Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

26 May 2010

~~SEGI TIGA BERMUDA~~


SALAM buat pengunjung coretan hati ini..kali ni,ingin skali aku berkongsi tentang 1 misteri yg tiada jawapannya...hanya ALLAH saja mengetahui..rahsia segi tiga bermuda ini..bg kita ia mempunyai misteri yg sgt besar..masa aku form 2,aku pernah membelek sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal.. Jika benar dakwaan buku itu, tak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman... Sekaligus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan...

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi... Piramid berbentuk tiga segi,..maka ia kukuh hingga kini...Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yg berbentuk empat segi...Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri...

Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan.,. Kalian tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle.. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari FortLauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya... Apa yg ada di Bermuda Triangle?..itu persoalannya..

Dikatakan apabila kalian berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara... Anda dikira ‘hilang’... Satu lagi tempat dikenali sebagai “Devil’s Sea” oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun,..juga dikatakan memiliki keanehan yg serupa...

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki,..sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan baik.. Radar di menara kawalan masih menunjukkan di mana mereka berada.. Semuanya kelihatan normal.. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja..,seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu...Tidak ada tanda-tandamenunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran...Ia tiba-tiba ghaib!

Apa yang sebenarnya telah berlaku?
Teringat aku pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,..yg bermaksud, “Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedangbersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagiandari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempatsejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”

Dikatakan,.larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan...Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle??Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika.. Secara mudah,. lokasi iniadalah kawasan pertembungan dua arus,..panas dari Afrika dan sejuk dariAmerika Utara..
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle...Perkara-perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembunganantara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin tersembunyi disitu...

Akan tetapi, dugaan seperti itu termasuk juga dugaan bahwa di bawah wilayah ‘keramat’ itu mengandungi logam yg boleh menciptakan gangguan magnet sekali lagi tak pernah menjawab pertanyaan yang sudah agak rumit...Diantara yang paling misteri,..mengapa dari hampir semua wahana yang berhasil ditemukan, tak pernah menjumpai korban (manusia)..Mereka seolah hilang tanpa jejak..Pecinta kisah misteri mungkin masih ingat dengan kisah hilangnya lima pembom TBM Avenger AL AS yg hilang di sana pada Disember 1945 tak berapa lama setelah berlepas dr landasan pangkalannya di Fort Launderdale, Florida.. Pesawat-pesawat ini pada awal tahun 90-an akhirnya di temukan tersungkur di lepas pantai,. tak jauh dari pangkalannya.. Namun yg peliknya tak satu pun rangka dan sisanya ditemui..

Jadi,..apa misteri sebenar yg ada pada segi tiga bermuda ini??hanya ALLAH SWT saja yg mengetahuinya..wallahua'lam~~

No comments:

Post a Comment