Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

31 January 2010

~ UNSUR FREEMASON ADA PADA AJL 24 ~

Salam dakwah fil islam buat semua pengunjung coretan hati...kali ini ingin di sentuh 1 isu yg ramai drpd kita yg tidak menyedarinya sedangkan ia telah menjadi kekecohan banyak pihak..sem lepas kuliyah Usul 3 Kuin ada mempelajari 1 madah yg mengupas tentang Freemason atau dalam bahasa arabnya Al-Masuniah..dalam madah Tayyarat al-fikriah..oleh Dr.Faiek..secara ringkasnya...freemason atau al-masuniah ini adalah 1 gerakan rahsia Yahudi bawah tanah...menyeru manusia ke arah atheisme iaitu tidak percayakan mana2 agama di dunia ini...ia bergerak secara halus..dan mempengaruhi orang2 ternama atau pemimpin2 yg berpengaruh..freemason mula menular di negara kita pada tahun 1916 di Kuala Lumpur..di gelar sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah...

Berbalik pada tajuk asal kita,.unsur freemason ada pd Anugerah Juara Lagu 24...ramai yg tidak sedar..atau terlalu teruja menyaksikan artis2 kesayangan mereka beraksi pd malam berprestij itu..(kecuali aku yg x tengok..just dgr2 je..hehe)tanpa menyedari apa yg terdapat pd majlis berkenaan...adakah ini 1 kebetulan atau di sengajakan??..Freemason yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati...rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam..tak berfikirkah mereka bahawa ia sensetif terhadap kita negara islam??..sehinggalah diri ini terbaca 1 artikel di blog Jejak tinggalan rasul...ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al-Bayt University, Jordan...ingin sekali aku berkongsi dengan pengunjung coretan hati ini..meh kita tengok...apa unsur2 freemason itu...




perhatikan gambar2 ini...tp yg atas ni jgn tgok lama2..nnt gelap hati kita...


ada persamaan dgn snapshot kat AJL24..





pastu.,tgok lak persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa...



Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red..


lihat video ni....ada persamaan....



ni adalah Master Carpet....turut dikenali sebagai Checkered Floor,




ada jugak di AJL 24.....ish2........

banyak lak tu........


kat tali pengikat gitar pun ada....


lantai stage pon ada.......

ni simbol kumpulan search yg korang fanatik sgt tu.....

sama x dgn simbol freemason ni???

sama kan???

so....apa lg kalo bukan sengaja??ni bukan kebetulan....tapi sengaja diada2kan oleh pihak penganjur....dgn cara ini...senanglah pengaruh freemason a.k.a Yahudi menakluk pemikiran dan gaya hidup kita org islam...Jadi jika benar semua ini telah dirancang secara teliti, pasti mereka sudah mampu bergelak ketawa. Kenapa ketawa? Apa tak nya sebab semua org cakap ini adalah AJL yang terbaik pernah dilangsungkan. Kesian kan? Tahniah kepada mereka yang berjaya membongkar perkara ini....smoga kita dapat mengambil iktibar dari apa yg berlaku....di depan mata kita....bkn di belakang...bahkan semakin berani menonjolkan diri....hati2 lah wahai semua...


28 January 2010

~ aMaLaN yAnG X pUTuS PaHaLanYa ~

Salam wat pengunjung coretan hati ini...untuk entry kali ini..aku ingin berkongsi dengan kalian...amalan yang takkan putus pahalanya...di dunia...sampai akhirat nanti...selagi kita masih hidup...selagi itulah kita perlu mencari pahala dengan amalan2 yang di terima ALLAH SWT ..mari kawan2....mari kita lihat apa amalan2 itu...semoga kita dapat beramal dengannya...


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :


''Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah ",

Ada tiga perkara:

1) AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan. Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga.

Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah. Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

2) ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK).. Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

3) ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN.. yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan".

Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. :

" Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w. Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah SWT.....

sekian yang dapat di kongsikan disini....carilah 3 perkara ini...utk perolehi pahala amalan sepanjang kehidupan....

~ KeSeTiaaN NAiLAH AL-FARAFiSHAH ~

Salam mawaddah wat pengunjung A muslimah journey...kali ini ingin sekali aku bercerita pada kalian...khas wat pengunjung coretan hati ini...baru kini aku berkesempatan utk menceritakan serba sedikit tentang kisah NAILAH AL-FARAFISHAH...mari kita lihat...siapa Nailah ini....


Nailah al-farafishah adalah srikandi islam terulung di zaman khalifah UTHMAN B. AFFAN..merangkap kekasih hati, penyejuk mata, isteri saidina Uthman B. Affan...dia memiliki akhlak yang terpuji sebagai muslimah dan wajah yang menawan hati setiap insan yang melihatnya...merupakan sayap kiri kepada perjuangan Khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat kepada suami tercinta...ayahnya seorang penganut agama nasrani, bukan dari golongan Quraisy...


Kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta kematangan fikirannya dalam membuat keputusan menjadikan nailah tokoh srikandi Islam yang disegani di mata dunia...subhanallah...


Pernah berlaku peristiwa pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hati Nailah...tidak pernah berjauhan dgn Khalifah, sentiasa memberikan semangat dan keyakinan kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci ini...ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah-panah. Akibat dari peristiwa ini 3 org telah terbunuh..
Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai agar tidak mencederakan Khalifah, namun ada juga yang mengingkarinya...Pembelotan tersebut diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar...Ketika Muhammad bin Abu Bakar bersama seorg sahabat memanjat rumah Khalifah, Nailah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi rambutnya... Lalu ditegur Khalifah...


"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku"



Namun nailah tidak mengendahkan teguran tersebut krn yg lebih penting baginya adalah menyelamatkan nyawa suami tercinta...Tatkala kedua-dua pembelot itu berada di hadapannya, nailah sudah bersedia untuk melindungi suami yang dikasihi...Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah dgn pedangnya, namun dihalang oleh Nailah dengan tangannya hingga putus jejari mulus Nailah.. Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayunkan pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Nailah dgn tangan yang lain dan putus jejarinya lg... Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikam Khalifah.. Tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu Bakar telah menyelar tubuh Khalifah hidup-hidup..



Namun apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah, Nailah menahan tubuhnya bersama Syibah...Malangnya mereka berdua ditolak dan dipijak-pijak. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah Saidina Uthman Affan..

Sehinggalah Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al- Uzza...Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam...


Peristiwa pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Nailah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi,


“Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali kepada Allah.”



Surat tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah....Selepas kewafatan suaminya, Nailah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga dtg Muawiyah meminangnya.. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, untuk mengelakkan dirinya terus dipinang,beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan...



Ada yang bertanya kepada Nailah,


“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?”

Jawapan yang Nailah berikan,


“aku tidak mahu kesedihanku terhadap Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang telah diketahui oleh Uthman.”



Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kpd suami tercinta yg telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri...Nailah juga byk menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya...


Juga tidak ada perkahwinan ke-2 dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman. Nailah Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zamannya..


itulah kisah Nailah Al-Farafishah...srikandi setia buahati saidina Uthman B. Affan..apakah aku bisa setia dan taat seperti Nailah...srikandi yg aku kagumi ini??...apakah aku bisa menjadi isteri seperti Nailah ini??apakah aku bisa tabah sepertinya??



Kanvas cinta ini terlukis wajah muslimah.., yang kiasan rindunya takkan lemah walau dihunus 1000 mehnah...Pada hijab rindu..., terserlah pada Qalam.., dialah Muslimah Acuan Quran..


NAILAH AL-FARAFISHAH....

