Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

30 July 2009

MARWA AL-SHARBINI...syahid mempertahankan hijabnya..

Marwa dan anaknya..
Marwa Al-Sharbini, seorang muslimah yang mati syahid mempertahankan auratnya di German. Terharu betul bila aku baca kisah Marwa. Tambah terharu bila perbandingan dibuat dengan sambutan kematian Michael Jackson. Aku pun hampir tenggelam dgn kisah kematian MJ dan tak sedar akan kematian Marwa seorang syuhada'..


Aku sedih, bkn sbb kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tp aku sedih, sbb pada waktu yang sama, berlangsung pengebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah krn mempertahankan hijabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yg m'punyai sorg anak yang sedang mengandung tiga bulan, mninggal akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.
Ribuan orang di Mesir yang mengiringi jenazah Marwa ke pengebumiannya , mmg tak byk orang yang menangisi pemergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan penyanyi hbt sprti MJ. Tapi pemergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya sehingga dia kehilangan nyawa.

Marwa ditikam di mahkamah Dresden, Jerman. Alex W menikam Marwa berkali2 shingga dia syahid akhirnya.Suami Marwa cuba melindungi Marwa..ttpi terkena tembakan dan kini berada di hospital..


marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat Marwa Al-Sharbini dan jadikan kisahnya sbgi 1 contoh..betapa kuatnya iman seorg muslimah mempertahankan maruah agamanya..jua agama kita semua..Marwa...kau srikandi mirip srikandi islam dahulu mashitah & sumaiyah..moga kau di tmpatkan bersama2 para syuhada'..amin...

20 July 2009

bi0data RASULULLAH S.A.W...

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
-Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra' 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.

Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah] Pengalaman bekerja Rasulullah:

Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.

Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.

Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.

Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.

Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (siddiq) - Boleh dipercayai (amanah) - Penyampai ajaran Islam (tabliq) - Bijaksana (fatanah) kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: -
Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. - Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: • Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:

- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Berusia 40 tahun. Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian. Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."
Cadangan Haram Sister In Islam & Kebebasan Bersuara

oleh : Ustaz Zaharuddin

SOALAN :

