Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

28 May 2010

:: PAMERAN KERANDA & MUZIUM NEGARA ::

SALAMESRAIKHLASAYANG wat semua pengunjung coretan hati ini....^_^ 28/5/10 pkol 3.30ptg,...aku bersama adik2 aku,.aimi,fahimah & aisyah mengunjungi muzium negara utk meninjau pameran keranda...disamping itu membawa adik2 aku yg dah lama x kuar jalan2 (fahimah&aisyah)^_^hehe~ ayah sebagai drebar kami yg dedikasi menghantar ke muzium..pastu kitorg pepandaila masuk..dah beso2 kan....hehe~ x kan sesat punye...sesampai di hadapan tgga pameran...semua mcm teruja...click2...mcm besala kan...tangkap gambar adalah hobi aku ke tempat2 mcm tu...aisyah masih maintain..x de tanda2 cuak ataupon masalah ketakutan terlampau...hehe~

selepas membeli tiket dewasa berjumlah rm2 seorang...& kanak2 free of charge...kami pon masuk...agak ramai juga pengunjung coz cuti hari wesak kan..part pertama dah tunjuk pengebumian zaman neolitik..dorg tanam mcm tu je..letak pinggan mangkuk atas mayat..tp kat situ tunjuk tengkorak la...aisyah dah cuak...nk cpt je jln....aku ni x sempat2 nk amik gambar..last,suruh aimi handle dia..aku plak amik gambar...^_^yg fahimah kat mana2 je dia nak aku amik gambar dia..mcm best je dia rasa...^_*....byk gakla dorg tayang jenis2 keranda..ada keranda batu,keranda tikar mengkuang,keranda labu sayung besar(btol ke x ni aku sebut),....bantai jela...keranda org cina,hindu,buddha,org2 asli...macam2 lagila..hehe^_^....korg nk tau pg la tgok sendiri...

habis je...kitorg kuar pg tgok pameran asean lak...yg tu free...layan jela.......barula aisyah nk bergambar...siap suruh aku tangkap kat semua tempat yg dia nk....haha..lawak adik aku ni....rupa2nya td dia takut coz nmpak tengkorak & mayat bungkus kain kapan ...hehe...kat pameran asean dgn muzium biasa dia okla....^_^nasib baik dia x melalak..kalo x..mati aku..

puas gakla berjalan dlm muzium....sempatla amik banyak gambar...korg tgokla...aku bubuh sikit je...x terlarat nk bubuh semua...kalo bubuh smua nnt,..korg kena byr rm2 lak..hehe~ layan jela gambar kitorg kat bawah ni....~(O_o)




















27 May 2010

~~ Sungai Di bawah Laut Mexico ~~





SALAM buat pengunjung coretan hati ini...SUBHANALLAH!!..kalimah itu yg keluar dari mulutku...terpegun,terpana,teruja dgn ciptaan ALLAH SWT....Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut..

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)





~video sungai dalam laut~

''Dan DIAlah yg memebiarkan dua laut mengalir(berdampingan),..yg ini tawar lagi segar,dan yg lainnya masin lagi pahit,.dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.. Lelaki tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di serata dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia...tentu semua tau kan..rancangan TV 'DISCOVERY'??

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut Mexico, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya..bersama dgnnya Anatoly Beloshchin seorang penyelam juga mengambil gambar2 dan merakam suasana didalamnya..

Sampai pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu...Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez ..

Yang bermaksud: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas..
Selain itu,. dalam beberapa kitab tafsir,..ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai,. di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud:
“Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”

Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara..Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.. Maha Benar Allah yang Maha Agung..Jika kita seorang penyelam, maka kita harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico... Disana ada sebuah gua., Jika kita menyelam sampai kedalaman 30 meter,. airnya air segar (tawar),. namun jika kita menyelam sampai ke dalam lebih dari 60 meter,. airnya menjadi air masin, lalu kita akan dapat lihat sebuah “sungai” di dasarnya,. lengkap dengan pohon dan dedaunan..

Wallahua'lam...