26 January 2010

~ ALLAH UJI HAMBA-NYA ~

salam wat pengunjung coretan hati ini...kali ini hatiku igin mencoret..tentang ALLAH uji hamba-NYA...bila ALLAH sygkan kita...Allah akan uji kita....sejauh mna ketabahan, kesabaran, dan kecekalan kita menanggung ujian dan dugaan...dan itulah yg terjadi terhadap kak fatimah abu bakar...rakan dari kemboja...kuliyah syariah 3...dia diuji Allah..dgn penyakit yg kronik...bkn 1...tp lbh dari 1 penyakit yg menimpanya...

aku dan rakan2 melawatnya di hospital sultanah bahiyah...mencari wad kak fatimah tidaklah payah...tp...apakah dia di dalam wad seperti kita??saat kaki menjejak msuk ke ruangan biliknya...dia trsenyum menyambut semua rakan2..tidak mempamerkan kesakitan yg dia alami..tabahnya kak fatimah...saat tangan ini menyentuh tangannya yg sejuk...digenggamnya erat tangan2 yg menyambutnya..seperti melepaskan kesakitannya...Ya Allah...sungguh tabah wanita di hadapanku ini...jauh dari keluarganya...mujur punya rakan2 yg x hbis2 melawatnya...

diluar wad..ada hati2 yg sebak...x sggup melihat keadaan kak fatimah...mula bergenang airmata...apakah kita juga setabah dia??mungkin tidak...sebagai rakan...hanya mampu berdoa...agar kak fatimah sembuh seperti kita...dapat bersama2 hidup ceria...selesa dan bahagia...kak fatimah...hari ini...dirimu di uji seperti ini...mungkin selepas ini..ada rahmat dan berkat di sebalik kesabaran dan keredhaanmu terhadap ujian Allah?bersabarlah....semoga Allah menyembuhkan penyakit kakak...
kwn2...sama2lah kita doakan buat kak fatimah...agar dia cepat sembuh dari semua penyakit yg sedang dia alami...yang berkemampuan...hulurkan bantuan...Ya ALLAH....sembuhkan kak fatimah....lindungi dia dari segala kecelakaan...jauhkan dia dari segala keburukan...janganlah KAU timpakan ujian lebih dari kemampuannya YA ALLAH...bantulah dia YA ALLAH...amin ya Rabb.....

16 January 2010

:: MATERI PERJANJIAN SETIA ::



Berjanjilah teman

ukhwah yang terbina

kerana cinta pada-NYA

takkan terhalang

oleh tembok minda manusia

takkan hilang

dek api yang menjulang

takkan sirna

dek kabus yang kelam

tapi hanya kan musnah

dek hati yang hitam

15 January 2010

~ AL-QURAN & SAINS ~


Saya telah membaca artikel ini di web Dr. danial zainal abidin...beliau mengulas tentang al-quran & sains...kita juga sedia maklum...bahawa sains ada tercatat dlm al-quran...di dlm al-quran, ALLAH berfirman tentang kejadian langit & bumi...siang & malam..kejadian manusia...semua tu ada hubung kait dgn sains..ALLAH ITU MAHA KAYA..Al-quran itu khazanah ilmu...sumber rujukan alam dan semua yang kita hadapi sekarang....

Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."

Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

~ APA YG KAU PANGGIL CINTA ~


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara

Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa

Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan

Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan

Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa
Tuhanmu menyertainya!

13 January 2010

~ AJARAN SESAT DI MALAYSIA ~




salam buat pengunjung coretan hati ini....kali ini...entry sy lain ckit....sy ingin juga berkongsi dengan kalian....tentang 1 tajuk yg tidak asing lg di negara kita...bahkan sudah menular di negara kita sejak di awal kemunculan islam di rantau ini..sejak abad ke 15 lg..(aku belajar dalam pengajian malaysia..hehe).. ''AJARAN SESAT..."