Saya ingin bertanya al-fadhil Ustaz berkenaan isu cadangan pengharaman pertubuhan Sisters In Islam/SIS kerana pandangannya yang menyelweng dari landasan Islam. Adakah terdapat sebarang justifikasi tindakan seperti ini di zaman Nabi s.a.w dan jika tiada adakah ia bertepatan dengan Islam atau bercanggah kerana dianggap sebagai menutup pintu diskusi dan debat serta kebebasan bersuara. Harap ustaz dapat mengulas.
JAWAPAN :
Hangat juga diperkatakan berkenaan isu Sisters In Islam (SIS). Saya tidak pernah melakukan kajian peribadi berkaitan pertubuhan ini, namun kerap juga membaca beberapa tulisan mereka khususnya yang tersiar di dada akhbar. Adakalanya saya juga menyemak kesahihan nisbah sesuatu berita yang tersiar di akhbar kepada web SIS sendiri.
Secara peribadi banyak sekali saya tidak bersetuju dengan pandangan SIS ini, namun demikian tidak saya nafikan sebahagian pandangan mereka masih dalam lingkungan khilaf muktabar di kalangan ulama Islam, cuma mereka mengambil pandangan yang lebih mereka rasakan relevan buat pergerakan mereka.
Manakala dalam keadaan yang lain, ada pandangan yang diutarakan oleh mereka yang dari bidang khilaf TIDAK muktabar seperti wanita menjadi imam solat jumaat, rambut bukan aurat dan sebagainya. Atau dalam kata lainnya, khilaf tidak muktabar ini adalah pandangan yang dikira menyeleweng dari tafsiran sebenar Islam berdasarkan sumber-sumber dan kaedah pengeluaran hukum yang sahih.
Erti sumber dan kaedah pengeluaran hukum yang sahih pula adalah kembali kepada al-Quran, As-Sunnah dan terpecah darinya Ijma dan qiyas serta sumber-sumber lain. Ia juga mestilah dilihat dan ditafsir menurut kaedah yang tepat melalui kaedah bahasa arab terlebih dahulu dan seterusnya melalui disemak menggunakan ilmu Usul al-Fiqh dari bidang Dalalah al-alfaz, Nasikh dan Mansukh, Mutlaq dan Muqayyad, Majazi dan Hakiki, Muhkam dan Mutasyabih. Kemudian melalui proses ta'arud wa tarjih, selain itu dilihat juga tahap kekuatan hadis dari sudut sanad dan matannya.
Telah banyak tulisan yang mendedahkan perincian di atas, dalam pelbagai jenis blog dan saya tidak berhasrat untuk mengulas hal tersebut.
BOLEHKAH MENGHARAM SESEBUAH TULISAN DAN KUMPULAN
Apa yang ingin saya ulaskan secara ringkas dan padat di sini adalah soalan sama ada boleh atau tidak, sesebuah pemerintah atau badan berwajib Islam ‘mengharam' sesuatu kumpulan, individu, tulisan, filem dan lain-lainnya. Tulisan ini juga tidak hanya memfokuskan kepada isu pertubuhan Sisters In Islam, malah jangkauannya lebih meluas kepada yang lain termasuk individu, pertubuhan NGO, politik dan lain-lain. Sebelum ini telah banyak kita baca berkenaan beberapa buah buku yang diharamkan oleh pihak JAKIM, kerajaan dan pihak berwajib. Adakah semua ini mempunyai asas di dalam Islam?
Dalam mencari pendekatan yang terbaik dalam menangani sesebuah buku, individu atau kumpulan yang menyelewengkan fatwa Islam. Beberapa dalil boleh dijadikan panduan.Secara ringkasnya, terdapat empat tindakan yang boleh dan dibenarkan, demikian pandangan saya. Berikut adalah tindakannya menurut aturan tertib beserta dalil ringkasnya :-
PERTAMA : NASIHAT DAN DEBAT YANG TERBAIK
Nasihat dan berhujjah serta berdebat adalah pendekatan terbaik yang perlu diambil sebelum sebarang pendekatan lain digunakan.
Ia jelas dari firman Allah swt :-
Ertinya : 'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' ( An-Nahl : 125 )
Kaedah lembut, bertenang dan berbincang adalah yang terbaik dalam menyelesaikan sesebuah masalah dalam negara, masyarakat malah juga keluarga.
Lihat sahaja bagaimana tindakan dan keputusan Rasulullah s.a.w ketika berhadapan dengan puak Munafiq tulen. Benar, di zaman Nabi, wujud sahabat yang dikurniakan kelebihan untuk mengenalpasti individu Munafiq dengan tepat, malah Rasul juga mengetahuinya, namun golongan ini tidak terus diharamkan dan disisih.
Ibn Qayyim pernah memberikan kesimpulan cara Nabi s.a.w dalam berhadapan dengan golongan munafiqin sebagai berikut
Ertinya : Nabi mengarahkan umat Islam untuk menerima mereka berdasarkan zahir mereka, dan menyerahkan urusan niat dan hati kepada Allah swt.
Berusaha mendekatkan mereka dengan ilmu dan hujjah, Nabi juga mengarahkan sahabat untuk menjauh mereka dan bertegas, menyampaikan kata-kata yang tepat dan hikmah kepada mereka, dilarang pula solat ke atas jenazah mereka dan menzaiarahi kuburan mereka dan memaklumkan bahawa sekiranya yang hidup beristifaghar untuk munafiq yang mati, nescaya sama sekali Allah tidak akan mengampunkan mereka. (Rujuk Zad al-Ma'ad)
Namun ingat, ringkasan yang diberikan oleh Ibn Qayyim. Kita disuruh untuk berlaku baik terlebih dahulu, mendekati dan berdakwah dengan mereka melalui hujjah dan debat. Namun demikian, Nabi tidak akan menyembahyangkan jenazah si munafiq sebagaimana arahan Allah swt di dalam surah at-Taubat ayat ke-84.
KEDUA : LARANGAN MEMBACA ATAU MENYEBARKAN TULISAN
Jika setelah langkah pertama diambil, lalu ternyata mereka yang terbabit masih berdegil dengan menyebarkan ideologi salah mereka. Kaedah yang kedua adalah dengan melarang orang ramai dari membaca atau menyampaikan sesebuah ilmu atau tulisan. Namun larangan ini dikeluarkan atas sifat nasihat dan saranan. Tiada sebarang peruntukan hukuman diambil pada tahap ini. Dengan demikian, pihak berwajib adalah dibenarkan melarang umat Islam dan orang ramai untuk membaca tulisan individu atau kumpulan tertentu atau dilarang juga menyebarkannya.
Sebabnya :-
* Kandungannya bercanggah secara pasti dengan tafsiran yang benar.
* Kandungannya akan mengelirukan orang ramai dari ilmu Islam yang benar.
Untuk itu, menurut pendapat saya, pihak berwajib boleh mengeluarkan NOTIS LARANGAN untuk membaca buku tertentu, menyertai kumpulan tertentu dan sebagainya. Di peringkat ini, notis amaran larangan dari pihak berwajib kepada individu muslim awam sama ada dalam bentuk fatwa atau surat pekeliling.
Perlu difahami juga, sebarang buku atau kumpulan yang ingin dikeluarkan notis larangan baca dan sebar MESTILAH benar-benar menyeleweng TANPA KHILAF MUKTABAR dan bukannya hanya pendapat berbeza dalam masalah ijtihadiah atau disebabkan buku tersebut mengandungi pendapat-pendapat mazhab lain dari Syafie. Ia tidak wajar sama sekali.
KETIGA : DIKENAKAN HUKUMAN DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Apabila semua proses di atas sudah diambil oleh pihak berwajib, namun pihak individu atau kumpulan masih berdegil dengan menyampaikan segala ilmu salahnya.Sudah sampai masanya untuk pihak berwajib mengambil tindakan lebih keras iaitu menarik lesen pertubuhan jika ia sebuah pertubuhan, mengharamkan kemasukan dan edaran sesebuah buku atau majalah jika terdiri daripada bahan penulisan. Ataupun dijatuhkan hukuman individu yang terbabit dengan hukuman yang sesuai dengan besar mudarat yang diciptakan (bukan dengan ISA).