26 May 2010

~~SEGI TIGA BERMUDA~~


SALAM buat pengunjung coretan hati ini..kali ni,ingin skali aku berkongsi tentang 1 misteri yg tiada jawapannya...hanya ALLAH saja mengetahui..rahsia segi tiga bermuda ini..bg kita ia mempunyai misteri yg sgt besar..masa aku form 2,aku pernah membelek sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal.. Jika benar dakwaan buku itu, tak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman... Sekaligus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan...

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi... Piramid berbentuk tiga segi,..maka ia kukuh hingga kini...Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yg berbentuk empat segi...Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri...

Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan.,. Kalian tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle.. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari FortLauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya... Apa yg ada di Bermuda Triangle?..itu persoalannya..

Dikatakan apabila kalian berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara... Anda dikira ‘hilang’... Satu lagi tempat dikenali sebagai “Devil’s Sea” oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun,..juga dikatakan memiliki keanehan yg serupa...

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki,..sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan baik.. Radar di menara kawalan masih menunjukkan di mana mereka berada.. Semuanya kelihatan normal.. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja..,seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu...Tidak ada tanda-tandamenunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran...Ia tiba-tiba ghaib!

Apa yang sebenarnya telah berlaku?
Teringat aku pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,..yg bermaksud, “Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedangbersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagiandari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempatsejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”

Dikatakan,.larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan...Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle??Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika.. Secara mudah,. lokasi iniadalah kawasan pertembungan dua arus,..panas dari Afrika dan sejuk dariAmerika Utara..
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle...Perkara-perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembunganantara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin tersembunyi disitu...

Akan tetapi, dugaan seperti itu termasuk juga dugaan bahwa di bawah wilayah ‘keramat’ itu mengandungi logam yg boleh menciptakan gangguan magnet sekali lagi tak pernah menjawab pertanyaan yang sudah agak rumit...Diantara yang paling misteri,..mengapa dari hampir semua wahana yang berhasil ditemukan, tak pernah menjumpai korban (manusia)..Mereka seolah hilang tanpa jejak..Pecinta kisah misteri mungkin masih ingat dengan kisah hilangnya lima pembom TBM Avenger AL AS yg hilang di sana pada Disember 1945 tak berapa lama setelah berlepas dr landasan pangkalannya di Fort Launderdale, Florida.. Pesawat-pesawat ini pada awal tahun 90-an akhirnya di temukan tersungkur di lepas pantai,. tak jauh dari pangkalannya.. Namun yg peliknya tak satu pun rangka dan sisanya ditemui..

Jadi,..apa misteri sebenar yg ada pada segi tiga bermuda ini??hanya ALLAH SWT saja yg mengetahuinya..wallahua'lam~~

25 May 2010

~~TERUJA~~

:: kat tapak bazaar ::



::jalan dari putra lrt masjed jamek::

::depan kedai kain::



SALAM mesra wat pengunjung semua...kali ni,..aku nak berkongsi sesuatu yg membuat aku teruja..apakah itu??dapat cabutan bertuahkah??dapat pinangankah??oh.....semua tu salah...^_^

Al-kisah:: [part 1]:jumaat yg lepas..aku dan adikku Aimi,..kuar dari mahligai kami perumahan tentera DESA WANGSA KERAMAT,..perjalanan utk pegi menunggu bas di hadapan MINDEF mengambil masa 10-15 minit..tu kalo naik bas..kalo nak naik putra LRT lak,..mengambil masa dalam 20-25 minit dr rumah..hurm..exercise....(O_o)v...menaiki bas menuju ke maju junction...pegi amek I.C baru aimi..seusai itu,..kami berjalan melalui kamdar,..dan jalan2 kecil juga lorong sehingga sampai ke masjid India...masjid India la salah 1 port aku dgn kengkwn & adik2 jln2 time kitorg keluar...aku tengok,..ramai org lelaki berpusu2 menuju ke masjid India smbil tgn menggenggam sejadah..dlm hatiku brfikir..nape ek??ada ape??owhh...hari jumaat...solat jumaatla...teruja aku,,..sambil tersenyum...melihat pakcik2,tua muda..menghampar sejadah di hadapan leretan kedai2..x kirala kedai emas ke,kedai kain ke,kedai bunga ke..janji arah kiblat betol...huhu^_^..bermula dr hadapan MYDIN,sampai la hujung bazaar...penuh muslimin duduk tawadhuk mendengar khutbah...gerai2 trpksala ditutup..memberi laluan pd jemaah...aku & aimi meneruskn perjalanan..melalui kedai2 kami rentasi...agak kelakar,..bila telinga ini menangkap suara khatib berkhutbah dlm bahasa tamil..ku lihat,yg melayu termangu,..tawadhuk je mendgr walaupon x paham..^_^..mejoriti yg solat adalah org berbangsa melayu...hurm..cemana ek...masjid di KL terlampau sikit..menyebabkan org berpusu2 ke masjid India..org dah habis solat pon,..masih ada yg baru berjalan menuju masjid....cemana tu??...