Isu ajaran sesat mula mendapat perhatian dgn munculnya ajaran Ayah Pin di Terengganu yg mengaku dirinya memiliki kuasa seperti Tuhan, jelmaan semua Nabi dan menjadi dewa bg semua agama serta memiliki ramai pengikut. Malah, ada pengikut ajaran sesat ini terdiri di kalangan profesional yang dianggap bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara...di sebabkan kurangnya ilmu pengetahuan agama,ramai orang melayu kita yg beragama islam,terpengaruh dgn ajaran ini...(org apa?org melayu jugak..) antara ajaran sesat lain di negara kita,Narul Haq,Budi Suci,Al-Watan,Ilmu Kebatinan,Haqqullah Syahadah,Al-Ma’zat,Abdul Manan bin Harun (tolak hadis),Al-Arqam,Ajaran Hj. Ghazali Othman(Hulu kelang),Ajaran Hj. Kadar Ahmad,Tarikat Aurad Ismailiah,Ajaran Ahmadiah/Qadani,Ajaran Bahai, dan Al-Ma’unah...(dan byk lg....)

apa itu ajaran sesat anak2(hehe)..ajaran sesat itu adalah sebarang ajaran atau amalan yg dibawa oleh org islam atau bkn org islam...yg mendakwa ajaran atau amalan itu adalah yg di anjurkan oleh islam...tapi hakikatnya...ia lari dari landasan i'tiqad kita...AL-QURAN dan AS-SUNNAH..dan bertentangan dgn ajaran ahli sunnah wal jamaah...

Ajaran sesat yg mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 secara senyap ialah...Animisma.,Dinamisma.,Ajaran Hindu-Budha.,Sabaiyyah.,Kaysaniyyah.,Syiah Ismailiyyah.,dan Aliran teosofi..
Ajaran sesat yang paling lama di negara kita ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang..(sape org penang...hati2..)...Di Kelantan plak wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. (hati2 org kelantan..)

ok...meh kita tngok plak apa ciri2 ajaran sesat....
-Mengaku diri atau gurunya sbgai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

-Mengaku diri atau gurunya sbg Imam Mahdi atau mempercayai bhwa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sbg manusia yang istimewa sprti Imam Mahdi (ajaran sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).

-Mempercayai bhwa roh org yg mati menjelma semula ke dlm jasad org yg masih hidup.

-Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya shj yang dijamin masuk syurga.

-Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.

-Mempercayai bhwa gurunya boleh menebus dosa dgn wang.

-Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

-Mempercayai bhwa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru.
-Memohon kpd objek tertentu sprt batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kpd Tuhan.

-Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kpd guru melalui nikah batin dgn tujuan utk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.

-Mengaku Allah menjelma dlm diri dan mengaku dirinya sbg wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kpd muridnya.

-Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi terus drpd Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga).

-Mengaku dan mempercayai bhwa seseorang itu boleh berhubung dgn Allah melalui Nur

-Muhammad yg berada di dlm dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.

-Memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.

-Meninggalkan sembahyang Jumaat krn mengamalkan suluk.

-Mendakwa bhwa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.

-Mengubah dgn sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.

-Mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.
-Mendakwa bhwa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya.

-Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kpd matlamat sebenar.
byk betol ciri2nya ni....letih eden...adeh!..

mangsa ajaran sesat..meh tgok lg...


+Mereka yg jahil dan kosong jiwa krn tidak mempunyai pengetahuan agama yg cukup.

+Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yg mengajar secara rahsia dan sulit.

+Mereka yg ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur kerohanian dgn cara jalan singkat tanpa ikut sunnah.

+Golongan yg menyeleweng dlm hal yang berhubung usul. Ini berlaku kerana kurang kemantapan dlm usul syariah serta pengetahuan yg lemah.

