sidi (atuk dan nenek)..kalo tak..sejak tok wan ngan tok meninggal 8 tahun lalu..aku n family akan beraya di baling..tapi tahun ni..ayah aku bertukar fikiran...setelah bertahun2 beraya di baling...ayah nak kami beraya di kulim..rumah yang ayah beli beberapa tahun lamanya..yang sedihnya...tiada siapa di umah siti sidi...semua bermalam di rumah sendiri dan rumah mertua dorang..yang tinggal hanya mak cik yang sarat mengandung dan menanti utk melahirkan bayi sulongnya...


syawal...spupu baru...

adik2 pempuan..

first time beraya di rumah sendiri(kulim)...sbb x pernah beraya di kuala lumpur...walaupun dah hampir 12 tahun tinggal di sana..tapi berbuka puasa yg terkhir..kami berbuka di umah siti sidi..ramai gak...hehe..jam 4 pg...boleh di katakan smua yang ada henset dpt msg berbunyi mcm ni..."mak cik sakit nak bersalin...doakan agar dia di beri kemudahan utk melahirkan.."aku dpt msg dari pak ndak...(dlm hati aku...kecoh 1 kmpg..mcm la tu cucu sulong...sdgkan cucu yg ke 26..tp aku doakan gak la utk m.cik..hehe)..makna kata siti ada kat hospital la pg raya esok..x da sape la kat umah...aku n family pg mlawat m.cik lps solat raya..dlm pkol 10.30 pg raya..baby lelakinya selamat di lahirkan pd pkol 10.00pg...secara normal...m.cik kata kat aku...sakit ooo nk beranak...haha..aku senyum je dan membalas....mmg la sakit(walaupon aku x penah rasa..huhu) aku kata kat m.cik...itulah pengorbanan seorang ibu...dia mengandungkan kita 9 bulan 10 hari...melahirkan dgn separuh nyawa......membesarkan dgn susah payah...menjaga dgn penuh ksh syg,...sbb itu Allah muliakan ibu...slps itu baru ayah...eh2,.ni citer raya la...bkn citer tu,..hehe..


raya 09...

bertambahlah seorang lg ahli baru dalam keluarga kami...kami panggil dia syawal...walaupon mak pak dia bubuh nma yg agak glamer ckit..(ahmad danish al wasim)..kami tetap nk panggil syawal..haha..sesukahati je...raya thn ni aku sedih sgt...x dapat duit raya byk...dpt la jgk...dlm rm20...cukupla tambang balik alor setar..haha...raya ke-3..adik aku...aimi(kuliyah usul 1 kuin)..terkena demam denggi...kena msuk wad plak,...x leh raya sakan la kami....di sebab kan adik aku ni demam...(ank manja ayah aku)..kali ke-2 dia kena denggi...senang kata...raya kitorang thn ni byk kat hospital..haha...


adik2ku.....

hah...1 lg...raya ke-7...ada kenduri cukur jambul...kami dtg lewat...aimi kami tggl sorg2 kat hospital...mak ndak ngan siti dah membebel..x tlg dorg msk...pastu...apalagi..aku ngan adik pompuan aku iffah la jd mangsa....kena cuci pinggan mangkuk periuk smua....x comel dah aku lps tu..baju raya habis basah..hahaha...apapon...kitorg buat dgn senang hati....(smbil psg lagu kuat2)buat mcm umah sendiri...keceriaan tetap terpancar di wajah kami sekuarga...coz dpt gak jln raya kat umah sanak sedara...(agak2..bila lak aku wat kenduri?hehe)

bersama adik2...

04 October 2009

maaf kepada yg terasa...

Ya Allah ampunkanlah dosa2ku..
Ya Allah redhakanlah kehidupanku...
moga terhapus penghijab kalbu...
antara Kau dan aku.....


salam....tempohari sy telah meluahkan ketidak puasan di hati ini...tp...kali ini...setelah apa yg sy dpt dr kritikan lalu....adalah kritikan pula dr seorang hamba Allah ini...moga Allah merahmatinya...=)...kadang2..kita x sangka dan x menyedari apa yg kita katakan...betollah apa yg seorg sahabat menulis di dlm blognya...sabda nabi saw "org yg kuat itu bknlah org yg gagah perkasa atau yg menang dlm mengalahkan musuh...tp org yg dpt mengawal dirinya ketika marah.."..sy terlupa dgn sabda nabi saw itu...krn...kdg2..kita terlalu lemah atau letih di dlm melakukan pekerjaan seharian...maka kita x dapat utk menahan marah...sy juga terlupa..bahawa sabda nabi inilah yg sy ingin bentangkan di dlm pembentangan assignment pengajian islam sy yg bertajuk Modal Insan dari Perspektif Islam...