[part 2] : x pela..tu citer org yg pegi solat....masukla 1 kedai ni....semua pengunjung perempuan..tetapi,tauke kedai???LELAKI...sibuk mengira duit di kaunter...sedangkan org lain solat...dia sibuk dgn hartanya...ya salam...tu x tgok kat kedai mkn,..gerai2....tgok saja la....x pela,..aku pon window2 jela kan..sementara dorg hbs solat...hbs je bca doa..........dorg trus psg lagu rncak....adeh!!alhmdulillah la dorg masih hormat waktu solat tu berlangsung...kalo x hormat jugak...aku x tau la nk kata apa dah.... :'( kiamat sudah dekat!!!

[part 3] : alhamdulillah...ramai jugak yg solat jumaat,..walaupon mgkn itu solat nya yg utama dlm smggu...mgkn dia solat jumaat je..mgkn juga penuh setiap masa...pepatah ada berpesan...'MARUAH SEORANG LELAKI ITU ADALAH SOLATNYA'..maka itu,..lelaki harus mnjadikan solat maruah dirinya....tinggal solat,tercalar maruahnya...apa yg aku harap,...sahabat2 aku...sedara mara ku..adalah lelaki yg mnjadikan solat maruah dirinya....sekadar renungan buat diriku juga sedara seagamaku ISLAM...akhirnya..selepas penat meninjau2..kami pon menuju ke putra lrt,mengambil tiket terus ke datok keramat..sampai ke mahligai kami..tepat jam 3 ptg...alhamdulillah........itu shaja crite nye..teruja sebab x penah tgok org solat ramai2 sampai luar kawasan...dok depan kedai lak...hehe...dan dapat dengar khutbah dalam bahasa tamil walaupon aku x paham sepatah pon.....^_^...
sekian......

18 May 2010

...pandai akak...^_^...

salam buat pengunjung coretan hati ini..lama x menulis..bukan apa,agak kemalasan ckit..^_^
hurm...pejam celik,umo kite ni dah pon 22 thn..tanda apa tu..^_^ pikir2lah kan..time cuti ni,paling best dapat rasa masakan mak..apapon mak masak..pasti ku mkn sedaya yg boleh..^_^..tapi,lain plak mak,..kalo kite yg balik,mestila dia senang hati kan..coz dia bleh cuti masak..blehla dia nak wat keje dia..mak suka menjahit,menyulam,dan seumpama dgnnya..baru2 ni..mak pegi seminar jahit manik..wah....apalagi,ada je masa terluang..dia jahit hbis baju dia dgn manik2..^_^
so,..mak bg arahan...''anis,mak nak cuti masak..hg masak naa....''.....adoii...kena masak..x leh dah makan masakan mak...huhu~~ kite ni,.masak bleh la ckit2..masak la....mak rasa masakan kite,.dia puashati..cuma dia bgtau la apa yg patut utk sedapkan lagi masakan..bila dah ok,puashati...apalagi....esoknya,..kite lg kena masak..adik2 pon kata...''pandai akak masak..'' mcm nak perli,..tp mungkin puji kot..hehehe~~termakan puji la plak..kadang,pening pikir nak masak apa hari ni..cincai jela..janji sedap..
kite suka makan gulai,.tapi sebelum ni,x penah langsung buat gulai..harap gulai mak je..tetiba..mak suruh buat gulai...hurm....cincai jela...buat la gulai..kite paling x suka,kite masak org makan n komen mcm2..x sedapla,masinla...hehe~~ pastu majokla x nak masak..sbb tu malas masak..tp,..AKHIRnya....agak berjaya la kite wat gulai....ayah makan siap tambah lagi..maknanya,..puashati....mak senyum lagi~~ senyum ada makna...mungkin seterusnya....kite la kena masak lagi...nmpaknye....x leh dah makan masakan mak..kite ni konon2nya,sebelum kawen ni,nak la makan masakan mak puas2....tapi.....x sgka jadi macam ni...
mak,...kali ni je bg anis peluang makan masakan mak..bila lagi...hehe^_^..mak masak la tiap2 hari..time emergency anis lak masak..huhu~~ tapi,x pela..ok gak kena masak...sekurang2nya dapat buat resepi baru..yg sebelum ni x penah buat...(^_~)v perempuan...kena pandai masak...kalo x pandai masak,habislah~~ mak kata macam tuu...sekian~~~~

