Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

13 January 2010

~ AJARAN SESAT DI MALAYSIA ~




salam buat pengunjung coretan hati ini....kali ini...entry sy lain ckit....sy ingin juga berkongsi dengan kalian....tentang 1 tajuk yg tidak asing lg di negara kita...bahkan sudah menular di negara kita sejak di awal kemunculan islam di rantau ini..sejak abad ke 15 lg..(aku belajar dalam pengajian malaysia..hehe).. ''AJARAN SESAT..."

Isu ajaran sesat mula mendapat perhatian dgn munculnya ajaran Ayah Pin di Terengganu yg mengaku dirinya memiliki kuasa seperti Tuhan, jelmaan semua Nabi dan menjadi dewa bg semua agama serta memiliki ramai pengikut. Malah, ada pengikut ajaran sesat ini terdiri di kalangan profesional yang dianggap bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara...di sebabkan kurangnya ilmu pengetahuan agama,ramai orang melayu kita yg beragama islam,terpengaruh dgn ajaran ini...(org apa?org melayu jugak..) antara ajaran sesat lain di negara kita,Narul Haq,Budi Suci,Al-Watan,Ilmu Kebatinan,Haqqullah Syahadah,Al-Ma’zat,Abdul Manan bin Harun (tolak hadis),Al-Arqam,Ajaran Hj. Ghazali Othman(Hulu kelang),Ajaran Hj. Kadar Ahmad,Tarikat Aurad Ismailiah,Ajaran Ahmadiah/Qadani,Ajaran Bahai, dan Al-Ma’unah...(dan byk lg....)

apa itu ajaran sesat anak2(hehe)..ajaran sesat itu adalah sebarang ajaran atau amalan yg dibawa oleh org islam atau bkn org islam...yg mendakwa ajaran atau amalan itu adalah yg di anjurkan oleh islam...tapi hakikatnya...ia lari dari landasan i'tiqad kita...AL-QURAN dan AS-SUNNAH..dan bertentangan dgn ajaran ahli sunnah wal jamaah...

Ajaran sesat yg mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 secara senyap ialah...Animisma.,Dinamisma.,Ajaran Hindu-Budha.,Sabaiyyah.,Kaysaniyyah.,Syiah Ismailiyyah.,dan Aliran teosofi..
Ajaran sesat yang paling lama di negara kita ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang..(sape org penang...hati2..)...Di Kelantan plak wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. (hati2 org kelantan..)

ok...meh kita tngok plak apa ciri2 ajaran sesat....
-Mengaku diri atau gurunya sbgai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

-Mengaku diri atau gurunya sbg Imam Mahdi atau mempercayai bhwa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sbg manusia yang istimewa sprti Imam Mahdi (ajaran sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).

-Mempercayai bhwa roh org yg mati menjelma semula ke dlm jasad org yg masih hidup.

-Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya shj yang dijamin masuk syurga.

-Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.

-Mempercayai bhwa gurunya boleh menebus dosa dgn wang.

-Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

-Mempercayai bhwa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru.
-Memohon kpd objek tertentu sprt batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kpd Tuhan.

-Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kpd guru melalui nikah batin dgn tujuan utk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.

-Mengaku Allah menjelma dlm diri dan mengaku dirinya sbg wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kpd muridnya.

-Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi terus drpd Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga).

-Mengaku dan mempercayai bhwa seseorang itu boleh berhubung dgn Allah melalui Nur

-Muhammad yg berada di dlm dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.

-Memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.

-Meninggalkan sembahyang Jumaat krn mengamalkan suluk.

-Mendakwa bhwa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.

-Mengubah dgn sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.

-Mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.
-Mendakwa bhwa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya.

-Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kpd matlamat sebenar.
byk betol ciri2nya ni....letih eden...adeh!..

mangsa ajaran sesat..meh tgok lg...


+Mereka yg jahil dan kosong jiwa krn tidak mempunyai pengetahuan agama yg cukup.

+Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yg mengajar secara rahsia dan sulit.

+Mereka yg ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur kerohanian dgn cara jalan singkat tanpa ikut sunnah.

+Golongan yg menyeleweng dlm hal yang berhubung usul. Ini berlaku kerana kurang kemantapan dlm usul syariah serta pengetahuan yg lemah.

+Mereka mendakwa diri hampir dgn Allah dan berada di makam tertinggi.

semua ini akan membawa keburukan kpd umat islam di negara kita krn ia mencela ulama' dan fuqaha'..,membuat takwilan dlm agama sesuka hti,..merosakkan ukhwah umat islam,.kepentingan peribadi dan seks,..utk menguji sejauh mna umat islam paham dan taat pd ajaran islam yg sbnrnya agar ia dpt menghncurkan agama islam...

so....apa kita patut buat?hmm..kita mungkin x mampu nk jga semua org...tp kita cuba jga diri kita dan ahli keluarga kita ataupun org kampong kita...jgn sampai mereka trjebak dgn ajaran2 sesat ni...dgn mempelajari ilmu agama brsama guru yg betul2 bertauliah..jgn mudah percaya dgn kata2 org yg kita tidak kenali...bahkan jgn cepat terikut dgn apa yg org kita kurang pasti dia btol2 ok dgn penyampaian dia trhadap ilmu agama...andai ada ciri2 di atas pada org yg kita tdk kenali tetapi memberi maklumat sebegitu...maka berhati2lah...dan adalah lbh baik..menjauhinya..

semoga ALLAH SWT melindungi kita umat islam dari sebarang keraguan trhadap agama kita...apatah lg terkeluar dr ajaran agama islam...nauzubillah...

No comments:

Post a Comment