Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

20 July 2009

# pEriBadi mUsLim #

Sebagai satu sistem hidup yang sempurna, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah SWT serta ibadat kepada Pencipta. Islam amat menekankan pembangunan modal insan berasaskan ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ia kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dan khalifah diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.

Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada kebesaran Allah SWT dan ketakwaan kepada-Nya.

Dalam membahaskan ciri seorang Muslim, Imam Syeikh Hassan Al-Banna menggariskan 10 ciri yang jitu dan mantap untuk memenuhi apa yang dikatakan ‘keperibadian Muslim yang unggul’. Semua ciri ini saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Ciri itu adalah:

1- Akidah yang bersih.

Ciri ini amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan ada akidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam yang betul. Ia juga adalah suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat di mana solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.

2- Ibadat yang betul.

Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi yang mulia. Ia menunjukkan sesuatu ibadat itu mesti bersumberkan sumber yang betul, terdiri daripada al-Quran dan al-Sunnah serta sumber lain diterima ulama.

3- Akhlak yang mulia.

Perilaku ini harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk, malah hubungan antara makhluk dan Penciptanya.

4- Kekuatan jasmani.

Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama yang optimum amat diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah SWT. Ia amat jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani adalah pencegahan kepada pelbagai penyakit.

5- Cerdas berfikir.

Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh itu, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui orang lain.

6- Berjuang melawan hawa nafsu.

Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlulah suatu semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.

7- Pandai menjaga waktu.

Ia faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan kita perlu dirancang mengikut waktu sesuai.

8- Teratur dalam urusan.

Ciri ini memerlukan profesionalisme dalam sesuatu urusan. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban dalam melakukan sesuatu urusan akan menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.

9- Memiliki kemampuan.

Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkan hanya boleh dilakukan sekiranya kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya.

10- Bermanfaat kepada orang lain.

Ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada kebajikan orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika pun beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Justeru, sekiranya formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri digariskan Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah amat positif apabila insan yang dibangunkan itu bukan saja berguna kepada masyarakat, malah menjaga hubungan baik mereka dengan Pencipta.

Dengan cara ini akan lahir manusia yang mengejar kejayaan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment