Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

22 February 2010

:: HARI KELAHIRAN NABI S.A.W ::

Salam ikhwanul muslimin wat semua pengunjung coretan hati..aku hampir2 trlupa utk mencoret entry ini dgn 1 peristiwa....so..cepat2 aku bka coretan hati ini dan sekarang jejariku menaip lagi..entry sebelum ni..aku mengatakan yg aku akan berhenti mencoret,..tetapi...izinkan aku mencoretkan 1 entry utk 1 peristiwa yg sgt penting dalam sejarah islam...

selama ini...kita x lupa hari ulangtahun kwn2 kita,adik-beradik kita,bahkan sesiapa yg ada someone yg istimewa,.tentu x lupa..tarikh istimewa mereka..saat tu..kita bg wish,.hadiah,.wat jamuan..dan sebagainya...apakah kalian ingat..tarikh istimewa kelahiran nabi MUHAMMAD S.A.W??..yg kalian mengaku baginda sebagai utusan ALLAH dalam kalimah syahadah yg kalian ucapkan?..segelintir sahaja yg mengingatkannya..bila ditanya remaja2 diluar sana..kalian tau x besday nabi S.A.W??..tau apa remaja2 itu menjawab??..entahlah...lupa...cuba tanya adik2 sekolah rendah dan tadika islam...adik2 akan jawab..12 RABIULAWAL,.20 APRIL tahun gajah...pandai kan adik2 kita...ramai yg x mengambil tau hari istimewa kelahiran kekasih ALLAH ini..bahkan pada zaman baginda di puterakan...kaum Quraisy menyambut dgn penuh gilang gemilang...

aku ada cerita untuk kalian khas buat pengunjung coretan hati ini...mari kita selusuri sedikit kisah baginda S.A.W...bersempena maulidurrasul tahun ini...

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta...Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi..

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil...Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur... Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia...Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya....

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi..Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat... Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya...Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi...

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah...Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran.. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan... Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa...Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata

''Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad''...

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa...Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.Semasa baginda dilahirkan,.. bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda... Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa...Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan

''Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''...

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib,

''Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata,''telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui...''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak,.. manakala 14 tiang serinya runtuh... Keadaan ini merupakan di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut...Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya... Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan... Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi..

Dalam waktu yang sama,.. pada malam kelahiran baginda,.. Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah...Setelah baginda lahir,. tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat...Dalam riwayat yang sahih dan masyhur,.. ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau..Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda...Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari..

Ketika berusia 4 tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail...Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji... Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam,... lalu diletakkan semula di tempatnya,hal ini jelas diterangkan dalam surah Al-Insyirah ayat 1 :

''Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?..''

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri... Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah,. penutup segala nabi..Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah,.. sekali gus sebagai bukti kerasulannya...Di samping itu,.. bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir...
Lihat...banyak kejadian luar biasa dan keistimewaan ALLAH S.W.T berikan pada nabi kita..kita sebagai umat nabi MUHAMMAD S.A.W...kita patut menyambung sunnah nabi dan perbanyakkan sedekah selawat pada baginda..tanda kita cinta pada nabi kita...adalah mengikut sunnah baginda dan selalu berselawat keatas baginda,..ayuh kwn2...hidupkan hati kita dengan selawat nabi.....salam maulidurrasul 1431 Hijriah....

17 February 2010

:: MENG'sibuk'KAN DIRI ::

::sekadar hiasan::



Salam perjuangan wat semua pengunjung coretan hati ini....alhamdulillah..jejariku masih mampu mencoret..walaupon aku sebenarnya sudah tiada daya..untuk mencoret..huhu..terima kasih masih sudi membaca coretan hati ini..kali ni..aku ingin memberitahu..atau mengkhabarkan..atau menceritakan..bahawasanya...aku akan berhenti seketika dalam mencoret di dlm coretan hati ini..mungkin lama..dalam sebulan,2 ni(hehe)...

kerana apa??kerana aku nak mengsibukkan diriku yg malas ini..dgn membuat nota, menghafaz nota2, mengulang 6 juzuk AL-QURAN..dan menumpukan segalanya pada pengajian utk semestar ini...aku dah x de masa lagi....dah x cukup utk mengejar masa yg berbaki ini..aku nk bangun balik....dari kegagalan aku semestar lepas....sangat mengecewakan diriku...aku nk tumpu betol2....

