Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

06 October 2009

~ Tip Meringankan Tekanan apabila ditimpa ujian & musibah~



  1. PENGHAPUSAN DOSA

Ingatlah bahawa segala ujian atau tekanan yg berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa.

Firman ALLAH SWT " dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan dan ALLAH memaafkan sebahagian besar dosa2 kamu "( surah As-Syura 42:30)


2. MENINGKATKAN DARJAT

Ingatkan hati bahawa musibah itu akan akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yg tinggi di sisi ALLAH SWT.

3. MENGINGATI ALLAH SWT

Menjadi kezaliman manusia lebih kerap mengingati ALLAH ketika ditimpa musibah berbanding ketika berada dalam kesenangan.

4. MENSYUKURI NIKMAT

Bayangkan nikmat2 yg telah diberikan ALLAH SWT sebelum ini daripada terus meratapi musibah yg dihadapi.

5. BERASA UJIAN KITA LEBIH RINGAN

Mengingatkan diri bahawa ujian yg diterima oleh kita terlalu kecil berbanding apa yg menimpa org lain malah penderitaan org lain lebih berat.

6. ALLAH SWT MENYAYANGI KITA

Ujian yg berlaku merupakan tanda ALLAH cinta kepada hambaNYA.


sabda Nabi SAW " barang siapa dikehendaki ALLAH baginya kebaikan, maka akan diberi cubaan padanya " (riwayat Al-Bukhari)

Marilah sama2 kita renungkan...agar kita dapat memuhasabahkan diri kita..termasuk diriku yg selalu terleka ini...

No comments:

Post a Comment