KEBEBASAN BERSUARA & PENDAPAT
Perbincangan hak kebebasan bersuara atau freedom of expression menurut Islam adalah amat panjang dan telah banyak buku dan artikel ilmiah yang ditulis dalam topik itu.
Apa yang ingin saya jelaskan, adalah amat tidak benar lagi bohong jika dikatakan ada sebuah ideoleogi yang membenarkan kebebasan bersuara tanpa had dan batasan.
Semua kebebasan ada batasannya, hatta dalam sebuah negara yang dikatakan bebas berlandaskan undang-undang demokrasi seperti Amerika pun mempunyai batasan kebebasan suaranya.
Demikian di Britain dan lain-lain negara Eropah, walaupun mereka sering digelar negara yang paling bebas untuk bersuara, namun batasan tetap wujud. Bukan di Eropah sahaja malah di seluruh dunia dengan apa jua ideologi seperti Komunis, Sosialis, Free Thinker dan lainnya. Mereka tetap mempunyai undang-undang yang menghadkan sesebuah kebebasan suara. Maka itulah juga kebebasan bersuara di dalam Islam. Islam menghadkan kebebasan bersuara dalam banyak hal, secara ringkasnya tiada kebebasan dalam hal berikut :-
Mencela Allah swt dan tuhan-tuhan ciptaan manusia. Kerana mencela tuhan-tuhan hatta ciptaan manusia membuka mudarat besar untuk pergaduhan maut selain membuka ruang celaan balas terhadap Allah swt. Larangan ini disebutkan dengan jelas oleh Allah di dalam surah al-An'Am : 108.
Ertinya : "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan"
# Mencela rasul dan lain-lain Nabi, sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan dan percakapan.
# Menulis dan bercakap sesuatu yang menyelewengkan erti dan tafsiran sebenar ayat Al-Quran dan al-Hadis sama ada secara jahil atau sengaja.
Ini yang banyak di dakwa dilakukan oleh kumpulan SIS dan juga pencipta filem pendek Fitna atau juga Prof. Ahmad Amin di Mesir, Astora Jabat dan ramai lagi. Rujuk di sini untuk sedikit tambahan nama-nama yang terlibat . Kerana itu Nabi s.a.w memberi amaran bagi sesiapa yang ingin berkata :-
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)
Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum.[2] Kita sudah melihat tadi bagaimana penyelewengan tafsiran hukuman zakat sahaja boleh menyebabkan puak arab diperangi oleh Khalifah Abu Bakar r.a.
# Menulis sesuatu berkaitan Islam tanpa didasari sumber yang sohih dan benar, sehingga mencalar ajaran Islam dan Nabi.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Farish A Noor ketika berkenaan menulis berkenaan isteri Nabi, tulisan yang menghina Nabi akibat kejahilannya dengan sumber sirah yang sohih.
# Menuduh zina atau liwat orang lain tanpa saksi yang mencukupi.
# Sewenangnya mengumpat dan mencaci orang lain. Nabi berkata :
Ertinya : Mencerca dan mencela seorang muslim adalah fasiq, dan membunuhnya boleh jatuh kafir (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dan banyak lagi yang tidak bebas jika ingin saya senaraikan semuanya. Sama ada dari sudut Islam atau juga undang-undang kenegaraan. Hasil dari itu, untuk mana-mana pihak menghentam cadangan pengharaman hanya berbekalkan hujjah kebebasan bersuara. Itu bukanlah hujjah yang bijak dan ia tertolak. Kalau benar, kumpulan itu menyeleweng tafsiran al-Quran dan Hadis serta hukum, amat wajarlah untuk disekat kebebasan buat mereka, akibat salahguna yang memudaratkan Islam.