'' demi masa..sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..melainkan org2 yang beriman dan beramal soleh..serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan kesabaran...''

aku nak lupakan si dia..buat sementara waktu....ngee~sepatutnya aku bersyukur...kerana dia bukan lelaki yg suka bermain mesej(kat henset)...bukan jenis suka bergayut....(memang brtentangan dgn aku..hehe)...dulula...sekarang..x dah..,sbb tu...sekarang,.aku rsa bebas...x penat nak membalas mesej2...hehe..atau mengangkat phone..bergayut berjam lamanya...seperti pasangan2 lain..hehe...(jgn marah sape terasa..).....walaupon jauh....terpisah antara 2 benua..aku di sini..dia di bumi kinanah sana....tetap juga menghubungi...sebulan sekali...dlm 1 jam sahaja....sekejap kan??...aku cuba ikut rentak dia...alhamdulillah..sekarang aku dah bleh trima...(walaupon kdg2 m'berontak jgk..hehe)..dulu,aku marah2..x suka...sekarang aku memahami..dia sgt2 mementingkan ilmu....aku cuba faham itu..dalam msa yg sama..sgt menyayangi aku...hehe..[yeke??]..ntahlah....katanya,.walaupon dia jarang menghubungi aku..x semestinya dia melupakan aku...selalu dia ingtkan aku...sabarlah...akan tiba saatnya nanti...hurmm...[akur..]

dan...sekarang aku pulak nk tumpu pada ilmu...nk tebus balik yg lepas2...aku akan mengsibukkan diri ini....sesibuk dirinya di sana....( x la seteruk dia..)dah2....mengarut lebih neh!!!..hehe[sekadar tambahan,tiada dlm skrip]

apapon.....kita sama2 berdoa...agar diberi kejayaan atas apa yg kita usahakan....usaha dlu....berdoa..tawakal....dan nantikan hasilnya....trima seadanya....apa yg trjadi....hasilnya ok....alhamdulillah....hasilnya x ok....trus berusaha.....itu yg aku selalu ingtkan diriku...yg kdg2...lalai dan leka....x serius....akhirnya membawa penyesalan....sama2lah kita mengsibukkan diri kita dgn perkara2 yg berfaedah...utk masa depan kita...jgn toleh belakang...melihat kegagalan yg lalu....langkah terus ke depan....melangkah dgn maju....

' YA ALLAH...permudahkan aku dalam menuntut ilmu.......dan segala yg aku lakukan dgn niat keranaMU...amiinnn.....'

akhir kalam....aku memohon maaf...diatas segala kesilapan...keterlanjuran kata atau sebagainya...kerana...aku manusia...tidak sempurna..maafkan aku..aku mengharap kemaafan dari semua shbt2 ku....secara langsung atau tidak...semoga kita berjaya untuk islam...sekian dariku....utk coretan hati ...buat kali ini...

14 February 2010

:: HARI KEKASIH??? ::


Hari kekasih...atau dalam bahasa inggerisnya selalu sebut 'Valentine's day'..kenapa mereka x sebut 'couple's day'???bagi orang2 yang jahil, yang suka ikut trend zaman sekarang...mereka sangat seronok meraikan 14 februari ni...sebagai hari utk couple2 menunjukkan kasih syg...hari utk romantik..tukar2 hadiah...menari dan berhibur di kelab2 malam..sangat teruja menikmati hari kekasih mereka sehingga mereka x sedar apa sebenarnya cerita atau kisah di sebalik hari tu...malangnya...org islam dan melayu sendiri sangat2 teruja meraikannya...mengikut sahaja rentak trend zaman sekarang yg mana sangat2 di tentang agama islam tu sendiri...alangkah jahilnya manusia2 ini..apakah mereka sengaja memekak kan telinga, padahal isu ni, sudah tersebar luas di dalam internet,..di ruangan facebook misalnya...banyak amaran2, serta bermacam2 cara mereka memkhabarkan tentang valentine's day ini..tetapi...masih ada insan2 yg tidak punya hati dan perasaan..hanyut dalam percintaan...terus-terusan menjadikan tradisi 14 februari ini sebagai hari kekasih...


Siapakah dia St Valentine dan mengapakah dia dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?...itu yg ramai x tau...Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih ... Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya 3 paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh...


Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta.


Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine...


Kenapa 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini???Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati... Lalu,.. untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur... Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam...tiada istilah hari kekasih dalam sejarah islam...tiada istilah hari kekasih dalam taqwim hijriah....


Firman ALLAH SWT di dalam surah al-baqarah, ayat 120 yg bermaksud:


“Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”


Dari hari kekasih inilah...salah 1 cara org2 yahudi menyesatkan umat islam..kerana anda pasti arif kan..apa akan berlaku pada hari kekasih ini....kemaksiatan yg sangat2 terbuka..jadi fikir2kanlah...patutkah hari kekasih diraikan oleh org2 islam???tepuk dada tanyalah iman kita...


MaKaN KeNdUri dan WiNd0W sH0PpinG

.::Fakhrul radhi & Syahirah::.

::kami bersama pengantin::

::kwn2 serumah::

::kwn2 sekelas::


salam wat semua pengunjung coretan hati ini...kali ni sekadar nak coret2 ja...hihi..boring...hurm..Tanggal 14 feb 2010....aku sgt gembira kerana aku dapat keluar dari kepompong kebosanan selama seminggu duduk di rumah sewa ja...mujur ada jemputan kenduri...kalo tak...aku bertapa ja didalam rumah bersama teman serumahku naqhiah...dia lah satu2nya kwn aku time x balik...hehe..sbb kami selalu balik skali..bila aku x balik,dia pon x nk balik laa...bgus2....sekurang2nya aku ada teman...

yahooo...bila dapat tau kak aiman nk drive p kenduri tu....aku rasa seronok sgt...sbb bleh ajak kak aiman window shopping sama lepas makan kenduri...tu la sebenarnya yg aku nak....seronok x terkata bleh keluar dari rumah....seperti hari yang di janjikan...kami ber-5, aku, naqhiah, kak niza, kak aiman dan kak syuhada pergilah ke kenduri rakan sekelas kami tu...tau sape? fakhrul radhi laa...dgn isterinya syahirah...hoho....sangat ramai org di kendurinya,..dan sangat malu lah kami ber-5 ni....dahla x kenai sape2...tibai jelah...amik nasik makan...pastu sempat gak bg hadiah weading kat tgn fakhrul sendiri n paling sweet dapat bergambar walaupon sekeping...malu betol wat muka tebal bergambar kat situ...ramai woo.....

selesai semuanya....kami pon pulang dgn riang gumbira...nk p jenjalan lak..kat mna ek...tesco jelah...time2 raya cina ni nk bukak pon...kat tesco bkn nk shopping pon....just jalan2..window2....dan sempat lak kami bergambar...wah2...mmg aku suka bab2 bergambar neh...heheh...selesai semuanya...mata pon dah lali,kaki dah longlai....kami pon balik ke rumahku yg agak membosankan tu...hehe..

apapon....aku bersyukur sangat..dapat keluar dari kebosanan yg sangat2 kritikal ni....thanks kak aiman....kerana sudi membawa anis yg comel ni jenjalan dengan kereta kak aiman...hihi..dapat makan kenduri dan window shopping.... ;) dan lastly,..
" SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT FAKHRUL & ISTERI...SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPAN KALIAN..."

08 February 2010

~ SaNaH HeLwA yA AniS ~

kek besday yg sangat simple...


salam wat pengunjung coretan hati ini...dah lama nampaknya aku tidak mencoret...x de mood nak coret2...4 februari lalu..aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yg ke-22 tahun...waa...dah tua...tapi awet muda lagi..hehe..hurmm...

macam x caye lak aku kini sudah berusia 22 tahun...rasa macam baru semalam berpakaian sekolah lagi...dah tua dah aku neh...22 tahun..dah bleh kawen orang tua2 cakap...orang muda pon cakap gak...hehehe...x lama lagi...abis belajar...pastu keje jap...pastu...KAWEN...hehe...sejak dah berusia 22 ni..asyik sebut about kawen je...kalo mak dengar..mak akan kata..
'' gatai hg ni "...hehe...x la..mak x kata mcm tu...mak kata...cari imam...hoho...makna kata..hafiz quran laa..x pa mak..nanti anakanda cari...mak just bg restu je...hehehe..
apa laa...dah melalut kat mna dah...well2x....dah 22 tahun kan...pikir2...apa perlu buat...ubah perangai..jadi lebih matang...lebih serius dalam semua keje...x leh main2 dah...malu kat adik2...hehe..

"sebaik2 kamu adalah yang panjang umurnya serta baik amalannya..." penah dengar x ayat ni??hurm...betoila ayat ni...kalo umur panjang tp x berbuat kebaikan buat pe kan...ayat tu jadi tarbiah buat diriku yg sangat lalai dgn kedoniaan ni...ya ALLAH...22 tahun DIA beri aku bernafas free....tanpa minta bayar apa2...x penah sekali pon DIA tarik oksigen yg free ni..tapi apakah aku bersyukur atas smua tu??ya ALLAH...hamba lalai ya ALLAH...DIA bg semua keperluan pada kehidupanku...ibubapa..ahli keluarga..kawan2...harta benda...tapi apakah aku selalu bersyukur atas kurniaanNYA itu??lekanya aku...leka dgn buaian dunia...

mak ayah...anak kalian dah dewasa...trima kasih menjaga anakmu ini sehingga 22 tahun...dari tangisan pertama,.merangkak,bertatih,.berjalan,..berlari,.melompat....dan akhirnya...menjadi seorg gadis...berusia 22 tahun...menyediakan segalanya buat anak kalian ini...x pernah jemu memberi nasihat,.kata2 semangat,..dan sentiasa mendoakan anak kalian ini..

hehe...sampai bab mak ayah jd sebak..nape ntah...apapun...dgn umur yg brtambah ni...aku lebih matang dalam segala benda yg aku lakukan..lebih profesional...hehe...tingkatkan prestasi...kurangkan kontroversi...

akhir sekali...selamat hari lahir anis madihah yg ke-22 tahun....hehe..dan trima kasih wat semua kawan2 yg wish my besday....i love u all my frens.....