Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

25 November 2009

~ SiBuK ~

Salam buat yg mengunjungi entry sy kali ni...harap kalian sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT selalu...mungkin ini c0retan terakhir utk bulan ni...kerana sy akan 'busy' selama 4 minggu tanpa membuka ruangan coretan hati ini....
Esok..27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H...adalah hari raya aidul adha...Di kampung,.siti dah sibuk menganyam ketupat..dan aku hanya membantu sikit2...apa yg terdaya..hehe(ayat budak malas)..dan esok juga...ada kenduri aqiqah dan berkhatan berganding 3 keluarga besar...keluarga kami(hj elias),keluarga tok cik(hj zakaria)& keluarga tok ngah(hjh habsah)..memang raya haji kali ini meriah sgt...tetapi...tidak bg aku..=(...semua pulang ke kampung...p.njang dan p.teh pun pulang...walaupon terpaksa belanja mahal utk pulang dgn fligt dari sabah..p.njang baru dapat baby pempuan baru...Hasna Ilmuna Al-Hanin...nma dia panjang bukan main...ada yg nk panggil hasna...muna...ilmuna..hanin...whateverla..nma dia semua tu...yang pasti aku sedih...tp sedih x la sampai menangis teresak2 kan...yela..raya kali ni...mak ayah x de...pastu.............
malam tu lak...aku kena balik K.L dah..kenapa malam tu jugak?ha..meh aku citer..aku kena panggil jadi fasilitator kat Taman herba,sungai congkak, selangor..Kem TQTC..bawah ustz Nasir dan ustazah Asni...siapa mereka?kalau nk knl dorg ni..tgok kat list blog pilihan ada link TQTC..baca kat situ...heheh..pagi 28 Nov 2009 aku dah kena pegi kem tu...coz esoknya budak2 dah datang...hmm...akur dgn perintah....
aku akan balik K.L sorang2..malam lak tu...kena wat berani+cepat....x kemas apa lg kat umah..sampai2 kena terus berkemas...apapun...doa2lah segala urusan berjalan dgn lancar..mungkin aku akan busy kat sana..x sempat nk jaga adik2 aku kat kampung..(kakak mithali kononnya)..
buat kawan2 ku..jangan jeles aku dapat pg kem jd fasi...korg duduk jela kat rumah ye...hehehe..sem depan kita jumpa lg....smoga kita najah dalam imtihan sem lepas...amin...

20 November 2009

~ bUdAK ZamaN sEkaRaNG ~

ni la budak2 yg x solat..lepak hisap rokok je..


Hari jumaat yang lalu, aku balik kampung bersama siti dan sidi(tok & tokwan)..Drebar kami pak cik aku..bersama adik2 aku, iffah, afif, fahimah & aisyah..kami menaiki avanza milik ayah..ayah & mak selamat berlepas ke mekah utk menunaikan ibadah haji..malam jumaat..kami hanya menghantar mak ayah di Kelana Jaya..saat mak ayah nak masuk ke balai berlepas..(bkn kat airport ye)..saat tu..sgt hiba..apatah lg..apatah lg saat mak ayah memeluk kami..wuaa...x tahan...paling kesian adik bongsu aku..kecik2 dah kna tggl...x pela..semoga mak ayah selamat sampai dan selamat pulang..eeh..bkn nak citer pasal mak ayah pegi haji..sampingan je tu..

Kami sampai di Gerik, Perak..pada pukul 12.50 tghari..berhenti kat masjid Gerik..coz nk solat jumaat..bkn aku, tp sidi(tokwan), pak cik, dan afif la...kami yg pompuan ni tggu jela dlm kereta..cuci2 mata kan...tau x apa aku nmpak??ha...ni la citer yg aku nk sampaikan...

Khutbah jumaat berkumandang..sang khatib sedang berkhutbah,.ada lg yg baru sampai..kalo baru sampai terus masuk, duduk dalam msjid dgr khutbah x pe..ni tak...boleh dia lepak kat atas motor dgn kawan2 dia...adus...lagi sakit mata aku tgok, boleh share rokok...hisap rokok lak atas motor...buat sempoi je..aduhai budak2 zaman sekarang..budak2 tu datang buat syarat je..maybe mak bapak suruh..pegi jela kan...buat syarat pun cukupla...yang syoknya...pakai baju melayu, kain pelekat kemas...yang paling syok...time org balik...dah habis solat..dorang pon start motor...balik jugak..aduh!!..kenapa la ada budak2 mcm ni..sah2 la x solat dah balik umah..sedangkan datang masjid pon x solat..