05 May 2010

~ IBU ~

Ibu!

Kelunak lembutanmu yang bersih

Merupakan rahmat bagi kami.

Kamu,

Merupakan kekuatan

Dan benteng agama.

Wahai,

Orang yang menghentikan

Penyusuan,

Anak dalam kalangan kami

Berdasarkan tauhid,

Kasih sayangmu memberi nilai

Kemampuan kami, memberi warna

Amal dan fikiran kami.

Wahai, pemangku amanah

Berdasarkan syair nyata,

Di dalam nafasmu

Terletak kehidupan agama

Berhati-hatilah melalui zaman,

Bimbing eratlah anak-anakmu.

~ MASIH LAGI IBU ~

Pada kala aku mengenang ibu

masih terasa eratnya pelukanmu

panas air mata membasahi pipi

tempatmu masih terpahat di hati

pasir berpindah pantai masih di situ

waktu berubah kasihku masih padamu.

Kesudahan hidup kematian yang pasti

pemergian yang kutangisi hingga kini

kasih sayangmu menggegar jiwa

ada tugas belum selesai

ada hajat belum tertunai

ada budi belum dibalas

bagai hutang yang belum dilunasi

terlalu banyak yang kuterima

terlalu sedikit yang sempat kuberi

kesalku kemewahan ini tak dapat dibagi.

Nostalgia bersamamu kubiarkan segar

suka duka ingin kulalui bersama

kau cemas membalut lukaku di lutut

terseliuh kaki kau yang mengurut

rajukku sekejap pandai kau memujuk

kasihmu menemaniku pada saatku dicabar

memilih antara antah dan beras

antara berlian dan kaca

zamrud mutiara di telapak tangan

masih ibu permata hatiku..

~ CiNtA ~

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

04 May 2010

~ BAYANG-BAYANG NABI ~

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin ?
"Membela yang lemah dan membantu yang miskin" jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama ?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
YAng membela orang - arang lemah" jawabnya

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
"Bersabarlah, dan tetplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta"

Ya RAsulullah... Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tama'
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka !
Apa yang harus aku lakukan, Ya... RAsulullah !
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin ?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya ?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Karena Allah menganjurkan, "Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Karena hadits mengatakan, "Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi ?"

01 May 2010

~ PATUNG BERHALA TERTINGGI DI DUNIA ~

SALAM buat pengunjung coretan hati ini..kali ini sy ingin berkongsi apa yang sy terbaca disuatu ruangan..agak terkejut..tapi terlintas di hti,..memang benda macam ni akan berlaku di akhir zaman..akhir zaman manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit,.bahkan mengejutkan..ia adalah patung berhala tertinggi dunia yg sedang cuba dibina di DUBAI, sebuah negara ISLAM..mungkin ada orang berkata..MALAYSIA pun negara ISLAM, tetapi ada juga membina berhala emas terbesar di GUA BATU CAVES..mehla kita tengok gambar atau lakaran patung berhala tertinggi dunia..






selepas ini..apa pula mereka cuba bina??fikir2kan..