Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

28 February 2012

::Ta'aruf Cara Syariat::


Hari ini, dengan segala kecanggihan yang kita miliki,untuk berta'aruf diantara lelaki dan wanita sangat mudah dan cepat..melalui laman sosial seperti facebook,email,blog,yahoo massenger,skype,twitter dan sebagainya kita dapat mencari calon-calon pasangan untuk berumahtangga dengan mudah tanpa bersusah payah..Tetapi,sejauh manakah cara ta'aruf seperti ini dapat menjaga kesucian kita dalam satu-satu perhubungan?..Bolehkah dengan cara alam maya sahaja sudah cukup untuk berta'aruf??Boleh dipercayaikah?..saya sangat pasti,ia bukan cara yang berkesan untuk sebuah perhubungan yang baik dalam mengharap keberkatan dan redha Allah S.W.T..mungkin keburukan lebih banyak dari kebaikan?..

Wahai sahabat-sahabiah jangan mudah untuk kita mengatakan ta’aruf dengan seseorang dalam membina sebuah ikatan.. Fahami dahulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kita berani mengatakannya.. Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum bersedia untuk menjalaninya..

Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat?.. Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman.. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau melanggar syariat Allah S.W.T..

Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumahtangga:

1.Melakukan Istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya..

Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik.. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita.. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah S.W.T.. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumahtangga yang berkat dipenuhi sakinah mawaddah warahmah.. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya..


2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)

Setelah data peribadi diperolehi maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi atau mahram kedua-dua pihak..


3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya..

Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi/mahrammasing–masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumahtangga.. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya..^^,

Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair.. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana.. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius.. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius..

Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan.. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir..

.

4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan.

Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya..

Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang ber'couple'..


5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya..

Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (perempuan).. Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah..


6.Menentukan Waktu Khitbah(pertunangan)..

Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama.. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah perempuan (memimang/melamar pihak perempuan).. Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah..


7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan..

Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik.. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah S.A.W, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berlebihan dlm dandanan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan..

Semoga dengan menjalankan ciri – ciri ta’aruf secara Islam di atas, InsyaAllah akan terbentuk rumahtangga yang diberkati,dilimpahi sakinah,mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat..wallhua'lam..


27 February 2012

::Pendakwah dan Perjuangan : Mus'ab Umair::




"PENDAKWAH(da'ie) dan PERJUANGAN ibarat tiram di laut. Dihiris pepasir tercalarlah ia. Sungguhpun terluka tetapi dipendam. Sungguhpun pedih tapi tetap disimpan. Namun akhirnya dibalas mutiara berharga. Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah. Menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit iman dan Taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah."

Mengambil ibrah sirah.. Betapa kegilaan pemuda bertubuh Mus'ab Umair menjadi contoh para da'ie dalam meneruskan agenda menegakkan syiar islam di bumi Allah.

Bagaimana semangat pejuangnya mengajak manusia berusrah?
Bagaimana pengorbanannya tanpa mengira masa, tenaga dan wang yang dilaburkan?
Bagaimana istiqamahnya di jalan dakwah?

Setelah lama islam bergerak. Gerakan menyebarkan islam makin berkembang. Kiita dahulunya hanyalah satu entiti kecil. Kemudian perlahan-lahan kita membesar, kita berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Bila kita membesar dan terus membesar, kadang-kadang kita jadi cair, kuantiti mengurangkan kualiti, kualiti tenggelam di sebalik timbunan kuantiti. Bahkan kadang-kadang kita hilang jati diri kerana kualiti yang semakin mencair.

Para da'ie perlu muhasabah.

Tidak ada salahnya membesar, tetapi yang paling penting ialah kita mesti memfokuskan destinasi dan hala tuju kita. Lebarkan sayap, tetapi kita mesti fokus pada halatuju yang satu.

Apakah hala tujukita?

Halatuju kita ialah Mardhatillah.


Firman Allah di dalam surah Al Bayyinah ayat 7 hingga 8 : “Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga A’dn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya.”

Firman Allah lagi di dalam surah Al-Fajr ayat 27 hingga 30 : "Wahai jiwa yang tenang!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.”


Saban hari pula kita berdoa, “Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina azabannar”.

Bukankah keredaan Allah yang kita cari?

Namun mardhatillah itu sangat luas, maka kita selaku orang-orang yang Allah beri kelebihan melalui ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi, kita kecilkanlah skop mardhatillah itu bersesuaian dengan kemahiran yang kita ada..

Maka objektif kita tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengumpul dan mengajak manusia seramai yang mungkin agar bertaqwa kepada Allah. Dan kita menggunakan kemahiran ilmu untuk menyeru manusia takutkan Allah, mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan-Nya..