Solat jumaat bagi org laki adalah wajib...ia menggantikan solat zohor pada hari jumaat sahaja..kalau tinggal 3 kali tanpa sebab2 mudharat berdosa...x kan budak2 tu x tau?alah...org dewasa yg dah tua pun x reti2 jugak..ada yg kubur dah panggil dunia kata pegi pun x sedar jugak..aduh...doniaa...doniaa...

Aku nak ambil pic dorang..tapi kamera, aku bagi mak ayah aku guna kat mekah..tangkap jela guna henset aku yg x berapa nak canggih ni...x clear la..samar2...sebab jarak jauh..berbalik pada budak2 tu..cuba korang fikir..apa dorang buat lg kat luar tu..kalo macam tula perangai dorang..budak2 ni jenis keluarga x amik kisah..lantak la korang nk pegi mana pon...balik pukul berapa pon...mak bapak x amik kisah..ntah pegi sekolah ke tak...aku tgok..memang muka budak2 sekolah..orang kata nak jaga anak perempuan payah..tp nak jaga anak lelaki pon payah jgk..dorang ni la generasi pewaris kita nanti...tapi..cuba tgok...berapa ramai budak lelaki melayu yang beragama islam masuk U, yang pegi masjid?pegi majlis2 ilmu?..kebanyakan mereka menghabiskan masa di tepi2 jalan...lepak, hisap rokok...aduh...main game kat ciber cafe..x berhenti2..of course x solat dah..ntah2 x pandai solat...hmm..parah ni...

Sama la dgn budak2 perempuan...mak bapak pon 1...x pernah nk larang anak2 pakai baju kecik..seluar ketat sampai kadang2 aku terfikir..mcmna la kalo sesak2 nk terkencing ke, ter apa2 ke..kan payah...ambil masa tu...(hehe)..paling aku meluat...pakai tudung..pastu pakai t-shirt ketat+lengan pendek...bodoh ke apa..baik x payah pakai tudung..tudung tu trend je buat budak2 tu..hmmm..x tau la nk kata mcmna lg..aku kadang berangan jugak..kalau 1 hari nanti aku dapatla mengajar kat sekolah...dorang suruh buat pilihan..aku nk mengajar sekolah menengah,..senang nk ceramah..hahaha..biar sedar sikit..hehehe...

Whateverla...apapun...tulah citer budak2 zaman sekarang...yang aku boleh citer buat masa ni....

15 November 2009

~ mEncARi tEmAn Ke sYuRgA ~

Sedar tak sedar..usia gadis itu kini sudah pun 21 tahun..kalau di zaman dahulu,.zaman mak, ayah, tok, tok wan..usia sebegini sudah pun berumahtangga dan mempunyai cahaya mata..contoh terdekat adalah ibunya..ibunya berkahwin ketika berusia 18 tahun..kalau zaman kita ni,.org akan berkata..'' muda lagi dah kawen?'' ...''ish,knapa awal sgt kawen..tak bestlah...tak boleh enjoy''..mcm2 perspektif dan pandangan org terhadap perkahwinan di usia muda. Bagi gadis itu, lebih baik berkahwin dari bercinta tanpa ikatan. Inilah fikiran gadis itu ketika usianya kini..Kalau dulu, dizaman sekolah, gadis itu tidak menafikan..dia punyai cinta monyet..cinta yang tak tentu apa kesudahannya. apabila kecewa,..hati jadi sakit..kalau diingatkan..bodohnya bercinta masa sekolah..cinta monyet cinta tergantung..terbang dgn khayalan yang entah apa2..(jangan tiru aksi ini)..
Ibunya selalu berpesan,.tak usahlah mencari..bila2 saja jodoh itu akan datang..selalu sgt ibunya berpesan mcm tu..gadis itu hanya diam mendengar..hati muda, memang suka nk berkawan..dan tak endah kan kata2 ibu..akhirnya sekarang apa yang ibunya pernah katakan hampir2 jadi realiti...dia tak pernah menyangka, tak pernah bermimpi..semua kuasa ALLAH..andai lelaki itu jodohnya, dia berharap lelaki itulah teman ke syurga. memimpin dan membawa dia menuju jalan yang di redhai ALLAH. kerana mencari teman ke syurga amatlah sukar, kecuali ALLAH menjodohkan dia dgn lelaki yang soleh..andai ciri2 di bawah ini ada pada si lelaki...beruntung dan berbahagialah si gadis..melayar bahtera rumahtangga dgn tenang dan harmoni...bersama lelaki pilihan ALLAH ini...