+Mereka mendakwa diri hampir dgn Allah dan berada di makam tertinggi.

semua ini akan membawa keburukan kpd umat islam di negara kita krn ia mencela ulama' dan fuqaha'..,membuat takwilan dlm agama sesuka hti,..merosakkan ukhwah umat islam,.kepentingan peribadi dan seks,..utk menguji sejauh mna umat islam paham dan taat pd ajaran islam yg sbnrnya agar ia dpt menghncurkan agama islam...

so....apa kita patut buat?hmm..kita mungkin x mampu nk jga semua org...tp kita cuba jga diri kita dan ahli keluarga kita ataupun org kampong kita...jgn sampai mereka trjebak dgn ajaran2 sesat ni...dgn mempelajari ilmu agama brsama guru yg betul2 bertauliah..jgn mudah percaya dgn kata2 org yg kita tidak kenali...bahkan jgn cepat terikut dgn apa yg org kita kurang pasti dia btol2 ok dgn penyampaian dia trhadap ilmu agama...andai ada ciri2 di atas pada org yg kita tdk kenali tetapi memberi maklumat sebegitu...maka berhati2lah...dan adalah lbh baik..menjauhinya..

semoga ALLAH SWT melindungi kita umat islam dari sebarang keraguan trhadap agama kita...apatah lg terkeluar dr ajaran agama islam...nauzubillah...

10 January 2010

~ SEPETANG DI SAWAH PADI ~




kakak kami yg comel...Asniza...hehe

mumtaz, anis, nabilah, naqhiah, wani



~indahnya ciptaan ilahi ~


~ my ukhwah ~

~lovely gerek ~

lovely housemate...



Salam wat pengunjung yang dikasihi...entry kali ini....hanya sekadar menceriakan lg coretan hati ini....suka sy menceritakan...saat2 manis bersama ahli2 bait ku....bukan senang utk berkumpul bersama...bahkan duduk bersama...sambil2 makan dan mengambil angin di tepi sawah padi yg hijau terbentang...dgn berbasikal....kenikmatan itu lebih terasa....walaupon agak mengah...hehehe...

hari cuti....harus ada agenda yg mesti di laksanakan...setelah membuat perbincangan ahli baitku...akhirnya kami memutuskan...membuat gotong royong rumah..memandangkan keadaan rumah yg sudah bersawang....dari dalam smpai la di luar halaman rumah...beres!!bersih....dr gangguan aedes....hehehe...keesokan harinya...dalam keadaan kami yg agak serabut tidak keluar rumah...kami memutuskan utk keluar dr kepompong kebosanan....lalu....berbasikal lah kami ke sawah padi....di tepi taman perumahan kami ini....sambil tu,...kami membawa makanan ringan...utk di jamah...

kamera...tak ku lupa...utk merakam detik2 manis sepetang di sawah padi....smoga ia mnjadi memori buat kami....saksikan keceriaan...dan kemesraan kami....tanpa sedikit lakonan atau sandiwara....ia datang secara nature....khas buat mereka yang gemarkan ukhwah seperti kami....(hehehe)....semoga....keceriaan ini sentiasa kami rasai....kemesraan sentiasa kami dapati....agar kenangan ini....tak akan kami lupakan utk selamanya...

04 January 2010

~ MAK AYAH SELAMAT PULANG ~

salam wat semua...alhamdulillah...29/12/09 yang lalu...mak dan ayah aku selamat pulang ke tanah air dgn selamat dari mekah al-mukarramah menunaikan haji dan umrah...mungkin lepas ni..org akan panggil mak ayah aku..hajjah zuraida dgn haji muhamad fauzi..=)well...aku x balik jemput pun...aimi je yang balik..sedih gak...tapi nk buat mcmana kan...ada urusan yg x selesai lg masa tu...bila pegi ke mekah...pasti byk gambar yang mak ayah amik kat mekah dan madinah..dan x lupa..mak ayah juga bwk balik buah tangan dari sana...tu yg sonok..hehe...jom...tgok gambar mak ayah kat sana....




siti, ayah, mak dan sidi....








tasnim memeriahkan suasana...



dan aku yg teruja dapat jubah mekah dan niqab...hehe