Di dalam jangka masa pendek ini para dai'e perlu mengembalikan semula kualiti yang sedang cair. Yang mana puncanya adalah kerana semakin dinginnya proses Tarbiyyah. Untuk itu kita perlu menghangatkan kembali kedinginan tarbiyyah.

Antara langkah yang perlu dititikberatkan dengan menghidupkan usrah bulanan di kalangan dai'e mahupun secara online. Dengan itu mudah-mudahan proses tarbiyyah ini dapat membantu merungkai kecairan yang menimpa kita selama ini..

Renungilah....

Untuk sebuah kapal berjaya meredah lautan yang luas, ianya memerlukan kerjasama sepenuhnya di antara anak-anak kapal dan nakhodanya. Kita perlu kepada kesatuan yang kukuh, bahu-membahu, bertolong-bantu dengan ikhlas. Arahan perlu diberi dengan ketaqwaan dan didengar dengan ketaqwaan. Hendaklah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan hidup berpandukan alQuran dan sunah Nabi Muhammad SAW..

Hangatkan kembali kedinginan tarbiyyah...wallahua'lam..

26 February 2012

::Mulianya Seorang Wanita::

wanita itu anak,isteri,ibu dan bidadari syurga..




Kaum wanita mengatakan susah jadi wanita(muslimah), lihat saja peraturan dibawah ini:


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung Dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami Dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid Dan nifas yang tak Ada pada lelaki..

Itu sebabnya banyak yang berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA” dan lihat…….

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman Dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak Akan dibiarkan terserak bukan? Itulah perbandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami. Bahwa sesungguhnya lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya.

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi bahwa harta itu menjadi milik pribadinya Dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri Dan anak-anak.

4. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawab kan terhadap 4 wanita, yaitu : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya Dan saudara lelakinya.

5. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu: shalat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjat

Masya ALLAH!

Demikian sayangnya ALLAH pada wanita.

Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut/tunduk kepada cara-cara/peraturan yang dihasilkan..

Bahawa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumNya/peraturanN ya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang diproduct. Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki) berbuat baik selalu terhadap isterimu.

Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika kita memiliki 2 atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan mencorakkannya menjadi muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agama kita, nescaya syurga menanti..

dan beruntungnya kita dicipta sebagai WANITA..

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.

Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.

Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah".

Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.

Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".


wallahua'lam..

23 February 2012

::Wanita dan tanggungjawab::






Licia LOnzulli,36 tahun seorang Ahli Parlimen Eropah tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ahli politik dan seorang ibu..jika dilihat pada gambar di atas,Licia membawa anak perempuannya Victoria 18 bulan ke dewan parlimen sejak victoria masih bayi..ini membuktikan seorang wanita itu tiada halangan untuk terlibat dalam kerja2 di luar rumah sekalipun menjadi ahli politik yang kita ketahui tahap kesibukan yg mereka alami..

Sebagai seorang wanita,saya sangat kagum melihat contoh ini..walaupun Licia bukan muslimah tetapi dia mengamalkan sistem Islam bagi peranan wanita Islam dalam perjuangan dan urusan rumahtangga..mengapa kita tidak mencontohi Licia?jika bukan Islam boleh melakukannya..kita sebagai muslimah jugak mesti dan pasti melakukannya..Anda boleh??saya boleh??insyaALLAH,kita boleh!! ^^,

19 February 2012

::Peranan Muslimah Sebagai Da'ieyah::





Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka’ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.


Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti’mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.

Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti. Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi’ (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da’wah.


Di dalam konteks da’wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta’rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da’ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.



1. Marhalah Ta’rif


Yang dimaksudkan sebagai ta’rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:


1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.


1.2) Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal:


“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan”.( Surah Al Baqarah: 208.)



1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda’wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.



2. Marhalah Takwin


Setelah menjalani proses ta’rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad’u (mereka yang dida’wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima’ dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da’wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).


Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat masuliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu’ (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur).


Dalam marhalah ini keujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nukleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.



3. Marhalah Tanfiz


Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:


3.1 Al Iman al ‘amiq: Iman yang mendalam.


3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.


3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.


Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:


“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi…” (As Saff: 3.)


Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah. Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da’wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da’wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baiknya.


Rujukan: Buku Silibus Tarbiah Rumahtangga Dakwah susunan Ustaz Abdullah Thaidi.

::Wanita Islam Bekerja Di Luar Rumah::


Antara Tugas Asal, Syarat dan Realiti ..