KESIMPULAN
Jelas bahawa pihak berwajib mestilah mengambil langkah matang dan lembut dengan membuka ruang diskusi dan debat ilmiah yang tidak emosi sebelum terus kepada sebarang tindakan lebih aggresif kepada mana-mana kumpulan dan individu.
Amat dukacita jika tindakan pengharaman dilakukan SEBELUM LANGKAH PERTAMA DAN KEDUA dilaksanakan, sedangkan ditutup ruang perbincangan dan penjelasan. Maka oleh itu, dalam kes Sisters In Islam, secara peribadi saya lebih cenderung untuk dilakukan proses bincang dan bahas secara ilmiah, ia adalah pendekatan yang terlebih utama. Jika gagal barulah diteruskan dengan langkah-langkah yang lain, khususnya pengharaman dan tindakan.
Secara tidak langsung ia akan memberi ruang kepada para ilmuan Islam di Malaysia untuk kembali mengasah ilmu mereka yang kebanyakkannya sudah tumpul dek kerana asyik menutup pintu perbincangan dengan pihak yang berbeza dengan mereka.Sedangkan, pintu ilmu terbuka luas di era tanpa sempadan ini.
Secara peribadi, saya juga bersetuju kiranya tidak diharamkan sekalipun pertubuhan itu, disebabakan menyedari ada usaha baik yang dilaksanakannya khususnya untuk para wanita dari sudut undang-undang keluarga. Adalah amat elok untuk ditanggalkan nama ‘Islam' dari pertubuhan tersebut. Biarlah ia menjadi sebuah pertubuhan wanita semata-mata. Bagi pertubuhan yang ingin mengguna nama Islam di dalam Negara, letakkan syarat seperti nama Bank ‘Islam' yang mana tidak dibenarkan mana-mana institusi kewangan untuk menamakan diri mereka dengan ‘Islam' atau menawarkan produk Islam kecuali telah menepati syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia seperti memiliki penasihat Shariah dan lain-lain syarat.

*Artikel ini telah diolah mengikut kesesuaian,sila lawat laman web rasmi UZAR untuk artikel penuh di http://www.zaharuddin.net/content/view/841/72/
sahabat kuliah ku...shakirah...

teman yg membuat hati ku ketawa.... =)

bersama adik & sepupu....

teman di teratak rta dahulu....

% teman gelak ketawa %


10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN *

merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG *

lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN *

dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN *

terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN *

dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN *

juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN *

Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN *

Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN *

Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN *

di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe). Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

Ancaman Plastik....

Pada zaman sekarang, antara bahan yang paling banyak dan selalu digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka adalah barang yang diperbuat daripada plastik. Lihat sendiri perkakas di dalam rumah, bermula daripada dapur, bilik air hinggalah ke kawasan ruang tamu dan halaman di luar rumah, hampir kebanyakannya dihasilkan daripada plastik kerana ia adalah bahan yang murah lagi mudah digunakan. Namun, di sebalik dua keistimewaan plastik itu, tersembunyi ancaman yang kita tidak ketahui. Contoh yang paling mudah, iaitu botol air mineral.

