Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

14 February 2010

:: HARI KEKASIH??? ::


Hari kekasih...atau dalam bahasa inggerisnya selalu sebut 'Valentine's day'..kenapa mereka x sebut 'couple's day'???bagi orang2 yang jahil, yang suka ikut trend zaman sekarang...mereka sangat seronok meraikan 14 februari ni...sebagai hari utk couple2 menunjukkan kasih syg...hari utk romantik..tukar2 hadiah...menari dan berhibur di kelab2 malam..sangat teruja menikmati hari kekasih mereka sehingga mereka x sedar apa sebenarnya cerita atau kisah di sebalik hari tu...malangnya...org islam dan melayu sendiri sangat2 teruja meraikannya...mengikut sahaja rentak trend zaman sekarang yg mana sangat2 di tentang agama islam tu sendiri...alangkah jahilnya manusia2 ini..apakah mereka sengaja memekak kan telinga, padahal isu ni, sudah tersebar luas di dalam internet,..di ruangan facebook misalnya...banyak amaran2, serta bermacam2 cara mereka memkhabarkan tentang valentine's day ini..tetapi...masih ada insan2 yg tidak punya hati dan perasaan..hanyut dalam percintaan...terus-terusan menjadikan tradisi 14 februari ini sebagai hari kekasih...


Siapakah dia St Valentine dan mengapakah dia dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?...itu yg ramai x tau...Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih ... Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya 3 paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh...


Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta.


Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine...


Kenapa 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini???Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati... Lalu,.. untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur... Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam...tiada istilah hari kekasih dalam sejarah islam...tiada istilah hari kekasih dalam taqwim hijriah....


Firman ALLAH SWT di dalam surah al-baqarah, ayat 120 yg bermaksud:


“Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”


Dari hari kekasih inilah...salah 1 cara org2 yahudi menyesatkan umat islam..kerana anda pasti arif kan..apa akan berlaku pada hari kekasih ini....kemaksiatan yg sangat2 terbuka..jadi fikir2kanlah...patutkah hari kekasih diraikan oleh org2 islam???tepuk dada tanyalah iman kita...


No comments:

Post a Comment