Belajar di peringkat menengah, kemudian ke universiti, setelah itu bekerja sepenuh masa dan kemudiannya ‘double shift”, perkahwinan dan melahirkan anak tidak termasuk keutamaan saya! Saya berkahwin ketika berusia 25 tahun dan dianugerahkan dua orang anak yang jarak usia antara keduanya tidak lebih dari sebelas bulan hingga saya terpaksa berhenti kerja. Keadaan saya yang meninggalkan alam pekerjaan itu menyebabkan pada masa ini saya berhadapan dengan banyak tekanan dari masyarakat, suatu perkara yang menjadikan saya ragu-ragu terhadap kebenaran keputusan yang telah saya buat. Semua ini mendorong saya untuk melakukan penyelidikan berkenaan topik: “Wanita bekerja di luar rumah”. Soalan ini selalu membelenggu saya; adakah apa yang saya usahakan dalam pekerjaan saya ini untuk merealisasikan kepuasan diri, kebahagiaan palsu atau hakiki?

Untuk menjawab persoalan ini saya mesti memahami sebab saya berusaha dalam pekerjaan saya sepanjang hidup saya. Lalu saya sampai kepada jawapan bahawa sebabnya adalah kembali kepada konsep-konsep yang saya ambil dari persekitaran hidup saya dan juga rakan-rakan sebaya saya. Konsep-konsep ini dapat disimpulkan pada wanita itu tugas asalnya adalah seorang pekerja, bukan ibu ataupun pengatur rumahtangga. Tugas dan gaji khususnya itulah yang akan merealisasikan kepuasan dirinya dan kebahagiaannya. Saya tidak mencela kedua ibu bapa saya kerana telah mendidik saya dengan konsep-konsep yang salah ini kerana ini merupakan natijah semulajadi yang terhasil kerana umat berhadapan dengan perang budaya kapitalis secara luarbiasa dengan pelbagai cara dari media, iklan, episod drama dan juga filem-filem, metodologi pendidikan dan program kebudayaan, pimpinan pemikiran dan politik yang disuburkan melalui tapak tangan Barat dan dipelihara dengan baik oleh mereka, barangkali juga dalam asuhan mereka.

Sementara kita umat Islam ini sesungguhnya menjadikan syariat sebagai tolok ukur perbuatan kita. Agar kita dapat mengeluarkan sesuatu hukum syarak, kita hendaklah mengetahui realiti supaya hukumnya dapat diterbitkan. Oleh itu kita bermula dari awal dengan mengetahui kewajipan asal bagi wanita kemudian baru beralih pada kewajipannya sebagai isteri, hukum syarak berkenaan tugasnya, syarat-syarat ia bekerja di luar rumah dan masalah sebenar berkaitan tugas ini.

Hukum asal wanita itu adalah menjadi ibu dan pengatur rumahtangga. Ia adalah kehormatan yang wajib dijaga:

Sesungguhnya perkataan pengatur rumahtangga tidak bermaksud bahawa wanita adalah pembantu rumah atau khadam bahkan ia bermaksud bahawa wanita adalah pengurus rumahtangganya dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya sepertimana yang disebutkan dalam hadith:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap dari kamu adalah pemelihara dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipeliharanya. Seorang pemimpin adalah pemelihara dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemelihara keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemelihara dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya.

Maka wanita adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya. Dia merupakan pemimpin dalam mendidik anak-anaknya, dalam mengajarkan mereka, membaguskan akhlak mereka, membina pemikiran mereka. Supaya wanita dapat melakukan peranan ini, dia hendaklah menyiapkan dirinya dengan menuntut ilmu dan pengetahuan syarak dengan kadar yang diperlukannya dan yang membolehkannya melaksanakan kewajipan ini. Lelaki pula, sama ada bapa, abang atau suami wajib menyediakan perkara-perkara tersebut untuknya. Sementara keadaan dirinya yang merupakan kehormatan yang wajib dijaga, Islam telah menjadikan kematian dalam rangka memelihara kehormatan ini sebagai syahid. Manakala fungsinya sebagai ibu adalah dirinya yang merupakan tiang dalam membina keperibadian adalah satu perkara yang bukan teori atau khayalan. Allah SWT ketika hendak memberikan contoh kepada orang-orang yang beriman, memilih untuk mencontohkannya dengan seorang wanita “Dan dijadikan contoh oleh Allah kepada orang-orang yang beriman, isteri Firaun” kemudian Dia berfirman: “Dan Maryam anak Imran”. Hal ini meskipun menunjukkan kepada sesuatu perkara, ia sesungguhnya menunjukkan keagungan peranan wanita dalam membina keperibadian-keperibadian. Demikian juga apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW: “Ambillah setengah agama kamu dari al-Humaira’ ini, iaitu ummul mu’minin Aisyah.”