1. Beriman dan taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya dan dahaga dgn pahala.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat adalah maruah dirinya dan Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling berinteraksi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Sentiasa berbakti kpd orang tua dan keluarganya.
18. Sentiasa haus dengan ilmu.
19. Tidak pernah gentar melawan nafsu.
20. Tidak pernah takut untuk berkata benar.
21. Menjaga tutur katanya.
22. Tidak bermegah dgn ilmu yang dimilikinya.
23. Tidak bangga dgn harta dunia yang dicarinya.
24. Sentiasa berbuat kebajikan krn sifatnya yg penyayang.
25. Jiwanya penuh penghayatan terhadap islam.
26. Menghormati ibunya.
27. Dapat menjaga kerukunan rumahtangga.
28. Akan mendidik isteri dan anak2nya mendalami islam.
29. Mengamalkan hidup yg sederhana.

~ Rahsia Jari Kita ~

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..hehe.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Ok... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda..renung2kan...

12 November 2009

~ SifAt-siFat PENDAKWAH ~


Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2. Beramal dengan ilmunya.
3. Tahan marah (berlapang dada)
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak
akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima
dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia
dan segala yang berkaitan dengannya.
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat
kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan
pengorbanan yang besar.
10. Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkarayang aib.
11. Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk
melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat wakar dan tenang.
13. Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum
sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan
marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.
15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat warak ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya
bercakap sekadar yang perlu sahaja.
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.

Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di
pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.


~ RiNtiHaN HaTi..~

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik, Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti, Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin, Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat, Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku, Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini, Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku, Ku tetapkan hati , Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi, Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya, Agar sentiasa terpelihara, Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMu aku berserah, Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali , Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu..

~ kENaNgAn BerSaMa kALiAn ~

Semalam...sedang sedap landing..tiba2 aku teringat kenangan masa sekolah dulu...msa sek kat yayasan khairiah...aku mula belajar di situ tahun 2004 smpai 2006..sempat melakar kenangan yg sgt byk bersama2 teman sekelas, setingkatan dan seasrama..aku menghuni asrama sumaiyah bilik 4, selama 3 thn ...sgt merindui kwn2 gelak ketawa,susah senang..Fatimah Az-Zahra, Amal Hayati, Hamidah, dan Aminatul Saheera,..mereka sekarang sedang bertungkus lumus belajar di bumi mesir...Syahirah di Kuis..Mumtaz, Atikah Hamzah dan aku di Kuin..

Kenangan lama sukar utk di lakar semula..tetapi mengingatinya membuat aku bahagia, tersenyum sendirian...sangat manis kenangan lalu...andai waktu boleh di putar semula...ingin aku mengukir kembali saat2 indah bersama mereka...bersama adik2...bersama kawan2 yg lain...bersyukur aku di kurniakan kwn2 yg sgt ceria dan saling mengingati.. x penah aku lupa semua kwn2..dari RTA, YK, PBA dan KUIN...pernah adik2 bertanya padaku...''ingat lg kah kak anis pada kami?''.....aku menjawab...''mestilah ingat...x pernah lupa..''..masakan aku lupakan kawan2 ku..semua tu sebahagian dari hidup ku..=)

Andai sesiapa pernah menjadi kawan2 ku...aku berharap..kamu juga masih mengenali aku...walaupun aku dulu dan kini sgt berbeza(hehe..)...aku sentiasa mendoakan kamu semua...moga kalian berjaya dalam bidang yg kalian ceburi...dan dapat temukan kita semula..aku rindukan semua kenangan kita...






kenangan lalu...

10 November 2009

~ HaWa! IngiN cAntiK? sOLatLaH!! ~


Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah kita sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?

Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, sy ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?

Ada sedikit ilmu yang ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.

SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.

1. Faedah Halus Pandangan: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri kita dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah kita memandang ke arah kepala kita, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.

2.Faedah Angin Tunggal: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut kita dan bawa ia ke arah dada sambil kita lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan kita ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.

3. Faedah Angin Kembar: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki kita tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut kita itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan kita. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.

Semoga apa yang kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan.

Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;

''Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya''.(al-Ma'arij 19-23)

~ SiTi FatiMaH BiNtU MuHaMMaD ~

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya .

~ NiLai sEoRanG aNaK ~

Semalam merupakan hari pertama Fathi membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya Fathi yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.

Sepanjang satu hari semalam, hanya satu yang mahu dikongsi. Ceritanya begini.

Jururawat memanggil Fathi dan rakannya Syahid, untuk membantunya membersihkan badan-badan pesakit. Ketika sudah selesai dua tiga orang pesakit, mereka mendekati seorang tua, yang berselimut. Ketika mereka sampai, di bilik tersebut ada 4 orang pesakit yang lain turut menempati bersama di bilik tersebut.