Selain daripada ringan, senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan dengan berulang kali, ianya juga akan menjimatkan wang para pengguna apatah lagi di kala kemelesetan ekonomi sekarang, jalan mudah untuk penjimatan adalah menggunakan botol ini berulang kali. Meskipun amalan mengelakkan pembaziran adalah perkara yang dituntut oleh Islam, tetapi adakah kita mengetahui akan kesan buruk seandainya kita suka menggunakan botol air mineral ini secara kerap untuk suatu tempoh masa yang lama? Hal ini adalah kerana botol air mineral diperbuat daripada Polyethylene Terephtalate atau lebih sinonim dengan singkatan PET. Bahan ini mempunyai beberapa kekurangan yang boleh memudharatkan kesihatan pengguna apabila digunakan dengan berulang kali, terutama sekali jika terdedah kepada suhu panas. Menurut sejarah, ia digunakan dalam industri pembuatan botol minuman secara meluas selepas dipatenkan pada tahun 1973.

Beberapa tahun kemudian, timbul isu bahawa bahan kandungan PET berupaya untuk larut resap ke dalam air mineral dan seterusnya mencemarkan air mineral itu sendiri. Semua bahan plastik di pasaran sekarang secara asasnya adalah berdasarkan petroleum. Dalam proses pembuatan botol air mineral misalnya, peringkat pertama melibatkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas dengan menggunakan pemangkin seperti antimoni. Selanjutnya, peringkat kedua pula membabitkan bahan kimia seperti Dimetil Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan penggunaan pemangkin tertentu. Kemudian, bahan campuran kimia lain seperti Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote (DEHA) juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka bentuk yang dikehendaki.

Antimoni yang digunakan sebenarnya boleh menyebabkan penyakit barah dan sepatutnya tidak digunakan dalam proses membuat botol. Begitu juga dengan penggunaan DEHA yang dikatakan boleh larut resap dalam air, tetapi sehingga kini tiada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu. Selain itu, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air mineral secara kerap kali yang membhaayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan juga kesan penuaan. PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak akan cair tetapi menjadi lembut. Walaubagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah proses larut resap yang mungkin boleh berlaku. Namun, kenyataan ini juga tiada sokongan dengan bukti saintifik yang kukuh.

Sehubungan itu, kalau kita ingin menggunakan bekas botol air dengan berulang kali, elakkan daripada menggunakan botol plastik PET, sebaliknya gunakan botol plastik yang dihasilkan daripada polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga 130 atau 140 celsius. Dari segi kesan penuaan pula, botol plastik terdedah kepada perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti kemek dan pecah, di mana proses larut resap juga mungkin boleh berlaku dan hal ini memungkinkan terjadinya pembiakan bakteria. Pencemaran terhadap alam sekitar turut berlaku akibat daripada penggunaan plastik selain daripada menjejaskan kesihatan. Contohnya, satu kajian telah mendapati bahawa lebih kurang 100 bilion tan beg plastik telah mencemari lautan seluruh dunia dan meragut nyawa hidupan laut seperti penyu, burung-burung dan ikan paus.


