Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

15 November 2009

~ mEncARi tEmAn Ke sYuRgA ~

Sedar tak sedar..usia gadis itu kini sudah pun 21 tahun..kalau di zaman dahulu,.zaman mak, ayah, tok, tok wan..usia sebegini sudah pun berumahtangga dan mempunyai cahaya mata..contoh terdekat adalah ibunya..ibunya berkahwin ketika berusia 18 tahun..kalau zaman kita ni,.org akan berkata..'' muda lagi dah kawen?'' ...''ish,knapa awal sgt kawen..tak bestlah...tak boleh enjoy''..mcm2 perspektif dan pandangan org terhadap perkahwinan di usia muda. Bagi gadis itu, lebih baik berkahwin dari bercinta tanpa ikatan. Inilah fikiran gadis itu ketika usianya kini..Kalau dulu, dizaman sekolah, gadis itu tidak menafikan..dia punyai cinta monyet..cinta yang tak tentu apa kesudahannya. apabila kecewa,..hati jadi sakit..kalau diingatkan..bodohnya bercinta masa sekolah..cinta monyet cinta tergantung..terbang dgn khayalan yang entah apa2..(jangan tiru aksi ini)..
Ibunya selalu berpesan,.tak usahlah mencari..bila2 saja jodoh itu akan datang..selalu sgt ibunya berpesan mcm tu..gadis itu hanya diam mendengar..hati muda, memang suka nk berkawan..dan tak endah kan kata2 ibu..akhirnya sekarang apa yang ibunya pernah katakan hampir2 jadi realiti...dia tak pernah menyangka, tak pernah bermimpi..semua kuasa ALLAH..andai lelaki itu jodohnya, dia berharap lelaki itulah teman ke syurga. memimpin dan membawa dia menuju jalan yang di redhai ALLAH. kerana mencari teman ke syurga amatlah sukar, kecuali ALLAH menjodohkan dia dgn lelaki yang soleh..andai ciri2 di bawah ini ada pada si lelaki...beruntung dan berbahagialah si gadis..melayar bahtera rumahtangga dgn tenang dan harmoni...bersama lelaki pilihan ALLAH ini...


1. Beriman dan taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya dan dahaga dgn pahala.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat adalah maruah dirinya dan Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling berinteraksi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Sentiasa berbakti kpd orang tua dan keluarganya.
18. Sentiasa haus dengan ilmu.
19. Tidak pernah gentar melawan nafsu.
20. Tidak pernah takut untuk berkata benar.
21. Menjaga tutur katanya.
22. Tidak bermegah dgn ilmu yang dimilikinya.
23. Tidak bangga dgn harta dunia yang dicarinya.
24. Sentiasa berbuat kebajikan krn sifatnya yg penyayang.
25. Jiwanya penuh penghayatan terhadap islam.
26. Menghormati ibunya.
27. Dapat menjaga kerukunan rumahtangga.
28. Akan mendidik isteri dan anak2nya mendalami islam.
29. Mengamalkan hidup yg sederhana.

No comments:

Post a Comment