hmm...apapun trima kasih pada sesiapa yang mengkritik sy pula..bak kata sorg sahabat..kritikan itu membina...bahkan 1 hari nanti kritikan itu akan membawa perubahan ke arah kejayaan....maaf kepada yang terasa...kerana manusia itu x pernah lari dari kelalaian dan kesilapan,..manusia itu selalu lupa dan leka...terima kasih bg yg menegur...kerana teguran itu kita dapat melihat pula kelemahan kita...terimalah teguran itu dgn hati yg terbuka...sesungguhnya..ia lebih baik dari terus menegakkan keegoan...(wah2..pandai lak aku berpujangga..)..salam mujahadah...selamat menghadapi peperiksaan...jgn lupa study...exam dah dekat..pesanan penaja..huhu

02 October 2009

jamuan aidilfitri yang sgt teruk!!

semalam...aku dan kwn2 serumah aku berhasrat utk menahan perut(x mkn petang)...krn kami dah beli kupon rm5 jamuan aidilfitri di kuin...mlm tu kami pon p la..tmpat yg telah di tetapkan...msa tu kmi p pkol 8 mlm....x pela..dok dlm dewan ada penutupan mpm...

bila jam mnunjukkan pkol 10.30mlm...kami dah x leh dok senyap....lenguh...perut pon dah nyanyi mcm2 lagu...pop,rock,indi,smua ada...lapaq sgt....x pela...tggu sat...tgok gak la apa depa wat kat pentas tu...tp msa tu mmg hti ni dah mgutuk...bila la bleh mkn n balik....byk keje lg ni....dah 2 hari aku tdo bpe jam je..tdo pkol 2,jaga pkol 5...mata aku dah merah,lebam smua ada....sbbnya bz sgt dgn assgnment dan amal sanah....pkol 11...x de tnda2 mjlis tu nk berhenti....bengangnye....pkol 11.45....depa brdikir barat lak...ya Allah....hanya tuhan saja yg tau....keadaan aku n kwn2 n sluruh plajar kuin msa tu....x larat dah....nk menunggu...

akhirnya kami keluar...lntak la depa nk melalak ka apa ka tgh2 mlm tu....bkn ckit bleh lak meleret2...aduh..dgn aku yg x ska sgt loghat klntan ni...pening aku dgr dikir barat tu....ada pulak kwn2 yg puasa berbuka dgn kuih ja...tp trpaksa tggu smpi lwt mlm....lps tu...dah bli kupon...mestila nk mkanannya kan...kna amik kat kelas d-2 lak....ya Allah...kesabaran ku teruji lg...apakah mereka x da akal utk berfikir....dgn plajar yg ramai,lwt mlm....msa tu dah pkol 12 lbh....dorg sediakan 1 kelas je utk brapa ratus org tu...mknn dahla mcm mangsa bencana...nasi bungkus....bkn jamuan raya tu..aku x penah jumpa jamuan raya mcm tu...dgn berebut2...sbb dah lwt....masing2 nk balik tidoq dah...ada yg nk pengsan...mcm2....

akhirnya pkol 1.30 pg...aku n kwn2 sampai ke rumah....baru leh mkn...hari yg plg teruk dlm hidup aku...aku nk pesan...kalo korg nk wat program...buatlah dgn sistematik...knp thn lps ok je....thn ni jd mcm ni...ramai yg mengeluh...bkn kami x mau bg sokongan...tetapi bila kami bg sokongan mcm ni lak jdnya....tobat thn dpn aku x msuk dah jamuan raya kuin...bkn aku je ckp mcm tu...aku pon dgr bdk2 lain mengeluh...kata dorg semacam kata2 aku...jamuan raya thn depan x da org p....nsb lah hangpa..mkn nasi kat umah lg kenyang....x la buang msa sbb jamuan tu je...nk buat majlis...tgok masa sama...dah tau lewat...paham la org nk balik tidoq n buat keje lain lg....tolong ek....jgn buat mcm semalam dah....takut nanti apa yg pihak tertentu buat x de sape bg sokongan....biarlah majlis smalam jadi pengajaran,....ni lah jamuan aidilfitri yang sgt teruk!!