Tidak ragu lagi bahawa hal ini menetapkan tanggungjawab atas wanita, iaitu hendaklah ia pertama-tama sekali melihat kepada dirinya dengan pandangan yang mendalam, yang benar hingga dia dapat melihat dan merasakan keagungan tempatnya dalam Islam dan memahami bahawa ia merupakan nadi kehidupan dalam keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya dia berkhidmat kepada urusan rumah dan kebaikan keluarganya, dan dialah yang bertanggungjawab supaya Allah itu dingati dengan banyak di rumahnya. Allah disucikan dan dipuji pada pagi dan malam hari di rumahnya. Solat dilaksanakan, dan al-Qur’an pula dibaca di dalamnya. Sementara anak-anaknya pula dididik seperti ia mendidik dirinya untuk memikul dakwah, ketaatan, berkorban dan memberi di jalan Allah, sementara gangguan dari manusia atau pihak pemerintah tidak dapat memudaratkannya.

Sesungguhnya kewajipan isteri terhadap suaminya banyak sekali sepertimana jua tanggungjawab suami terhadapnya. Belum dikira lagi semua kewajipan syaraknya sebagai manusia; seperti solat, puasa, zakat, haji, berlaku benar, menunaikan amanah, menutup aurat, taat kepada suami, berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahmi, menuntut ilmu, muhasabah pemerintah, jihad defensif, melakukan amar ma’ruf nahy munkar, memikul dakwah, membai’at pemimpin umat Islam, melazimi berbuat taat dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian kefardhuan yang berkaitan dengan wanita dan yang meliputi semua aspek kehidupan termasuk: ibadat, muamalat, uqubat, makanan, pakaian dan akhlak. Oleh itu, peranan wanita Islam tidak terhad di rumah sahaja meskipun keibuan dan tugasnya di rumah adalah tugas asalnya, tetapi menjangkau kepada semua aspek kehidupan Islam.

Kewajipannya sebagai isteri boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Mentaati suami dalam perkara kebaikan:


a. Rasulullah SAW telah memerintahkan hal tersebut: “Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, ia akan masuk syurga.”

b. Allah SWT juga berfirman: “Seorang lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dengan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan terhadap harta yang dinafkahkan oleh mereka.” Juga, “Dan bagi lelaki itu satu darjat atas kaum wanita.” Kepimpinan suami atas isterinya adalah kepimpinan berupa pemeliharaan, bukan kepimpinan pemerintahan. Si isteri diwajibkan untuk taat. Suami wajib menafkahinya mengikut yang makruf dan memerintahkannya dengan perkara yang membawa kepada mentaati Allah Ta’ala dan si suami tidak sekali-kali memiliki kuasa ke atasnya jika dia memerintahkannya untuk berbuat maksiat kepada Allah. Na’uzubillah.

c. Memelihara kemuliaannya serta perasaannya dengan menjaga matanya, telinganya dan perasaannya. Janganlah dia melihat pada isterinya, di rumah selain yang dapat menyukakannya dan tidak mendengar melainkan perkataan yang diredhai dan juga tidak menerima tetamu yang tidak disukai oleh suaminya.

d. Menjaga agamanya dan kehormatannya. Hal itu dilakukan dengan menjauhkan diri dari bertabarruj dan menayang dirinya kepada lelaki asing di dalam dan luar rumah. Seorang wanita tidak akan menunjukkan perhiasannya melainkan kepada suaminya. Wanita solehah adalah yang sentiasa beribadat kepada Allah, memastikan agar suaminya menerapkan Islam pada dirinya, keluarganya dan hidup dengan dakwah dan tingkahlaku Islam.

2. Melaksanakan pengurusan rumah tanggga menerusi:

a. Berkhidmat kepada suami dan menunaikan permintaannya yang berupa perkara maknawi dan materi.

b. Memerhatikan pandangan serta pendengaran suami agar sentiasa melihat rumah dalam keadaan bersih, teratur dan sebagainya

c. Menjaga harta suaminya dan memeliharanya meski apa jua jenisnya. Ia tidak boleh membelanjakan harta suaminya tanpa izinnya.

d. Berusaha untuk memperoleh keredhaannya dan memasukkan rasa gembira dalam hatinya. Jika dia pulang ke rumah, disambut dengan keadaan bersih dan berhias.