Jururawat itu, menarik kain selimut yang menyelimuti badan pakcik tua ini, dan dengan itu jugalah, keluar bauan yang sungguh memedihkan hidung. Mereka dapati, katil pakcik ini penuh dengan najis (tahi). Hanya Allah yang tahu bau dia macam mana. Ketika ini, 2 orang pesakit keluar dari bilik ini untuk duduk di luar, tidak tahan bau yang dihasilkan. Jururawat meminta pakcik ini untuk turun dari katil, dan digagahi oleh seorang pelajar lagi. Fathi tidak berani mendekati, hanya memerhati apa yang dilakukan.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan, ketika sedang berdiri ini, pakcik tua ini, yang kakinya tidak gagah untuk berdiri, yang ditongkat oleh pelajar, telah membuang air besar di situ juga. Mereka yang ada di situ hanya pasrah. Fathi hanya membantu menarik kain-kain tilam dari katil. Jururawat menunggu sehingga pakcik ini selesai membuang hajatnya.

Jururawat memberitahu, bahawa pakcik ini selama dia sakit, tiada siapa yang menziarahinya. Dalam hati kecil, kesedihan membungkam jiwa Fathi. Jururawat ini, mula mengelap bahagian badan pakcik ini, pakcik ini megadu letih berdiri. Kemudian, mereka menarik cadar dari tilam dan menggantikannya dengan yang baru. Badan pakcik tua itu, dibersihkan sebelum dia dibenarkan baring kembali.

Selesai itu, lantai dibersihkan dari najis yang dibuang oleh pakcik ini. Setelah segalanya selesai, pakcik tua diberikan baju untuk dipakai semula.

Setelah selesai semua sekali, mereka beredar dari bilik tersebut. Fathi mengambil tempat di bilik rehat. Hati betul-betul terasa. Merasakan bahwa begitu berharganya seorang anak apabila ibubapa sudah sampai di usia seperti pakcik itu.

Ketika menulis ini, tidak tahu bagaimana mahu mengungkap perasaan ketika itu. Dalam hati hanya berdoa:

“Ya Allah, kau matikanlah daku sebelum sempat aku menderhaka kepada kedua ibu bapaku, dan jika kau anugerahiku isteri dan zuriat, kau matikanlah daku sebelum sempat mereka derhaka kepadaku.”

Balik petang itu dengan seribu satu perasaan gelisah. Gelisah jika diri berada di situasi anak-anak pakcik itu, tidak bersabar malah meninggalkan ibubapa di rumah pesakit. Gelisah jika anugerah isteri dan anak-anak, jadi seperti pakcik itu. Mudah-mudahan diri ini dijauhkan dari segala yang pakcik itu hadapi.


::Arzalil ‘umur (surah al-hajj:5) - waktu di mana seseorang sudah hilang kewarasan akal, seperti mana seorang bayi kecil. Di waktu ini, semua ciri-ciri budak kecil ada pada lelaki berumur. Kebersihan dirinya, semuanya bergantung pada orang lain untuk menguruskannya::

~ bUkU oH bUkU ~



Minggu sebelum exam...sy sempat singgah kat pustaka Darul Salam...sy usya2 buku kat rak..konon2 nak ambik novel ..tp x jd...jln2, round2, akhirnya jumpa buku ni...INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT..sy penah tgok..kwn2 sekuliah mengendong buku ni..tp x penah nk amik tau apa isinya...akhirnya sy memilih utk membelinya..harga sebenar rm55..tp, mungkin sbb sy berstatus pelajar..dptla beli buku tu dgn harga rm50...buku tulisan Dato' Ismail Kamus ni sgt2 menarik..semua perkara fardhu ain, sunah...dari kita lahir sampai kita mati, doa2, niat2.. semua ada..x rugi kalau semua memiliki buku ni..mmg menarik dan best!!...boleh bawa ke mana saja..mmg semua wajib miliki buku ni...dan antara buku lain yg sy dah beli dlm tahun ni, termasuklah SALAH FAHAM TENTANG ISLAM, DI BAWAH NAUNGAN CINTA dan paling best...NOTA HATI SEORANG LELAKI...walaupun buku ni utk orang lelaki...tentang hidup lelaki...tapi x salah perempuan juga membacanya...kerana sy juga punyai adik lelaki, ayah dan bakal mempunyai suami dan anak..(hehe)..apapun...jgn segan singgah kedai buku atau pustaka Darul Salam ye...