Welcome


" Ya ALLAH, Tuhan yang menguruskan hati..uruskanlah
hati-hati kami ke arah jalan ketaatan kepada-Mu "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: oPeN yOuR EyEs ::

'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini anak2 lelaki dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak sanggup aku mengkhianati ayahmu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di muka keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri yang abadi. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati(syahid). Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup.' -Al-Khansa bintu Amru-

16 October 2009

BILA JADI BUDAK 'skema' APA ORANG AKAN KATA?


Bila jadi budak skema...apa org akan kata?
agak lama sy cuba memahami...apa itu skema?apa maknanya?hmm...rupanya,skema itu bermaksud..apapun orang nak kata,apapun yg berlaku padanya...mereka tak kisah,.asalkan mereka tetap teguh dgn prinsipnya!

Sebab itulah...apabila seseorang di label sbgai 'budak skema'..kita akan dapat melihat sesuatu yg lain ada pd dirinya...kata lain yg slalu digunakan bg student agama sbgai 'siqoh'....pasti padanya ada sifat terlalu menjaga segala perbuatan,sangat syadid dalam segala hal...Mengapa golongan ini tidak ramai yg mengukainya...apatah lg mendekati diri mereka...sekadar memberi salam,memberi senyuman dan tidak lebih dari tu...kebanyakan org yg di label skema ini,..mereka tak suka menghabiskan masa mereka dgn perbualan kosong..tidak betah utk duduk berbual dgn org lain yg lebih mesra alam,atau org yg lebih suka berkawan..atau mkna lain yg 'hingaq'..hmm..

Pernah seorang rakan serumah mengatakan sy begini..." kalo hg jd bdk skema,aku tak bg hg masuk rumah" dalam nada yg melawak...hehe...sy tersenyum...sebenarnya sy sendiri tak pasti,apakah sy seorang yg skema...dalam hati sy berkata,"aku skema ke?kalo skema x dela aku nk hingaq2 dgn depa ni.."hehe...

Selalunya...orang yg di katakan skema ni...payah utk di ajak melawak...bergurau senda...mereka terlalu tegas dlm apa jua keadaan..sehinggakan mereka terpaksa mencari kwn yg skema seperti mereka...mereka ada prinsip utk hidup...mereka sgt2 memegang prinsip...

Jadi mengaitkan dengan apa yang sy fahami, kadang-kadang kita ini terlalu diwayarkan dengan mentaliti yang tidak suka daripada orang lain tidak buat. Kita sentiasa ingin menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling, walaupun tidak dinafikan memang perlu. Tetapi, keadaan ini menunjukkan kita golongan yang begitu mudah terikut-ikut.

Sy bukan nak mengajak semua untuk jadi skema di sini.Kadang-kadang yg berlaku dalam kehidupan kita terhalang kerana org lain tidak pernah buat dan berpotensi untuk diceritakan belakang-belakang. Mengikut peraturan dikatakan skema, sedangkan masalah antiskema inilah yang pula akan membiak virus-virus menentang peraturan. Bertali leher berpakaian kemas dikatakan bapak skema, akhirnya diri tertonjol keselekehan yang melampau-lampau kerana skeptisisme diri..memakai kad matrik dikatakan skema..fikirkanlah...

Kenapa kita takut dengan apa yang org NAK kata berbanding dengan apa yang kita KENA kata? Ibnu Jauzi berkata,“Petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih percaya penilaian orang ramai berbanding pandangan dirinya sendiri”

Apa yg sy dapat lihat daripada skema ini...mereka tetap pendirian, walau badai menimpa.. Bermatlamat tinggi,.Berpakaian kemas (tetapi tahap lebih),..Kuat belajar.. Anti-pengaruh.. Berani..,Humor( tetapi tak tau dirinya kelakar )..Seseorang itu biasanya tidak berapa suka dirinya dilabel sebagai skema, mahupun jelas-jelas dia skema. Tetapi,hargailah mereka, kerana mereka sentiasa mempunyai pendirian yang utuh lebih hebat dari kita.

Berbanding dengan org yang suka meniru gaya org lain, atau lebih banyak dlm masyarakat kita meniru budaya kuning yang merosakkan, ini kerana mereka yg lemah, tidak mempunyai pendirian. Inilah akibatnya pula jika terlalu tidak skema..(hehe)..jd...kita kenalah skema sedikit...tak banyak pun x pe...

Firman ALLAH SWT yg bermaksud..Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” [Surah Al-Fussilat : 30]

Bererti di sini, jgn kita memperlekehkan pendirian seseorang itu kerana skema yg ada pd dirinya.. Kita sbgai muslim sendiri perlu mengukur sejauh mana pendirian kita di mata dunia tentang teguhnya kita mengaku Allah, dan Islam sebagai agama.Renung2kan selamat beramal...=)

No comments:

Post a Comment