3. Mendidik dan membesarkan anak-anak:

a. Wanita hendaklah mendidik anak-anaknya dengan baik, iaitu sabar, lemah lembut dan belas kasihan. Janganlah dia memarahi anak-anaknya di hadapan suaminya. Jangan mendoakan keburukan terhadap mereka. Jangan mencela atau memukul mereka kerana sesungguhnya hal itu dapat menyakiti hatinya. Tambahan pula mendoakan keburukan terhadap anak-anak adalah satu perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda: “Janganlah kamu doakan keburukan terhadap diri kamu, dan janganlah kamu doakan keburukan terhadap anak-anak kamu, janganlah kamu doakan keburukan terhadap harta kamu, kerana (tatkala kamu berdoa) mungkin tepat pada waktu mustajab, lantas Allah kabulkan doa kamu ( membuatkan kamu menyesal).” [HR Abu Dawud].

b. Hendaklah mendidik anak-anaknya mengenai bersuci, menjaga kebersihan, memelihara diri, berani, tidak bercakap kosong agar mereka tumbuh sebagai umat Islam, hidup dengan Islam dan untuk Islam. Allah akan memperbanyakkan kebaikan bagi mereka dalam masyarakat dan Rasulullah SAW membangga-banggakan mereka dan yang seperti mereka di akhirat kelak.

Kita simpulkan dari semua ini, bahawa kewajipan wanita sebagai manusia, isteri dan ibu adalah banyak dan rumit. Apatah lagi jika ditambah semua itu dengan tugasnya di luar rumah untuk tempoh masa yang panjang hingga lapan atau sembilan jam baru pulang ke rumah. Ia menantikan siapa yang akan melayannya, bukan dia yang melayan suami dan anak-anaknya! Terhasillah dari situ masalah-masalah rumahtangga, perkelahian dan pertengkaran disebabkan tekanan melampau dan keletihan yang dideritai oleh wanita. Jika Allah telah menyamakan ganjaran wanita yang memelihara rumahtangganya dan ahli keluarganya dengan ganjaran mujahid maka ini sesungguhnya menunjukkan tahap kepentingan tugas ini serta menunjukkan bahawa ia adalah tugas asasi yang disediakan untuk wanita.

Diriwayatkan bahawa Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.a datang menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku jurucakap kaum wanita Islam. Mereka semua berkata dan berpendapat sepertiku. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan juga perempuan. Kami telah mempercayaimu dan mengikutimu. Dan bahawasanya kami ini, kaum wanita, terhad bilangan kami, sentiasa duduk di rumah. Dan bahawasanya kamu kaum lelaki , telah diberi kelebihan dengan solat Jumaat, dan menyaksikan jenazah. Apabila mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga harta benda mereka dan memelihara anak-anak mereka. Tidakkah dapat kami berkongsi dengan mereka dalam pahala ini?” Sebaik sahaja jurucakap wanita ini habis dari pengaduannya, Rasulullah menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata kepada mereka: “Pernahkah kamu mendengar pembicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan masalah dalam agamanya daripada wanita ini?” Para sahabat menjawab serentak: “Kami tidak sangka ada seorang wanita yang dapat mengemukakan permasalahan seperti ini, wahai Rasulullah!” Rasulullah lalu menoleh kepada wanita itu seraya berkata: “Beredarlah wahai Asma’! Dan beritahulah kepada kaum wanita yang lain, bahawasanya penjagaan seorang wanita kepada suaminya, dengan mencari keredhaannya, dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semua itu.” Lalu beredarlah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir memberitahu khabar gembira mengenai pernyataan Rasulullah SAW kepadanya itu.”

Wanita bekerja adalah mubah:

Sesungguhnya kerja wanita dan keupayaannya merupakan soal individu yang saling berbeza antara wanita. Merupakan satu kesalahan untuk menjadikan keadaan ini umum kepada semua wanita. Terdapat wanita yang telah bercerai, mandul dan terdesak memerlukan duit dan perlu bekerja. Semua maklum bahawa terdapat penyelesaian kepada semua masalah ini. Wanita dalam Islam meski bagaimana kedudukannya ada orang yang akan memelihara dan menyaranya sama ada bapa, suami, adik-beradik lelaki, anak atau salah seorang dari anggota keluarganya, atau negara, jika tiada sesiapa yang boleh menyaranya. Jika dia ingin bekerja maka diperbolehkan. Kerana ia adalah mubah. Tidak disyaratkan sama ada ia memerlukan harta tetapi yang penting ialah kerja tersebut tidak bertentangan dengan tugas asalnya yang merupakan kefardhuan, iaitu mendidik anak-anaknya, memelihara mereka, menguruskan suaminya dan rumahtangganya.