Dianggarkan juga sejuta burung cedera dan mati setiap tahun kerana termakan dan terjerat beg plastik serta banyak penyu mati akibat termakan beg plastik yang terapung hanyut di permukaan laut yang menyerupai makanan asasi penyu, iaitu ubur-ubur. Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam masa yang singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai lebih kurang 10 abad untuk hancur atau terurai. Selain itu, plastik-plastik yang dibuang juga boleh menyekat pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran apabila hujan lebat. Disebabkan oleh faktor tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah. Lebih merisaukan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Sekiranya hal ini berlaku, pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah tidak mustahil akan terjadi.
Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terjejas. Berikutan keburukan plastik terhadap kesihatan manusia dan persekitaran, beberapa negara telah mengambil langkah untuk mengelakkan pembungkusan dengan plastik secara berleluasa. Terdapat sebilangan negara telah menghentikannya melalui undang-undang penggunaan beg plastik di kedai dan pasar raya. Sebahagian negara lagi telah mengenakan bayaran ke atas sisa beg plastik. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika tema bagi sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun lepas ialah ‘Kick The Habit- Reduce The Use of Plastic Bags, Towards A Low Carbon Economy’ (Ubah Sikap! Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Bagi Menjana Ekonomi Yang Berkarbon Rendah). Tujuan kempen ini diadakan adalah mengajak kita untuk mengubah sikap terhadap penggunaan plastik.Di samping itu, sebagai pengguna, kita juga perlu mengetahui kebaikan-kebaikan dari segi alam sekitar daripada pengurangan penggunaan bahan-bahan daripada plastik khususnya beg plastik.
Antaranya:
1. Jumlah sisa buangan yang perlu dilupuskan akan berkurangan lantas mengurangkan penggunaan kawasan tanah bagi tujuan pelupusan seterusnya menipiskan risiko berlakunya pencemaran.
2. Penggunaan semula (kitar semula) pembungkus atau beg plastik akan menjimatkan penggunaan sumber tambahan bagi penghasilan beg plastik baru.
Kajian oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat yang dijalankan bersama Konsultan ICF, Konsultan Owen-Illinous dan Univesiti Florida pada September 2006 menunjukkan kitar semula satu tan plastik akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 51 hingga 56 juta Btu (satu Btu bersamaan dengan tenaga yang boleh dihasilkan oleh 8 gelen gasolin).
Oleh yang demikan, wajarlah bagi kita selaku pengguna menyambut baik dan menyokong penuh kempen mengurangkan penggunaan plastik dan beg plastik. Sebagai alternatifnya, menggunakan bahan lain selain daripada bahan tersebut adalah sangat-sangat digalakkan terutamanya dalam menyelamatkan alam ini daripada tercemar dan mengekalkan kesihatan kita sepanjang masa.
Justeru, hayatilah pesanan junjungan besar nabi kita, Muhammad saw dalam hadith baginda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara..mudamu sebelum tuamu, kayamu sebelum miskinmu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sempitmu dan hidupmu sebelum matimu”.
Ingatlah bahawa bumi ini dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah antara amanah yang perlu dijaga dan dipelihara oleh kita dengan sebaik-baiknya selama mana kita hidup di dalam alam yang bersifat sementara dan fana’ ini. Amatlah pedih azab yang bakal kita terima di akhirat kelak seandainya kita gagal dalam memikul tanggungjawab berkenaan.

# pEriBadi mUsLim #

Sebagai satu sistem hidup yang sempurna, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah SWT serta ibadat kepada Pencipta. Islam amat menekankan pembangunan modal insan berasaskan ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ia kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dan khalifah diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.

Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada kebesaran Allah SWT dan ketakwaan kepada-Nya.

Dalam membahaskan ciri seorang Muslim, Imam Syeikh Hassan Al-Banna menggariskan 10 ciri yang jitu dan mantap untuk memenuhi apa yang dikatakan ‘keperibadian Muslim yang unggul’. Semua ciri ini saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Ciri itu adalah:

1- Akidah yang bersih.

Ciri ini amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan ada akidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam yang betul. Ia juga adalah suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat di mana solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.

2- Ibadat yang betul.

Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi yang mulia. Ia menunjukkan sesuatu ibadat itu mesti bersumberkan sumber yang betul, terdiri daripada al-Quran dan al-Sunnah serta sumber lain diterima ulama.

3- Akhlak yang mulia.

Perilaku ini harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk, malah hubungan antara makhluk dan Penciptanya.

4- Kekuatan jasmani.

Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama yang optimum amat diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah SWT. Ia amat jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani adalah pencegahan kepada pelbagai penyakit.

5- Cerdas berfikir.

Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh itu, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui orang lain.

6- Berjuang melawan hawa nafsu.

Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlulah suatu semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.

7- Pandai menjaga waktu.

Ia faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan kita perlu dirancang mengikut waktu sesuai.

8- Teratur dalam urusan.

Ciri ini memerlukan profesionalisme dalam sesuatu urusan. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban dalam melakukan sesuatu urusan akan menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.

9- Memiliki kemampuan.

Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkan hanya boleh dilakukan sekiranya kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya.

10- Bermanfaat kepada orang lain.

Ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada kebajikan orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika pun beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Justeru, sekiranya formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri digariskan Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah amat positif apabila insan yang dibangunkan itu bukan saja berguna kepada masyarakat, malah menjaga hubungan baik mereka dengan Pencipta.

Dengan cara ini akan lahir manusia yang mengejar kejayaan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat nanti.