Wanita sebagai pengatur rumahtangga, isteri dan ibu akan memperoleh ganjaran yang besar sama ada kerjanya di luar rumah itu untuk kepuasan dirinya, ia adalah mubah. Jika ia melakukannya, ia tidak memperoleh ganjaran melainkan jika untuk menolong orang lain atau mengemban dakwah. Jika dia meninggalkan semuanya itupun tidak akan dibalas dosa. Manakala jika dia memilih antara kefardhuan, iaitu menjadi ibu dan pengatur rumah tangga dan kerjanya di luar rumah semata-mata untuk memperoleh kepuasan diri dan memilih untuk bekerja dengan mengorbankan pemeliharaan keluarga dan anak-anaknya, ia akan mendapat dosa besar kerana hal itu!!

Kembali kepada syarak di mana ia menjadikan tugas memerintah kepada lelaki sahaja. Kita juga dapati ia menjadikan pemeliharaan anak kepada wanita sahaja. Oleh itu hendaklah kerja-kerja yang berkaitan dengan wanita sebagai wanita diwakilkan kepada wanita dan kerja-kerja yang berkaitan dengan lelaki sebagai lelaki diberikan kepada lelaki.

Dari sini kita dapati bahawa syarak membolehkan wanita melakukan semua kerja yang bersesuaian dengan tabiat kewanitaannya selain kerja-kerja yang berkaitan dengan pemerintahan dan kekuasaan. Mereka dibolehkan untuk menjadi pegawai, jururawat, doktor, jurutera, peguam dan dibolehkan untuk melakukan urusniaga dan jual beli dan melakukan akad, dan penghakiman, memiliki semua jenis pemilikan dan mengembangkan hartanya, melaksanakan urusan hidupnya sendiri, menjadi rakan kongsi, penyewa dan menyewakan kepada orang lain, urusan hartanah dan lain-lain dan menjalankan semua muamalat. Tetapi semua itu di dalam syarat-syarat tertentu yang akan kita sebutkan nanti.

Masyarakat kita sangat memerlukan kaum wanita yang melakukan tugas-tugas yang lebih utama dilakukan oleh wanita dan kadang-kadang kerja ini menjadi fardhu kifayah untuknya. Umpamanya kita memerlukan para jururawat, doktor dan itu lebih utama dari aurat kaum wanita dan anak-anak perempuan kita tersingkap di hadapan lelaki asing. Kadang-kadang guru pelajar perempuan, khususnya jika tugasnya dalam pengajaran menyumbang kepada penanaman konsep-konsep yang betul. Terdapat pelajar-pelajar muslim yang miskin dan jahil yang tidak dibesarkan dengan pemahaman-pemahaman Islam di rumah mereka maka, yang lebih utama kaum wanita ini tidak dibiarkan mengemban pemikiran kebebasan, demokrasi dan mengajar fesyen dan gaya moden. Jika wanita Islam mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut di samping tugasnya di dalam rumah, ia akan memperoleh ganjaran yang besar.

Justeru, kerja wanita adalah aspek individu yang berbeza dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dan dari satu situasi seorang wanita kepada situasi yang lain. Yang penting di sini, hukum syarak (seruan pembuat hukum (Allah) yang berkaitan dengan perbuatan hamba) dan as-Syari’ menyatakan bahawa tugasnya di luar rumah adalah mubah tetapi berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat wanita bekerja di luar rumah:

Benar bahawa syarak membolehkan wanita bekerja dan membolehkan ia keluar ke pasar-pasar untuk menunaikan keperluannya, tetapi ia mensyaratkan kepadanya beberapa perkara sebelum ia keluar yang secara ringkasnya:

1. Menundukkan pandangan dan tidak bercampur gaul tanpa keperluan kerja, menjauhkan tempat-tempat syubhat dan berhati-hati dari semua itu: Ia merupakan perkara yanga amat susah. Dalam ketiadaan daulah Islam yang mana kita dapati bahawa pejabat-pejabat dalam syarikat-syarikat mewajibkan adanya para pekerja dalam satu bilik lebih dari sembilan jam secara berterusan yang memberi kebebasan untuk memandang dan berbincang di luar urusan kerja. Lebih utama adalah memisahkan tempat-tempat wanita dan lelaki di dalam syarikat itu sendiri dan hubungan antara keduanya dilakukan betul-betul pada ketika tugas mereka memerlukan hal tersebut.

2. Menjaga kesopanan wanita dengan memakai pakaian syarak yang sempurna dalam kehidupan umum. Tidak ragu lagi kerana wanita keluar dalam keadaan sopan dan serius akan menghalang pandangan mereka yang ada keraguan dalam hatinya, iaitu orang yang tidak takut kepada Allah.

3. Mencegah dari berkhalwat. Khalwat adalah apabila seorang wanita dan seorang lelaki berada di suatu tempat yang tidak membolehkan seorang yang lain untuk masuk tanpa izin keduanya. Contohnya seorang pengurus mengadakan mesyuarat dengan seorang pegawainya dengan menutup pintu biliknya serta meminta agar mereka tidak diganggu oleh sesiapa. Yang dituntut adalah mesyuarat diadakan di dalam bilik tetapi pintunya dibiarkan terbuka hingga sesiapa yang lalu di hadapan bilik dapat melihat mereka.

4. Menghalang wanita dari melakukan sebarang kerja yang membahayakan akhlaknya atau merosakkan masyarakat. Maka wanita dilarang untuk bekerja dalam pekerjaan yang bermaksud untuk mengeksploitasi kewanitaannya seperti bertugas dalam pasaraya bagi tujuan menarik pelanggan, di kedutaan yang bertujuan menggunakan kewanitaannya untuk memperoleh tujuan politik, pramugari kapal terbang untuk menarik pelanggan, setiausaha yang berpenampilan menarik agar mereka dapat berlaku lembut dengan pelanggan, tetamu dan malah pengurusnya juga!

5. Menghalang wanita melakukan sebarang kerja yang haram seperti bekerja di bank-bank dan syarikat-syarikat kapitalis dan syarikat bursa saham serta tempat-tempat menjual arak dan daging khinzir.

Hal ini mengingatkan kita bahawa masyarakat hari ini memandang wanita terhad kepada materi, jasad dan kepentingan semata. Bentuk tubuh si gadis merupakan faktor penting, bahkan menjadi syarat asas untuk diterima bekerja. Begitu juga, sistem sekarang ini tidak menjamin hak-hak ibu dalam hal melahirkan anak, menyusu dan menjaga mereka. Biasanya mereka diberikan cuti empat puluh hari sahaja untuk menguruskan hal bayinya itu! Banyak syarikat lain sebenarnya membuang pekerja wanita yang hamil dan ada juga yang langsung tidak mengambil pekerja wanita! Oleh yang demikian menjadi bertambah sukar bagi wanita untuk mencari kerja dengan mengambil kira tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain.

Sistem yang zalim ini serta situasi yang rosak ini menyusahkan urusan-urusan kaum wanita. Kewujudan kita dalam masyarakat yang tidak menjaga perkara-perkara yang haram dan tidak komited dengan pengaturan hubungan antara lelaki dan wanita agar bersesuaian dengan ajaran-ajaran agama kita yang suci, menyukarkan lagi kerja wanita dan menuntut kesabaran dan kecekalan yang lebih. Hal itu menyebabkan ramai pemudi lebih suka tinggal di rumah (hingga tidak berkahwin pun) daripada bekerja dan berhadapan dengan gangguan dan provokasi setiap hari. Sedangkan diketahui bahawa ramai wanita yang berkesanggupan untuk menyesuaikan kedua-dua hal tersebut meskipun hal itu menuntutnya agar mengerahkan usaha dengan lebih besar dan berkali ganda.

Di akhir kajian ini kita dapat simpulkan: bahawa asal permasalahan sekitar wanita bekerja adalah kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita disebabkan kefahaman yang rosak yang tersebar dan bercokol dalam pemikiran kita. Hal itu merupakan natijah dari tidak diterapkannya hukum-hukum Allah. Oleh itu hendaklah kita letakkan keutamaan kita untuk menghilangkan kerosakan ini dan bekerja untuk mengubahnya melalui perubahan konsep-konsep mengenai kaum wanita dalam masyarakat kita dan meminta semua orang untuk mengembalikan pemerintahan sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah supaya keadilan kembali dan ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan meliputi ahli keluarga kita. Kesengsaraan wanita tidak terletak pada isu dia bekerja di luar rumah semata, dan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Penderitaan sebenarnya terletak pada realiti rosak yang masih kekal dalam keadaan rosaknya. Penderitaan sebenarnya dan penderitaan semua manusia adalah kerana Islam tidak dijadikan roda yang kehidupan itu dapat disesuaikan dengannya.

Kepada muslimah yang bekerja:

Saat ini, keadaan saya telah menjadi stabil dan tenang serta lega hati saya kerana saya melakukan peranan sebenar saya pada hari ini, iaitu asas Allah menciptakan saya sebagai wanita. Saya tidak perlu untuk bekerja di luar rumah untuk merealisasikan kepuasan diri dan membuktikan kecerdikan saya. Pada hari ini wahai saudari-saudari saya ada di rumah, memberi pelukan hangat, tangan yang mesra terhadap suami, anak-anak, ahli keluarga dan mahram-mahram saya. Dan inilah peranan yang besar dan penting berlawanan dengan sangkaan-sangkaan yang dilemparkan oleh musuh Islam kepada kita.

Pesanan
buat saudariku yang bekerja:

Sekiranya saudari tidak terdesak untuk bekerja, dan jika saudari mempunyai rumah, suami dan anak-anak, mereka lebih memerlukan saudari dari sebarang kerja lain. Mereka lebih penting kepada saudari dari harta maka tinggallah dengan mereka, wahai kaumku untuk mengurus dan mendidik mereka. Peliharalah rumah saudari, suami dan anak-anak saudari serta sediakan buat mereka kehidupan yang tenang dan penuh kasih sayang. Rumah saudari lebih utama buatmu saudariku.

Seterusnya serahkan diri saudari untuk bekerja di jalan Allah dan menegakkan kalimah-Nya. Allah adalah yang lebih penting dan lebih manis dari sebarang kerja lain yang saudari telah lakukan. Umat memerlukan saudari. Kaum wanita lain yang dizalimi, yang ditindas dan sesat memerlukan saudari. Kewajipan kitalah kaum wanita seperti kaum lelaki untuk bekerja bersama mereka untuk melakukan perubahan supaya kita mendapat keredhaan Allah dan kemuliaan di dunia dan syurga yang kekal di akhirat.wallahua'lam..

16 February 2012

:: Umat Islam..Bantulah kami.. ::


wajah comel ini sarat dengan berbagai perasaan..dari matanya siapa dapat meneka..apakah yang sedang anak kecil ini rasa??apalah nasib anak kecil ini selepas ini?apakah dia mangsa seterusnya?mangsa kekejaman pemimpin bashar al-asaad???anak ini mengharapkan kebebasan dari kekejaman dan kezaliman yang sedang melanda negaranya kini...YA Allah...selamatkan anak2 ini..selamatkan saudara2 kami di bumi Syria...hancurkan pemimpin yang membunuh ramai saudara kami ya Allah...wahai penghuni dunia...tataplah wajah kecil ini...andai tidak mampu memberi nyawa dan harta utk membantu mereka...tadahlah tangan...berdoalah sungguh2 untuk mereka...

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
dan menangkan kami ke atas mereka..

12 February 2012

::FREEdom for Syria::

Cukuplah selama lebih 50 tahun mereka dizalimi dan berada di bawah cengkaman kuku besi..Islam-sunni disembelih setiap hari oleh rejim keluarga al-asaad laknatullah..benarlah,Syiah menghalalkan darah Sunni..kini,revolusi menembusi bumi syam ini..rakyat bangkit menuntut keadilan..setelah bertahun2 mereka diseksa,dibunuh,disembelih,dirogol tanpa perasaan sebagai manusia..doa sungguh2,mohon pada ALLAH SWT hancurkan dan matikan basyar al-asaad,keluarga dan pihak yang menyokongnya..berjuta2 nyawa diragut mereka tanpa belas..bangkitlah umat Islam...tunjukkan rasa MARAH dan BENCI akan perbuatan laknat al-asaad..KAMI RAKYAT MALAYSIA BERSAMA REVOLUSI SYRIA..BEBASKAN BUMI SYAM!!











02 February 2012

::Hidup adalah UJIAN membuat PILIHAN::

kadang2...kita tak perasan yang kat depan mata tu,istimewa..kita abaikan dia..tak hiraukan perasaan dia..rupanya..dia ada harapan yang tinggi dengan kita..

kadang2...kita tak perasan yang jauh perhatikan kita,kita anggap biasa saja..sebab tak tau apa2..bila dia datang meminta..kita terus terima dia..sebab anggap tak ada sapa2..itu pilihan kita..

apapun..bila dah ke depan..dah tak boleh nak undur balik,sebab yang didepan adalah harapan,yang kebelakang adalah kenangan..yakin dengan pilihan yang dihadapan..untuk menggapai impian..yang menjadi kenangan sekadar dalam ingatan..

sekali kau hadir dalam hidup sebagai kawan..selamanya kau adalah kawan..moga berkekalan tali persahabatan..teruskan perjuanganmu wahai teman..moga bertemu bunga idaman..
kesimpulan: kalau suka kat seseorang dan berkenan nak buat calon isteri..cepat2lah bagitau,jangan tunggu lama2..kalau tak anda gigit jari..melepas..perempuan susah nak faham,kena terus terang..tak payah nak bermadah panjang2...direct saja..kan senang..insyaallah,kalau perempuan tu yakin dengan anda,dia pasti akan terima...yang penting kena berani dan pantas bertindak..moga semua dapat jodoh yang baik2...insyaallah..wallahua'lam..